CHAPTER LAPAN PULUH ENAM

521 77 4
                                    

           "MUAHAHAHAHA!" lantang sekali suara itu ketawa.

Hinggakan gema suara itu melantun ke segenap penjuru ruangan mewah rumah agam itu.

            "Kau ulang balik apa kau cakap tadi?Aku rasa macam kena geletek pun ada..."ujar wanita jelita berambut hitam berkilat sofa velvet mahalnya yang menghadap orang yang berdiri di situ memandangnya. "Kau nak aku tolong?"

              Tidak terkesan dengan gelak ejek Luciana, Artemis dengan mimik tenangnya balas tatapan Luciana. "Rasanya kau tak pekak lagi kan?"tanya dia.

               Hujung bibir Luciana terjungkit sinis. "Hahaha...hei perempuan. Kau lupa ke sebab siapa aku kena halau dari rumah agam Izan?Kau kan?Dah halau aku...kemudian apa?Datang nak kutip aku balik sebab tak mampu nak tolong selamatkan Izan?"ejeknya lagi.

                Artemis tidak terasa. Dia malah menjungkit bahu tidak pedulinya. "Bukan salah aku yang kau kena halau keluar dari situ. Kalau kau tak bodoh sangat dengan cuba racuni aku secara terang-terangan..maybe kau masih ada dekat rumah agam Izan tu..."

                Menyeringai bengis Luciana dibuat kata-kata selambat Artemis itu. Tangannya secara refleks memukul lengan sofa itu saat bangun berdiri. "Cakap tu baik sikit ya!"

Artemis menarik nafas panjang sebelum dihela dengan pendek kerana berasa bosan lama-lama di situ. "Dengar...aku datang sini bukan nak bertekak dengan kau Luciana."ujarnya. "Makin banyak masa di buang...makin bahaya nyawa Izan dekat luar sana.."

Rahang Luciana berketik apabila dia dengar hal itu. Tangannya terus naik menyilang ke dada. Ikutkan hati dia tak nak ikut kata Artemis. Tapi mengenangkan keselamatan Izan, dia terpaksa tundukkan egonya depan Artemis.

            "Aku tak boleh buat apa-apa untuk selamatkan Izan. Kau sendiri tahu family aku juga penjenayah. Kalau aku cuba tolong dia, sama aje aku cuba nak bahayakan keluarga aku.."cemberutnya.

             Artemis mengangguk kepala. "Aku tahu. Jangan risau. Pertolongan kau takkan susahkan sesiapa. Kecuali diri kau sendiri..."

Luciana buat muka hendak memaki. Mulut dia sedia hendak terbuka, tapi tak sempat nak luahkan apa-apa Artemis dah pintas kata-katanya terlebih dahulu. Dan kata-kata itu buatkan Luciana diam seribu Bahasa.

             "Izan kena trick dengan pihak berkuasa Rusia. Dan sekarang keadaan agak rumit dan mungkin melibatk banyak nyawa kalau kau tak nak bantu Izan dan Dareen. Mungkin mereka takkan dapat bertahan sehingga esok subuh. Aku dengar pihak polis melakukan operasi mencari secara besar-besaran."beritahu Artemis. Dia telan air liur yang kesat di tekak sebelum meneruskan kata-katanya. "Untuk selamatkan Izan...hanya ada satu saja cara. .Iaitu pengumuman perkahwinan kau orang berdua."

            "Kau dah gila ya?"

            "Tak...aku tak gila. Sebab aku waras la aku ajukan cadangan ni pada kau. Macam kau tahu keluarga kau adalah orang paling berpengaruh dan don yang sangat berbahaya dalam daerah di Rusia ni. Sampaikan polis sendiri tak berani nak masuk campur urusan kau orang. Jadi dengan pengumuman ni je dapat selamatkan Izan dari di buru dan disakiti. "Entah kenapa dia erasa sakit saat menyatakkan idea gilanya. Artemis pandang Luciana dengan dada sesak semacam seakan mahu menangis. Entah kenapa dia merasakan yang jalan hidupnya bakal berakhir dengan sadis.

Mulut Luciana terbuka tutup seperti ikan mencari nafas. Dia begitu tercengang sampai tidak tahu hendak katakan apa lagi.

                "Memang tak la!Kau ingat nak umumkan perkahwinan ni benda main-main ke?kalau aku buat macam tu....dia takkan kahwin dengan aku la kan..tapi dengan perempuan berpenyakit macam kau ni.."bentak Luciana kerana berang dibuat idea tak masuk akal Artemis.

                Bersama senyuman sedih dibibir Artemis menggeleng kepala. Bertuah hidup dia kalau happy ending! "Tak...aku akan pastikan dia mengahwini kau Luciana. Jadi tolong minta ayah kau untuk uruskan semua ni supaya Izan dan Dareen takkan lagi diburu."

Kening Luciana terangkat, tangan yang bersilang di dada tadi jatuh ke bawah kerana terpancing dengan ucapan Artemis itu .

                "Apa cagarannya?Entah-entah nanti kau mungkiri janji kau."soalnya Luciana dengan nada bossy.

                "Aku akan pergi dari sini dan takkan kembali lagi. Jadi kau jagalah Izan dan adik beradik dia seperti mana kau lakukan sebelum ni. Itu janji aku pada kau untuk selamatkan Izan."berdegup laju darah dipam naik ke otak waktu itu. Artemis diam-diam mengetap gigi cuba menahan rasa. Mata dia waktu itu mulai berbahang. Sepatutnya dia tidak merasakan apa-apa terhadap Izan. tapi apakan daya hati perempuannya ini telah jatuh pada lelaki bernama Izan Aramis ini.

              Luciana melepaskan dengusan kecil seakan mahu ketawa. "Fine. Aku buat seperti yang kau mahukan. Tapi kalau kau mungkiri janji kau. Aku akan pastikan kepala kau akan jadi hadiah untuk ulang tahun kelahiran Izan nanti..."pesannya.

               "Jangan risau. Aku seorang yang menepati janji."akur Artemis dalam keterpaksaan. Mungkin tali jodohnya telah lama terputus sejak Tuhan berikan sakit ini pada dia. Jadi dia tidak berharap lebih. namun begitu perasaan terkilan jelas terasa.

               Luciana memandang Artemis dengan perasaan puas hati. "Sekarang kau nampakkan...tak kira la kau tu penting buat Izan atau tidak. Kalau kau bukan sesiapa-siapa...kau takkan ke mana dengan Izan tu.. kan lagi baik kalau kau sedar diri dari awal. Tak ada la aku susahkan diri untuk buatkan Izan bencikan aku..."cebiknya sebelum berpaling dari situ dengan menyelak rambut ke belakang bahu.

Artemis yang di tinggalkan sendirian di situ hanya mampu pandang tidak membalas. pandangannya perlahan-lahan tunduk memandang ke lantai. Bahunya jatuh hilang semangat. Kalau ini saja cara yang dapat selamatkan Izan dan Dareen, dia tak kisah.

Sikit aje lagi ni

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

Sikit aje lagi ni...

Teruskan membaca semua!

Tinta kena bertarung dengan kemalasan yang melanda diri, so Buddies yang membaca jugak kena berjuang untuk habiskan buku Tinta macam biasa!

😂😂😂Temankan Tinta sampai habis tau. Sebab awak semua saya buat buku ni. Siapa lari...siap!

Malam2 momok tidur sebelah.

42. Black Heel dan AmericanoTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon