CHAPTER SEMBILAN PULUH DUA

450 71 5
                                    

Lima tahun kemudian....

          "Lily!Berapa kali mommy beritahu lepas pakai barang tu letak dekat tempat sepatutnya!Bukan bersepah-sepah!"bebel Lila semasa membawa kot uniform sekolah dan stoking milik Lily di tangan saat jalan mendekati bilik tidur anak daranya yang satu itu.

Setibanya Lila di depan pintu bilik Lily, dia dikejutkan dengan pemandangan ruangan bilik tidur kanak-kanak berusia 11 tahun itu. Memang bersepah tak boleh nak kata apa dah.

Bercakap dengan Budak ni memang perlukan kesabaran yang tinggi.

Mahu berbuih mulut dia meleteri Lily. Tapi anak perempuannya ini seakan tidak faham bahasa langsung. Tak di tegah makin menjadi-jadi, bila ditegah malah dibuat lagi.

            "Lily...apa ni?"soal Lila dengan tangan mencekak pinggang kerana kesal melihat barang mainan, pakaian, buku, cadar dan katil Lily berselerak di dalam bilik itu. Tak ada rupa bilik dah!Macam stor barang terbiar pun ada.

           "Mommy...mana kasut sukan favourite Lily yang Aunt Artemis belikan?"muncul Lily dari balik pintu almari gergasinya.

             Sambil berjalan masuk, sambil tu Lila kutip barang Lily yang bersepah dekat lantai dan karpet di situ. "Kasut yang mana?Kamu tu ada berpasang-pasang kasut yang Aunt Artemis belikan..."

            "Alah...yang warna pink garisan putih tu la.."kata Lily semasa tunduk memandang bawah katil. Dia keluarkan kotak-kotak kasut yang tersimpan di bawah katil pula.

            "Mommy tak tahu..kamu yang pakai kan...sebab itu mommy pesan. lepas guna simpan dekat tempat dia semula. Sekarang lihat bila nak digunakan tak tahu dimana..."bebel Lila semasa lipat selimut di katil Lily.

Bersama keluhan kesalnya, Lily bangun dari situ. Dia berjalan keluar dari bilik untuk ke tingkat bawah. Mungkin kasut kesayangannya itu ada di dalam almari kasut.

Kaki berstokin putih itupun turun anak tangga dengan lekas sebelum berhenti di hadapan tempat pintu Utama. Di sebelah laluan itu tiga almari kasut berada. Lily buka pintu almari pertama lalu tunduk memeriksa isi almari itu. Dia cuba cari kasutnya di situ.

            "Ada pun!"dengan girang Lily pegang sepasang kasut sneaker pink bergarisan putih padanya dari almari rak buku di situ. Dengan kasih Lily lap permukaan kasut itu sebelum disarungkan ke kakinya. Senyuman lebar terukir di bibir kerana senang hati.

             Waktu itu jugalah Lila muncul dengan beg sukan hoki Lily di tangan. "Dah jumpa ke?"tanya dia semasa mendekati anak perempuannya itu.

             "Dah!"Lily berdiri lalu menghadap mommy dia dengan bersemangat.

               Sambil menggeleng kepala, Lila pakaikan snap back ke kepala Lily. "Next time simpan semula kasut tu dengan baik dalam almari selepas pakai."pesannya semasa memakaikan beg ke belakang badan itu pula.

               "Heheh..okay Mommy."Lily sengih menayangkan giginya.

                "Lepas selesai latihan nanti balik terus ke rumah. Jangan merayau. Promise?"

                Lily mengangguk kepala sebelum berjengket hendak mengucup pipi Lila. "Bye mommy!"pamit dia sebelum bergerak ke arah pintu dan keluar dari situ.

Langkah itu diperhatikan oleh Lila sehingga la pintu rumahnya tertutup rapat. Lantas dia berpaling hendak masuk ke dapur, mahu menyambung urusan kerja yang tertangguh gara-gara hendak tunggu Lily bersiap menjalani latihan hoki anak itu.

Lintas sahaja Lila di laluan hallway, seseorang muncul dari anak tangga. Turun dalam keadaan lengkap dengan pakaian kerja. Hal itu buatkan Lila terhenti dari melangkah untuk menyapa.

