CHAPTER DUA PULUH LIMA

576 80 6
                                    

Hujan!

Kilat berdentam dentum di langit. Membasahi pakaiannya sebaik sahaja keluar dari teksi. Bersama beg duffle yang di tuntut dalam bilik lokar yang disewa berdekatan lapangan terbang, Artemis tukar pakaian dan mengambil ubat-ubatannya sebelum ke situ.

Sesampai sahaja dia di balai pelepasan, passport palsu miliknya yang Bernama Verena di serahkan kepada pegawai bertugas Bersama-sama dengan tiket yang di tempah awal beberapa hari yang lepas.

Seusai lepas dari imigresen barulah Artemis masuk ke kapal terbang dan mengambil seat business bersebelahan dengan tingkap. Mujur la dia sempat sampai ke situ. Dan penerbangan terpaksa ditangguhkan untuk 30 minit sebelum berlepas yang mana buatkan Artemis lega kerana dapat berehat sekejap sebelum penerbangan bermula.

Sedang Artemis keringkan rambut dan badannya yang basah gara-gara di timpa hujan, satu kelibat muncul di seat bersebelahan dengan dia. Memikir ianya adalah penumpang lain, Artemis tidak peduli untuk memandang, sampailah dia tidak sengaja menyiku lengan orang di sebelahnya sewaktu bergerak.

             "Sor-"Artemis terdiam selepas sedar siapa orang yang duduk di sebelahnya itu. Untuk beberapa saat matanya pun naik turun hendak pastikan dia tidak salah lihat. Yakin yang dia tidak salah pandang, barulah matanya di kedip-kedip laju. "Mael?"tegurnya.

Seakan terkejut, Izan terus berpaling memandang ke tepi. Dia turunkan cermin mata dari wajahnya.

Senyuman lebar terukir di bibir Artemis.

             "Apa yang awak buat dekat sini?"terus dia jengahkan leher nak tengok sekeliling, memang penuh dengan penumpang lain. Mana lagi seorang tu eh?Dia nak dengar suara tu lanak kepastian!

             "Kau tu....apa kau buat dekat sini?" kening Izan berkerut cuba berpura-pura tidak tahu apa-apa. Sedangkan dia sentiasa tahu akan pergerakkan Artemis ini.

               Bersama muka tidak bersalahnya, Artemis menjungkit bahu."Larikan diri.."

              "Larikan diri?"

Terus Artemis kembali mengeringkan rambutnya untuk elakkan suhu badan dia yang sedia berbahang semakin panas.

              " Seorang aje?Mana kawan awak lagi seorang tu?Yang suka tersenyum tu?"

Wajah Mael terimbas di depan mata Izan.

                "Busy..."jawab Izan saat perasan wajah Artemis seakan letih yang semacam. Sebenarnya, selepas dia dapat panggilan dari Dareen tadi dia cepat-cepat call pihak lapangan terbang ini untuk tangguhkan penerbangan dan dapatkan seat bersama Artemis. Susah la jugak sebab Artemis guna nama lain. Mujur la passport palsu Artemis guna muka sendiri, kalau tidak memang susah dia nak jumpa. Sebaik dapat tahu Artemis menuju ke Korea dia segera ke sini!

                 Artemis mengangguk kepala. "Ohh...iya ke.Yang awak ni sendirian nak ke mana?"

                 "Confidential."jawab Izan sebelum pandang ke depan semula.

Tidak berhenti dari memandang tepi muka itu, Artemis berfikir akan detik pada malam di Pelabuhan semalam. Dia ingat yang ada orang panggil nama Mael, tapi suara tu lain. Bukan seperti yang dia dengar dengan Mael di sebelahnya ini.

Perasan dirinya itu di perhatikan, Izan akhirnya kembali memandang Artemis. "Ada apa?"

Renungan mesra Artemis tadi terus menjadi dingin. Karakter sebenar dia hampir keluar. Namun dia cepat-cepat samarkannya dengan sikap palsunya.

                "Muka handsome....pandanglah takkan la nak pandang dinding kapal terbang pulak." ujarnya. "Tapi kan macam mana kita boleh satu seat ya?Ke awak stalk saya ni?"guraunya.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now