CHAPTER SATU RATUS LAPAN

482 63 2
                                    

Seminggu kemudian.....

Dareen perhatikan gerak geri Izan yang tenang di depannya itu. Abang sulung dia itu sedang bersiap untuk berangkat ke lapangan terbang. Sejak beberapa hari lepas lagi Dareen perasan akan perubahan angin abangnya ini.

Tidak seperti biasa iaitu tegang dan serius, kali ini Izan telah kembali kepada keadaan sedia kala lelaki itu. Iaitu tenang dan bersahaja.

         "Kau sure nak pergi macam tu aje?Artemis tahu tak?"soal Mael semasa bantu meletakkan bagasi ke tepi sofa sebelum di sambut oleh Marco untuk dibawa keluar dari suite itu.

Izan membetulkan neck tie di leher sewaktu berdiri di depan cermin kaca di tepi ruangan itu. Sambil tu dia kerling pantulan Mael dan Dareen di cermin itu.

         "Aku ada pilihan lain ke?"soal Izan.

Kening Dareen sedikit berkerut susah hati.

          "Artemis tahu kau nak balik hari ni?"tanya Mael lagi.

Barulah Izan memusingkan badannya menghadap mereka berdua.

          "Kenapa kau tak pujuk dia."tanya Dareen dengan perlahan.

          Izan tersenyum nipis. "Sebab aku nak dia terima aku seikhlas hati dia bukan sebab simpati atau apa aje alasannya. Kalau betul dia cintakan aku. Dia akan perjuangkan sekalipun ada yang menghalang. Tapi tak. Artemis dah buat keputusan. Elio dengan Artemis akan berkahwin. Aku tak boleh ubah apa-apa lagi."

           "Kau tak apa-apa ke?"tanya Mael teragak-agak.

            Untuk seketika Izan diam termenung. Dia pandang ke luar cermin kaca di depannya dengan renungan dalam. Rindu dan teringin. Sedih serta terkilan. Namun pada masa yang sama dia terima dengan hati yang terbuka. "Aku gerak dulu. Kau orang settle kan urusan yang lain dekat sini dulu lepas tu balik terus."pesannya sebelum bergerak ke Dareen lalu menepuk bahu adik lelaki keduanya itu.

Terdiam di situ, Dareen memalingkan kepala perhatikan langkah Izan yang berjalan keluar dari pintu bilik suite hotel mereka. Mulutnya terkatup erat tidak boleh nak berkata.

Dareen mahu menghalang, tapi badan dan otak dia tidak bergerak seperti yang dia mahukan.

          Mael pandang akan Izan dan Dareen silih ganti. Aduh!Apa dia nak buat ni!Dia tidak tahu hendak bagaimana lagi. Takkan la macam tu aje? "Ugh!F*ck!" lafaznya sebelum dekati Dareen. "Aku bagi kau masa sejam. Fix this or else any of us will not live peacefully." deramnya kejengkelan.

          "Kau nak aku buat apa lagi?"tanya Dareen.

          Mael menyeluk tangan ke dalam poket kot. Mengeluarkan telefon lipatnya lalu di letakkan dalam tangan Dareen. "Call Lila. Beritahu Lila supaya tetapkan pertemuan dia dengan Artemis. Kau pergi jumpa Artemis dekat situ. Jelaskan pada Artemis semuanya. Aku tak suka Izan macam ni. aku sayang kau..aku sayang Izan. Dan paling penting keluarga kita. Aku nak tengok semua orang bahagia. Settle kan baik-baik dengan Artemis. beritahu dia supaya datang ke lapangan terbang serta merta. Sebelum Izan pergi takkan kembali."

          Dengan muka tak faham dan bingung dia, Dareen pandang flip phone itu. "Lila?Kau contact dengan dia?Sejak bila?Eh tak...sejak bila kau ada nombor phone dia?"

Mael tersengih kambing.

           "Tiga tahun lepas. Sejak Artemis terima rawatan, aku dapat nombor dia masa cuba cari Artemis. Sejak tu aku contact dengan dia."jelas Mael.

Tercengang Dareen. Masakan tidak, adik lelaki dia ni diam-diam aje bergerak dengan sendiri. Bukan main lagi.

             "Dah...cepat call Lila. Beritahu dia yang kau nak bercakap dengan Artemis. Tapi jangan guna nama kau, nanti Artemis tak nak jumpa kau pulak. Cakap aje la Lila nak ajak keluar minum ke apa ke..."tambah Mael lagi dengan tergesa-gesa.

               "Kau nak buat apa?"tanya Dareen.

               "Aku akan lengahkan masa sampai kau tiba ke lapangan terbang nanti. Ingat. Cuma sejam aje. Lebih dari tu.. aku tak boleh tolong."

               "Nak aku cakap apa dengan Artemis?"

               "Beritahu dia, Izan jujur sukakan dia, dan kau dah move on lama dari menyukai dia. Cepat kejar Izan sebelum dia berhenti sampai bila-bila dari sukakan Artemis."kata Mael sebelum berjalan laju untuk keluar dari situ.

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
42. Black Heel dan AmericanoDonde viven las historias. Descúbrelo ahora