CHAPTER ENAM PULUH

522 70 0
                                    

"Artemis..."tubuhnya terasa di goncang perlahan. Namun dia tidak buka mata serta merta kerana berasa seperti masih dalam lena. "Artemis lekas bangun..."

"Hmm.."jedanya dengan mata terpejam. Berasa begitu mengantuk kerana berjaga lewat malam menelaah.

"Bangun...ayah dan ibu perlu keluar ni."suara ibunya pula yang kedengaran.

Mahu tak mahu Artemis paksa juga buka matanya yang berat sebelum terpandang dua wajah resah ibu dan ayahnya.

"Kenapa?"soalnya saat sedarkan diri dari mami lalu duduk melunjur di atas katil.

"Kami perlu ke sebuah tempat...dan kami mahu kamu ke rumah Angelo sekarang."beritahu Ayah Artemis dengan lekas.

Artemis pandang dengan kening berkerut tak faham. Pukul berapa ni ibu dan ayahnya hendak keluar?"Ke mana?"tanya dia semasa capai jam loceng di night stand. Dan bila dia lihat jam telah masuk 3 pagi, keningnya semakin mencerlung tajam.

"Ada urusan yang kami perlu uruskan. Ianya hal penting.."beritahu Aurora Delaney.

Artemis diam tidak mengatakan apa-apa. Dia menjadi semakin tidak faham. Dah kenapa dengan dua orang tuanya ini. Kenapa mereka kelihatan gusar sekali?

"Dengar sini...kami mungkin akan lewat pulang ke rumah. Jadi jika sesuatu terjadi, ayah nak kamu dengar pesan ni baik-baik.." tepi muka Artemis di tekup perlahan.

Masih dalam keadaan mamai dan mengantuknya, Artemis dengan bersungguh cuba beri perhatian. "Memangnya ayah dengan ibu ke mana?Apa yang dah berlaku ni?"

Ibu Artemis mengetap bibir saat tersenyum. "Kami perlu uruskan sesuatu untuk Angelo. Dia perlukan bantuan kami. Kebetulan orang yang kami nak jumpa juga ada kaitan dengan klien yang ayah kamu handle kesnya.."

"Tak boleh ke kalau ayah dengan ibu tak pergi..."soal Artemis saat pegang tangan ayahnya di pipi waktu itu. Berkerut kening susah hati. "Klien?Siapa?"

"Dengar Artemis. Sekiranya sesuatu terjadi pada kami, ayah dan ibu nak kamu tahu kami sayangkan kamu dan mahukan terbaik untuk kamu. Jangan bencikan sesiapa, jangan salahkan sesiapa kerana kami pilih untuk lakukan semua ni..."

"Apa yang ayah cakapkan ni...jangan takutkan Artemis.."

"Betul sayang.ibu pun sama. Kalau sesuatu terjadi pada kami dan kami tidak pulang. Ibu mahu kamu jalani hidup kamu dengan baik. Jangan berdendam. Jangan menyalahi sesiapa. Dalam dunia tiada yang adil...kuatkan diri kamu jangan putus asa..."

Bila dia dengar ibunya berkata begitu semakin menjadi-jadi rasa risau waktu itu. Dah kenapa dengan ibu dan ayahnya ini. Kenapa mereka cakap macam mereka takkan kembali sama sekali?

Artemis menggeleng kepala. "Jangan pergi kalau macam tu...jangan tinggalkan Artemis...dunia ni takkan hancur kalau ibu dengan ayah tak bantu orang lain..."pintanya dengan terdesak. "Please...Artemis takut...ayah...ibu jangan macam ni"

Ayah Artemis terus tunduk mengucup dahi dan kedua-dua belah pipi Artemis. "Ayah sayangkan kamu."

"Ibu sayangkan kamu lebih dari segalanya...apa kami lakukan ini adalah demi kebaikan semua orang.."

Dan malam itu adalah malam kali terakhir Artemis melihat ibu dan ayahnya.

Perlahan-lahan hujung kunci di masukkan ke dalam tombol pintu sebelum bunyi 'klik' kedengaran sesaat selepas ia di pulas. Daun pintu itu di tolak ke dalam. Serta merta hidungnya di sapa dengan bau kediaman yang lama di tinggalkan dan debu.

Bersama renungan kosong, Artemis lirik akan pemandangan rumah banglo tiga tingkat peninggalan ibu dan ayahnya semasa berjalan masuk ke dalam ruangan itu. Sudah lama dia tidak melawat rumah itu selepas pindah keluar dari situ 10 tahun yang lalu.

