✧*̥˚CHAPTER TUJUH BELAS*̥˚✧

641 83 21
                                    

"Hello, pejabat Han Tae Gu. Boleh saya bantu?"suara lelaki yang mungkin PA orang tua tersebut menyapa telinga Artemis.

"Hai..selamat siang. Maaf kerana menganggu. Saya dari pihak Belaruz ingin membuat janji temu bersama beliau pada hari Rabu jam 3 petang pada minggu ini.."beritahu Artemis saat menempah tiket flight menggunakan akaun teman lelakinya. Dia isi semua maklumat untuk tiket itu atas nama Verena. Segala maklumat wanita itu dia isi persis sama dalam passport.

"Tunggu sebentar biar saya lihat jadual beliau.."

"Baik.."kata Artemis saat key in pembayaran tiket lalu menunggu pass dari pusat penerbangan tersebut sebelum cetak tiket yang di tempahnya.

"Hari tersebut kosong, kalau begitu saya akan isikannya dengan temu janji cik. Boleh saya tahu nama cik?"

Waktu itu jugalah ikon hijau dengan perkataan 'PASS' muncul di skrin monitor. Memberitahu Artemis dia boleh cetak tiket online dia itu. "Atas nama Verena Osborne." beritahunya saat mula mencetak tiket itu.

"Telah selesai cik."

"Baik. Terima kasih. Jumpa nanti."kata Artemis saat 'membersihkan' jejak dia di meja itu. Buatkan keadaan meja tersebut dalam keadaan sediakala. Setelah itu, Artemis gerak ke mesin cetak yang berada tidak jauh dari meja kerja tadi.

Kertas berisi maklumat penerbangan itu telah siap di cetak.

Artemis capai kertas itu lalu di lipat dengan kemas sebelum dimasukkan ke dalam beg tangannya. Setelah itu, dia jalan meninggalkan kawasan cubicle untuk menuju ke pejabat Angelo pula.

Pintu pejabat di tolak ke dalam lalu di tutup semula oleh Artemis. Mujur la Angelo seorang lelaki yang dungu mengalahkan Patrick Star sendiri sampai tidak terfikir hendak meletakkan CCTV dalam pejabat itu, kalau tidak satu kerja lagi untuk dia uruskan nanti. Lagipula alasan Angelo enggan pasang CCTV adalah kerana khuatir jika dia kantoi bersama dengan pelacur upahan dia oleh isterinya nanti.

Ugh! Man..never had enough!

What a sicko!

Tanpa berasa gentar atau cemas, dengan bersahaja Artemis gerak ke sebelah kiri ruangan tersebut. Dia dekati sebuah rak tempat simpan fail. Banyak-banyak fail di situ, dia Tarik tulang fail berwarna ungu gelap keluar dari rak. Buatkan rak itu slide ke tepi dengan sendiri mendedahkan satu ruang rahsia yang tersembunyi.

Macam mana Artemis boleh tahu semua ni?

Sebab dia yang bina pejabat ni untuk Angelo la.

Sebab dia juga yang bina legasi ini sehingga menjadi kuat dan berpengaruh.

Tapi itulah....bekerja dengan manusia yang tak reti di untung begini la gayanya.

Makan hati aje sepanjang masa.

Selain itu, segala maklumat mengenai pekerja, rahsia bangunan, segala kelengkapan dan selok belok tempat ini hanya ada di hujung jarinya. Kalau Artemis mahu, dia boleh takluki dunia mafia ini seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Tapi tidak, dia tidak berminat dengan semua ni.

Tujuan asal dia hanya satu.

Iaitu mencari tahu punca kematian ibu dan ayahnya yang mati di sembelih oleh Organisasi Orena Vicenzo. Ini juga adalah alasan kenapa dia terima hendak bekerja untuk Angelo.

Bagi Artemis, menggunakan kuasa Angelo, ianya akan memudahkan urusan misi pencariannya dia. Angelo ada segalanya. Dia hanya perlu dapatkan kepercayaan sepupunya itu dan kawal segala perkara yang ada dalam organisasi ni.

and BAM!

Game over!

Setelah dia dapat tahu nanti, baru la dia berhenti...pendek kata, pilih hidup atau mati!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now