CHAPTER SEMBILAN PULUH SATU

442 70 3
                                    

Tiga bulan kemudian....

Aduh beratnya rasa!

Sambil berkerut-kerut kening, dia membuka mata yang berat sambil cuba mengangkat tangan hendak memegang kepala yang sedang berpusing ligat. Ibaratnya waktu itu segala otot pada badannya begitu kebas. Terbuka sahaja mata dia, cahaya silau yang terang menerpa pandangan mata serta mata sebelum suara lembut menyapa gegendang telinga.

Apa yang dah berlaku ni?

          "Izan?"panggil suara lembut itu dari sebelah kanannya.

Dia yang masih dalam keadaan pening lalat itu sedaya upaya hendak sedarkan diri. Namun segalanya berasa begitu susah sekali untuknya. Belakang badannya sakit, kepalanya sakit, tekaknya kering. Kenapa dengan dia ni?

          "Awak dah sedar?"nangis Luciana dekat situ sewaktu tunduk memeluk badan Izan dengan perlahan.

Sambil berkerut kening tidak faham, Izan memandang ke atas sebelum kelibat Dareen dan Mael muncul di sebelah lagi dengan reaksi risau mereka. Siapa mereka semua ni?Di mana dia sekarang?kenapa dia terlantar?

            "Hey bro..."sapa Mael dengan senyuman lebar di bibir.

Sementara Dareen menatap dingin wajah baru sedar Izan itu.

            "Apa yang dah berlaku?"tanya Izan dengan suara baru bangun tidur, dia begitu bingung yang amat sangat.

            Dareen menatap Izan dengan lama sebelum tunduk mengusap kepala abangnya dengan lega. Lalu dia tepuk perlahan bahu itu. "Baguslah kau dah sedar..."ucapnya.

          Luciana kemudiannya menjarakkan diri dari pelukan lalu mengucup dahi Izan. "Awak cedera parah semasa cuba larikan diri dari di tangkap polis tiga bulan lepas. Awak koma selama tiga bulan tu Izan kerana kecederaan parah."

         "Apa?"Izan begitu terkejut. Kemalangan?Sedaya upaya kepalanya dipaksa untuk mengingat kembali apa yang terjadi tetapi waktu itu dia hanya rasakan pening sahaja. "Nama aku Izan?"Tanya dia yang berasa begitu kosong sangat dalam kepala.

Luciana, Mael dan Dareen tercengang. Mereka pandang dengan terkejut.

           "Kau orang ni siapa?Siapa aku?"Izan begitu cemas saat itu kerana dia tidak dapat mengingati apa-apa lagi. "Kenapa dengan aku ni?"

Tangan Luciana naik menekup mulut kerana begitu terkejut.

            "Izan..."Mael tunduk menyondong di katil itu. "Aku ni..Mael. Adik bongsu kau."

            Kening Dareen mencerun susah hati. "Kau jangan bergurau Izan...benda tak lawak?"

Nafas Izan mula naik turun, dia pandang kiri dan kanannya dengan bingung. Entah kenapa dia terasa seperti ada yang tertinggal. Seakan ada sesuatu yang kurang. Tapi dia tak tahu apakah perkara itu. Kedua-dua tangannya di bawa naik, dia cuba cari apa yang kurang itu.

               "You...jangan lah takutkan saya macam ni.."Luciana sudah mencebik mahu menangis.

               "Aku panggilkan doctor.." tergesa-gesa Mael bergegas keluar dari bilik rawatan itu kerana takut.

               Sementara Dareen di situ begitu tergamam dengan kenyataan yang terjadi pada Izan waktu itu. "Kau tak ingat apa-apa?Satu perkara pun?"

              Mata Izan laju memandang Dareen. "Kenapa aku tak ingat apa-apa?"tanya dia dengan mata kemerahan kerana begitu tertekan dengan perasaan yang dirasainya waktu itu. Terus dia bangun dari baringnya.

              "Izan...bawa bertenang. Kita akan tahu lepas doctor jumpa kau nanti."halang Dareen saat memegang bahu itu.

              Izan tepis tangan Dareen dengan kasar.  "Tolong aku!Aku tak ingat apa-apa!?Kenapa dengan aku!Siapa aku sebenarnya ni!"dia mula hendak histeria. Siapa aje yang tak gelabah kalau sedar-sedar aje tak ingat satu apapun tentang diri sendiri!Umur?Nama?Siapa?

Luciana berdiri menjauhkan diri dari katil itu kerana takut sendiri bila Izan mula bergelut.

               "Tak!"Izan menggeleng kepala. Dia begitu sedih. Dia tak tahu kenapa dia sedih. Dadanya berasa sakit. Rasanya seakan seperti ada sesuatu yang penting telah dia lupakan. "Lepaskan aku!"

Waktu itulah Mael muncul semula. Di belakang lelaki itu doctor dan jururawat bergegas masuk ke situ mendapatkan Izan.

                 "LEPASKAN AKU!!!!"teriak Izan semasa pandang sekelilingnya yang terasa seperti asing itu.

Empat orang lelaki dewasa di situ menumbangkan Izan semula ke atas katil dengan paksa apabila lelaki itu mula meronta bagaikan hendak gila. Doktor yang merawat Izan itu cepat-cepat arahkan jururawat memberikan suntikan penenang pada Izan.

Bersama air mata mengalir dari tepi matanya, Izan menjerit. Dia menjerit sekuat hati kerana sesak di dadanya waktu itu. Dia cuba hendak tahu kenapa dia merasa sedih dan terkilan saat itu tanpa tiada secebis memori pun yang tersisa untuk dia ingat semula.

Dareen pandang wajah Izan waktu dia mengekang badan itu supaya tidak meronta. Dalam diam giginya di ketap erat. Mungkin ini adalah yang terbaik untuk Izan. Kalau abang dia hilang ingatan dan tidak lagi ingat pada Artemis. Izan tidak akan cuba mencari Artemis lagi. Dan Artemis akan selamat!

             "Arghhh!!!!!Lepaskan aku!"raung Izan dengan bengang sampaikan urat belirat timbul di leher dan kepalanya. Wajah dia merah padam Disaat doctor mula menyuntik dirinya. Dia sakit!Sakit bukan kerana di suntik. Sakit kerana bengang tidak tahu kenapa dia mahu menangis!

 Sakit kerana bengang tidak tahu kenapa dia mahu menangis!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now