CHAPTER TUJUH PULUH SEMBILAN

471 67 1
                                    

           "Aku dah jelaskan dekat kau awal semalam mengenai hal ni?Kenapa kau masih berdegil nak melawan aturan yang aku dah tetapkan!"marah Izan lagi.

Perlahan-lahan Artemis bangun dari katil. Dia berdiri mendekati Izan selangkah demi selangkah. Renungan mencabar terarah pada mata Izan yang sedang mencerun memandang dia. Rambut basahnya dibiarkan mengurai di sekitar wajah dan bahu.

Izan tersentak. tangan yang mencekak di pinggang tadi melurut jatuh ke bawah apabila dia perhatikan langkah Artemis mendekatinya dengan aura semacam begitu. Tiba-tiba dia berasa tidak senang.

            "Keep talk...why stop?"soal Artemis semasa renung Izan dengan pandangan gelap. Dia tidak berasa takut pada Izan walaupun dalam keadaannya yang tidak berbaju dan hanya bertuala. Sebab dia tahu Izan takkan berani sentuh dia!

Mulut Izan terbuka namun tertutup semula, lelaki itu hendak bercakap lagi, tapi tiba-tiba jadi kelu kerana Artemis semakin lama semakin hampir dengan dia. Jantung didalam dada berdegup laju tidak semena.

             Berdiri sahaja Artemis di depan Izan, dia menarik sengih meleretnya. bahu lelaki itu di sentuh manja sebelum kedua-dua belah tangannya bercantum di belakang tengkuk lelaki itu. Lalu kepalanya terlentok ke sisi semasa pandang muka tu. "Cat got your tongue now?"

Mata Izan tidak berganjak dari memandang wajah Artemis. Nafasnya mula naik turun berderu kasar. Kedua-dua tangan masih berada di sisi berkepal penumbuk.

            "Jangan cuba nak goda saya Artemis. Saya serius sekarang ni!"deram Izan memberi amaran.

Tidak kisah dengan amaran itu, Artemis menarik senyuman manis sambil merapat ke dada Izan.

             "Izan...sebelum awak marah baik awak fikir dulu."bisik Artemis di depan muka Izan. "At first awak kata awak janji hendak jaga saya dengan baik. Tapi apa saya dapat?"

Kening Izan berkerut. Matanya turun ke bibir Artemis sewaktu ia bergerak-gerak saat Artemis bercakap.

            "Memang itu yang aku cuba buat...kau yang-"

            "Awak putuskan panggilan semasa saya sedang bercakap dengan awak tadi siang...tinggalkan saya tanpa pengawasan perubatan...biarkan saya berlapar dari pagi hingga ke malam...telefon saya dirampas, saya di kawal tak dapat keluar dari bilik ni...itu ke yang awak cuba buat?"pintas Artemis sebelum Izan habis bercakap.

Reaksi Izan berubah. Dia terkejut sebenarnya. Terkejut yang Luciana beritahu dia hal yang sebaliknya.

Artemis berdengus kecil kerana hendak ketawa melihat reaksi Izan. Nampak sangat la Izan ni jenis cakap aje besar, buatnya tidak. Dasar mafia! Sebab inilah dia tak mudah nak percaya atau berharap!Kalau terlalu berharap dia yang kecewa.

            "Line reception aku tak berapa baik sebab dalam hutan sebab itu panggilannya terputus."beritahu Izan. "masa tu jugak phone aku habis bateri. Tapi itu tak bermakna kau patut tampar Luciana masa dia ajak kau sarapan.."

              Ajak?Kening Artemis terangkat selepas  dengar. "Awak pasti ke yang dia ajak saya sarapan?"soalnya.

              "Yalah...dia beritahu aku yang kau tampar dia masa dia jumpa kau.."beritahu Izan dengan nada marahnya.

Artemis melepaskan keluhan saat jatuhkan kepalanya ke bahu Izan. Tangannya turun ke bawah lengan lelaki itu lalu melingkar ke sekeliling tulang rusuk Izan.

               "Macam mana kalau saya beritahu awak yang saya langsung tak tahu menahu mengenai pasukan perubatan awak tu...dan Luciana bukan ajak sebaliknya paksa saya dengan kasar untuk ikut dia sampai saya terjatuh dari katil?"

               Kepalan Izan serta merta tunduk memandang ke kepala Artemis di bawah dagunya saat itu. "Apa kau cakap tadi?"tanya dia dengan tergamam.

              "Kenapa?Awak tak percaya saya ke?"tanya Artemis semasa bawa tangannya memegang belakang tengkuk Izan. "Ke awak lebih percayakan kata-kata Luciana tu?" hujung bibirnya terjungkit sedikit kerana terbayangkan muka Luciana selepas dia tampar. Puas hati sebenarnya. Dia tak sangka Luciana betul-betul mengadu soal itu pada Izan.

              "Aku minta Luciana untuk berikan sarapan pada kau sebelum keluar. Dan arahkan pasukan perubatan untuk datang menjaga kau sejam selepas tu. Soal telefon kau...aku dah buang sebab tak nak kau dijejak sesiapa. Aku nak ganti cuma tak sempat nak uruskan semuanya kerana ada kerja. Bob dan Marco cuma bertugas untuk jaga keselamatan kau Artemis. Aku tak ada niat nak susahkan kau dekat sini...tapi Luciana beritahu aku hal yang sebaliknya.."jelas Izan satu persatu dengan perlahan.

              Terus Artemis mengangguk kepala. Dia faham. Sikit pun tak terkejut. Element of surprise ni memang tak kan bagi apa-apa kesan pada dia. terutama sekali kalau dia sendiri seorang mastermind. "Iya ke? So salah siapa sekarang ni?Saya?Ke awak?"kening kanannya di jungkit sebelah.

              Mata Izan tunduk memandang wajah Artemis sebelum dia pandang ke katil di depan mereka. Tangannya naik memegang pinggang Artemis untuk menolak tubuh itu menjauh darinya perlahan-lahan. "Kau bersiap dulu. Kemudian turun bawah. Aku suruh orang siapkan makan malam untuk kau."arahnya sambil tu.

Dengan muka tak kisahnya Artemis turunkan tangan ke bawah. Dia undur ke belakang jarakkan diri dari Izan.

Lantas Izan capai kot dari katil Artemis dan berjalan keluar dari situ dengan langkah yang luas. meninggalkan Artemis di dalam bilik itu.

             Sementara Artemis pandang belakang Izan dengan senyuman meleret di bibir. "Heh!Umpan dah dimakan. Siaplah kau Luciana..." fikirnya waktu itu. Nak tunjuk bos sangat kan. Sekarang tengok siapa bos siapa madam besar dekat sini.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now