Sejak di tinggalkan, sejak itu dia tidak pernah menjejak kaki di situ.

Bukan dia tidak mahu menjenguk apa lagi jaga rumah ni, dia cuma tidak sanggup mengenang semula memori yang pernah dia miliki dalam rumah ni saat ibu dan ayahnya masih hidup!

Sakit tau...bila ingatkan semua tu!

Kaki berheel hitam itu mula gerak melangkah ke arah hallway sebelum tiba di depan tangga berpusar. Sendirian pada waktu petang itu, Artemis datang ke kediaman keluarga untuk mencari sesuatu. Dia teringat dengan maklumat yang Angelo kongsi hari tu. Nak pastikan ianya betul atau tidak, terpaksa jugak dia gagahkan diri untuk pijak kaki ke dalam rumah keluarganya.

Sama seperti kali terakhir di tinggalkan rumah, segalanya berada di tempat yang sama dan tidak berubah. Dari cat, perabot dan barangan di situ masih tidak lekang dek panas. Setiba dia di tingkat dua, Artemis belok ke kiri.

Dia melewati sebuah pintu. Ianya merupakan bilik tidur lama dia. Artemis buka pintu itu, dia jengah kepala ke dalam sekejap hendak lihat. Tiada yang berubah. Semuanya masih tertutup dengan kain putih.

Setelah itu dia tutup pintu bilik tidurnya dan meneruskan perjalanannya sebelum berhenti di hadapan bilik berpintu dua. Walaupun sendirian, dia tidak takut menolak pintu tersebut ke dalam. Dan suis lampu tepi pintu bilik itu di hidupkan. Menerangkan ruangan yang dulu merupakan bilik study ayahnya.

Setiap inci ruangan itu tertutup dengan kain putih. Jadi Artemis terpaksa buka ketiga-tiga jendela yang ada untuk pengudaraan setelah itu baru la dia alihkan kain yang menutupi meja dan barangan di situ. Baru dia nampak suasana bilik study lama ayahnya semula.

Membuatkan memori lama mula terimbas kembali di depan mata.

Memori saat dia bermain di lantai sewaktu berusia 5 tahun sewaktu ayah dia sibuk lakukan kerja.

Memori ketika dia menangis kerana kena rotan di tangan oleh ibunya kerana ponteng kelas sewaktu sekolah rendah.

Memori semasa dia bertekak dengan ayahnya kerana orang tuanya itu tidak mengizinkan dia keluar menjalani aktiviti lawatan sekolah.

Waktu itu Artemis berharap segala kelengkapan di situ masih berfungsi sepenuhnya. Kalau tidak memang sia-sia kedatangan dia ke rumah ini!

Plug computer di pasang pada suisnya. Setelah itu CPU di bawah meja di hidupkan sebelum Artemis nyalakan skrin monitor. Tidak sampai beberapa saat skrin monitor berlampu. Menayang gambar desktop dimana Artemis sedang duduk di pangkuan ayahnya saat ibunya memeluk ayahnya sekeliling leher saat bergambar dalam studio saat dia berusia 10 tahun.

Tetikus berwarna hitam sebelah keyboard kemudiannya di pegang Artemis. Dia gerakkannya saat menggeledah beberapa folder yang ada di dalam simpanan computer itu. Bila dia tekan itu dan ini, satu daripada folder di situ buatkan Artemis berhenti 'klik' tetikus tersebut.

Entah kenapa la dia tidak pernah terfikir untuk menyiasat dari awal sewaktu kejadian yang menimpa ibu dan ayahnya?

Yalah...masa kejadian berlaku dia berusia 16 tahun. Budak mentah lagi, apalah sangat yang dia fikirkan waktu tu selain meratapi pemergian dua insan tercinta dalam hidupnya.

Artemis buka folder bernama 'ARMAN 2002'. lalu muncullah folder lain yang terdiri daripada nama-nama klien yang pernah ayah Artemis jadikan sebagai klien semasa menjadi peguam pada tahun berkenaan. Jari itu mula gerakkan tetikus untuk skrol skrin. Dan masa itulah nama Elio Benjamin muncul di satu daripada folder di situ. Diikuti dengan Angelo lalu Izan Aramis.

Tiga nama fail itu buatkan Artemis pegun di kerusi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now