CHAPTER ENAM PULUH TIGA

465 70 1
                                    

Sambil mendukung Lily dalam pelukannya, Artemis keluar dari diner itu untuk mengejar langkah Mael. Sambil itu sempat dia melaung panggil nama lelaki tersebut. Menyebabkan Mael yang baru sahaja hendak buka pintu kereta pun menoleh.

"Mael...tunggu dulu."

Mael pandang sambil buka pintu keretanya. Keningnya terangkat tinggi.

"Hei...aku belum habis bercakap dengan kau lagi la!"marah Artemis dari balik nafas setibanya di depan Mael, penat berlari sambil membawa manusia seberat 15kg dalam pelukan dia itu.

"Kau nak apa lagi?"


Artemis turunkan Lily ke bawah lalu berdiri tegak memandang Mael dengan riak marahnya. "Fine. Kau nak aku jauhkan diri dari Izan dan Dareen kan. Okay. Aku boleh buat. Tapi dengan satu syarat..."

Mael berdengus kecil. "Syarat?Kau fikir kau siapa nak berurusan dengan aku?Bersyarat bagai."

"Nak ke tak nak?"soal Artemis tidak menghiraukan selaran itu.

Untuk beberapa saat Mael mendiamkan diri. Sambil membuat muka tidak suka dia pun mengangguk. "Hish...fine. Apa syarat tu?"

"Kau kena tolong aku.."beritahu Artemis sambil memegang erat tangan Lily. "Kau tolong aku uruskan Izan. Sementara aku uruskan Dareen dan Angelo."

"Memangnya apa aje rancangan kau?"

Tanpa berkedip, mata Artemis bergerak kanan dan kiri meneliti wajah Mael dengan bibir terketap rapat. Dia sedang berfikir sekejap. Berharap muka tu dapat berikan dia idea!

Masa itu lah mentol idea mahu muncul. Artemis usap kepala Lily sambil pandang Mael. "Macam ni, aku akan buat deal dengan Carlos. Lelaki tu adalah pelabur baru yang Angelo mahukan. Izan tahu pasal Carlos. Aku akan buatkan iyanya seakan salah Izan. Jadi bila Angelo marah, aku akan dedahkan lokasi keberadaan markas Izan...tugas kau adalah untuk yakinkan Izan bahawa Angelo yang nak jumpa dia..."beritahu Artemis.

Terdiam Mael lepas dengar. "Kau apahal nak letakkan salah dekat abang aku!Kan aku beritahu untuk kau jauhkan diri dari Dareen dengan Izan. Tiba-tiba nak libatkan si Carlos apa kejadah tu dengan Angelo tu kenapa?"

"Dengar la dulu....one day...kau akan dengar berita dari Dareen pasal ni. Lepas Angelo sampai ke situ, kau buat deal dengan Angelo. Mintak Izan buat perjanjian yang dia takkan ganggu Angelo kalau Angelo serahkan Dareen pada kau orang sebagai cagaran. Lepas tu kau bawak naik nama aku sebagai punca hal ni. Kau tuduh ke fitnah ke..buat la seyakin yang boleh supaya Izan dan Dareen bencikan aku,buatkan dia orang fikir aku cuba musnahkan kau orang ke apa. Nah...dari sini...aku confirm...Izan dengan Dareen mesti takkan percayakan aku lagi..dan takkan dekati aku."

"Idea gila apa kau ni.."

"Jangan nak banyak tanya boleh...sekarang kau pilih. Nak ke tak nak?"

Mael menarik sengih meleret kerana berasa tak percaya. Dia silangkan tangan ke dada saat memandang Angelo. "Wow... nampaknya dekat sini terang-terang beritahu siapa ular sebenar?" Mael tuang minyak ke atas api yang sedang membara.

Dareen pandang ke Mael apabila adiknya berkata begitu. Keningnya berkerut tidak faham.

"Kau merepek apa hah?"tanya Angelo. "Ular?Siapa?Kau orang?"

Izan perhatikan reaksi pure Angelo yang jelas-jelas kelihatan bingung di situ. Nampak sangat yang Angelo memang tidak tahu apa yang sedang berlaku di situ.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now