CHAPTER SEMBILAN PULUH EMPAT

444 69 3
                                    

Di situ, duduknya, Mael di sebelah kiri, berkot hitam kemeja putih tidak bertali leher, di sebelah kanan Dareen yang sememangnya megah dengan gaya samsengnya duduk dengan kaki bersilang dan sandar ke belakang, rokok di celah jari. Dan di tengah antara mereka, dengan postur penuh dominan dan berlagak bos besar, Izan bercermin mata dengan renungan seriusnya.

Mereka bertiga waktu itu pandang ke Artemis dengan serentak.

Memang tidak berkedip la mata Artemis waktu itu. Mulanya dia lirik ke Mael. Lelaki itu sempat beri senyuman nipis kepadanya. Lalu matanya gerak ke Dareen. lelaki itu pandang dengan tatapan dingin. lalu berhenti ke Izan. Masa itu Artemis memang jadi blank apabila Izan pandang dia dari balik cermin mata itu. Lain macam betul aura Izan lepas lima tahun tak jumpa. Makin handsome!

Tangan kiri yang bercincin pada jari telunjuknya itupun naik menghulur.

Mulut Artemis terbuka sedikit masih terkejut.

Memang menggeletar lutut kaki dia waktu itu. Artemis kejung semasa bertentang mata dengan Izan. Tangan dia dengan berat menghulur fail itu ke tangan Izan. Gugup nak mampus!Kalau boleh dengar, memang dah bergema bunyi degupan jantung dia waktu itu dalam bilik meeting mereka.

Angelo pandang Izan semasa lelaki itu mula menyelak helaian kertas perjanjian mereka. Melihatkan reaksi dingin Izan itu memang jelas lelaki itu tidak ingat langsung akan Artemis. Yalah...Nampak relaks aje Izan lepas pandang Artemis. Macam Izan tak kenal Artemis. "Baca la. Ambil sebanyak masa yang diperlukan. Datang kemudian lepas buat keputusan."pesannya.

Waktu itu Dareen masih tidak berhenti memandang Artemis.

Sementara Mael curi-curi mengerling ke Izan saat abangnya itu sedang meneliti dokumen di tangan.

Seperti orang menahan diri dari melepas di situ, Artemis pandang ke Angelo. Dia beri muka 'what the f*ck is going on?' pada sepupunya itu. Sengaja apa Angelo ni?

Bersama senyuman bangga dia, Angelo dengan selamba menjungkit bahu 'tak tahu' pada Artemis.

Oleh kerana Artemis berasa tidak keruan, dia mula gerak hendak mengundur ke belakang. Dia perlukan Udara. Tiba-tiba pulak rasa macam bilik tu tak ada oksigen. Kenapa Izan boleh ada dekat sini?Kenapa Angelo tak beritahu dia?

             "Sekejap."Izan tiba-tiba mengangkat kepala. Dia pandang Artemis.

              Membatu Artemis dibuat suara tu. Dia yang dengar tu sampai senak perut kerana rasa aneh. "Ya??"sambutnya semasa tidaka dapat melarikan mata dari berhenti memandang wajah Izan.

              "Pen."minta Izan dengan dingin.

              Lah!Pen ke?Ingatkan apa!Artemis kalut mencari pen sebelum tersentak. Dia angkat tangannya lalu menarik pen yang dia jadikan sanggul sebab nak cepat tadi. Terlepas terus rambut panjangnya itu lalu jatuh mengenai muka. "Ini pen.."serahnya ke Izan.

Izan yang saksikan hal itu pandang tidak berkedip. Dia lirik ke anak rambut yang jatuh menutupi mata Artemis saat wanita itu memandang dia. Tidak berkedip dia capai pen itu dan kembali tunduk memberi tandatangan pada kertas perjanjian itu.

               Angelo memberi senyuman nipis di bibir    sebelum bangun dari situ. "Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami."ucapnya.

Lantas mereka bertiga bangun. Izan menyerahkan fail. Dareen hulur tangan berjabat dengan Angelo.

               "Kalau sudi...marilah kita makan tengah hari bersama. On me."pelawa Mael. "Untuk meraikan kerjasama kita ini...Cik Artemis pun ikut la sekali.."dia pandang ke Artemis dengan senyuman dibibir.

Berdiri di tengah-tengah lelaki lampai di situ, kepala Artemis pandang kanan dan kirinya. Sekejap Angelo sekejap tiga beradik itu.

Kenapa dia temui mereka semula ni?

               "Sudah tentu."angguk Angelo saat pegang belakang badan Artemis. "Sepupu aku senang hati menerima pelawaan ni."ujarnya.

                Aik?Artemis pandang menjegil ke Angelo. Ish!Suka hati aje Angelo!Dah kenapa orang tua ni!Dah puas hidup sangat ke? "Tapi-"

               Angelo cubit perlahan pinggang Artemis dengan sembunyi. "Jom."ajaknya semasa senyum memandang Izan dan mereka di situ.

Memang muka Artemis masa tu macam dia mahu mencarut jugak depan Angelo. Tapi disabarkan aje sebab terpaksa!Lengannya tidak berhenti dari cuba tolak Angelo supaya menjauh.

Dengan renungan rindunya, Artemis tenung lama-lama belakang kepala itu saat mereka berjalan hendak masuk ke dalam restoran mahal pilihan Mael. Izan di hadapan sibuk berborak dengan Angelo mengenai sesuatu. Dareen di belakang dua itu orang sedikit pun tidak menoleh.

Sedar yang lelaki dia sukai telah menjadi suami orang, Artemis tunduk memandang ke bawah kerana tiada mood untuk makan atau keluar bersama mereka waktu itu.

Masakan tidak, mereka semua berkelakuan seakan tidak kenal antara satu sama lain. Berlagak seperti dia yang salah dalam hal ni.

Tiba-tiba Artemis merasai pergelangan tangannya di pegang sebelum dia ditarik ke sebelah selekoh dinding restoran. Sambil menahan nafas, Artemis membutang mata sebelum tubuhnya di dakap erat apabila mereka tersembunyi di balik tiang itu.

 Sambil menahan nafas, Artemis membutang mata sebelum tubuhnya di dakap erat apabila mereka tersembunyi di balik tiang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Banyak sangat ya chapternya?

Hahahah...😂😅Tinta tak tahu la kenapa buku kali ni banyak sangat.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now