               "Lambat bangun hari ni Artemis."senyum dia. "Nak sarapan sekali tak?"

               Sambil menyanggul rambut panjang hitam berkilatnya tinggi ke belakang, Artemis pandang Lila bersama sengih kambingnya. "Sorry. Angelo beritahu ada meeting penting. Rasanya tak sempat kut.."beritahu dia.

               Melihat sikap Artemis serta merta buatkan Lila sedar dari mana perangai Lily tu datang. "Kau dengan anak aku tu sama aje. Dua kali lima. Dah tahu lambat tak nak siap awal..bila dah lambat mula la nak gelabah...apa nak jadi dengan kau orang berdua ni.."bebel dia.

Artemis ketawa mendengar komen itu.

               "Rasa macam aku bela dua orang anak aje...penat!"

                Seusai mengikat rambutnya, Artemis mendapatkan Lila. Dia dakap sebelah tangan tubuh genit itu. "Gerak dulu ya. terima kasih sebab tumpangkan aku dekat sini.."

               Lila menjuling mata menyampah. "Hmm..."rumah dia ni ibarat tempat persinggahan Artemis. Ada penthouse mahal yang dicarinya rumah capuk dia jugak. "Terima kasih...terima kasih jugak. Jangan lupa bayar duit sewa. Ingat makan minum free ke?"guraunya.

                "Hahaha...alah kedekut taik hidung masin la kau ni!Tahu la aku!Dah..aku gerak dulu!"Artemis ketawa lagi kerana sudah lali dengan gurauan kasar Lila itu.

                 "Hati-hati drive tu."pesan Lila semasa perhatikan Artemis tunduk menyarung black heel di kaki tergesa-gesa.

                   "Bye!"

Sudah tiga tahun berlalu sejak Artemis berjaya memerangi kansernya itu. Mujurlah waktu Artemis kesan penyakitnya itu di peringkat awal. Jadi dapat dirawat dengan segera. Kini Artemis telah sembuh dari penyakitnya. Namun begitu dia masih dalam bawah pemerhatian. Dua bulan sekali Artemis akan jalani medical check up. Ingin pastikan sel cancer dia tidak datang lagi.

Dan...

Sejak kepulangan Artemis ke sini lima tahun lalu, banyak perkara telah terjadi.

Angelo sudah menjadi mafia yang tegar pada bisnesnya. Lelaki itu semakin cekap handle semua urusan dengan bantuan Artemis di sisi. Kuasa lelaki itu semakin meluas. Selain itu Angelo menjadi seorang abang yang baik pada Artemis dan suami yang taat pada isteri dan anak-anaknya. Dan lelaki itu juga telah menimang anak ketiganya setahun lepas.

Lila sudah tidak lagi bekerja di diner kerana ownernya meninggal dunia kerana sakit. Kini Lila jalankan perniagaan online dengan menjual kek dan muffin yang mana sangat maju dan telah terkenal.

Lily pula sibuk dengan persekolahannya selain meluangkan masa bersama Artemis sewaktu menyiapkan homework yang diberikan oleh guru.

Elio sudahpun dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan polis di jabatan tempat dia bekerja iaitu Jabatan Siasatan Dalaman Negara. Sejak kejadian dia menemui Artemis, dia sering berhubung dengan Artemis dan Angelo. Meluangkan masa bersama dengan dua sepupu itu bila kelapangan.

Sementara berita mengenai Izan yang hilang ingatan telah diketahui Artemis melalui Angelo. Lelaki itu yang ceritakan kepada Artemis bahawa Izan sudahpun berkahwin dengan anak don Rusia berpengaruh empat tahun lepas. Izan juga sudah terkenal dengan kegiatan mafia lelaki itu.

Mael dan Dareen masih seperti sama seperti dulu. Dua beradik itu bekerja di bawah Izan dan mengetuai segala operasi bisnes yang melibatkan jenayah besar.

Dan Artemis ambil keputusan untuk move on dan cuba jalani hidup dia sebaik mungkin walaupun belum dapat melupakan Izan. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now