CHAPTER SATU RATUS

626 89 10
                                    

Seperti tahu-tahu bunyi ketukan pintu kedengaran sebelum seorang lelaki berjalan masuk ke situ menghadap mereka berdua.

"Selamat pagi tuan...Cik Artemis."

Dengan marah-marah Artemis menoleh. Tangan masih mencekak pinggang. Keningnya mencerun tajam. Ish!Siapa pulak menyemak ni!Tak nampal ke dia belum habis bercakap dengan Angelo ni!"Nak apa?"

Angelo masih tersenyum semasa mengangguk kepala balas sapaan itu. "Hm."

"Tuan Izan Aramis telah tiba ke sini."maklum pengawal itu.

Terangkat tinggi kening dibuatnya.

Huh?

Jatuh tangan Artemis ke sisi lepas dengar. Cepat betul?

Sementara Angelo bersemangat bangun dari duduknya. "Oh really?Pelawa la dia masuk."

Sekejap!Artemis pandang ke Angelo. Hendak menghalang lelaki itu dari beri arahan. Tapi sayang..memang tak sempat la gayanya!

"Angelo, jangan kau-"Artemis pandang ke Angelo hendak memarahi lelaki itu kerana tidak memberitahu dia yang Izan akan ke sini terus tapi tak dapat nak dihabiskan bila pengawal itu pelawa masuk The Devil ke situ.

Serta merta suhu bilik itu drop dengan mengejut. Buatkan suhu sejuk di situ semakin dingin!

Artemis yang rasa seram sejuk dekat situ!

"Hai Izan. Selamat datang...and morning too."sapa Angelo saat keluar dari belakang meja itu untuk menyambut Izan.

Oleh kerana takut dan gelabah, Artemis berdiri di belakang Angelo. Masih belum berani hendak berdepan dengan Izan walaupun dia teringin sangat hendak bersama dengan lelaki itu.

Yalah...macam mana dia tak takut kalau tahu yang Izan tu suami orang tapi dia sukakan lelaki tu. Kalau dia berdepan dengan Izan jugak memang dah tak boleh lari dah! Kang..tak pasal-pasal label dia ni perempuan yang cuba merampas hak orang lain.

Izan berjalan masuk ke situ dengan tiga orang pengawal peribadi. Dua dari mereka ialah Marco dan Bob sendiri. Bila mereka berhadapan dengan Angelo, Izan pandang dengan reaksi berlagaknya.

"Selamat pagi."balasnya dingin. "Dimana deal aku?"tanya dia setelah itu.

"Ada ni...baru aje siap beritahu tadi."Angelo pandang ke tepi dimana Artemis sedang berdiri.

Artemis dibelakang Angelo intai sedikit ke tepi bahu lelaki itu. Dia ingatkan tak dipandang, sekali tu pandang aje dia situ, rupa-rupanya Izan pun pandang. Terus bertentang mata la mereka berdua. Memang kebas muka Artemis rasakan waktu itu.

Mata di balik cermin mata itu berkedip satu kali sebelum tuannya bersuara. "Shall we go now?" Izan pandang ke Artemis yang tersembunyi di belakang Angelo waktu itu.

Suara itu buatkan Artemis cubit kot belakang Angelo waktu itu bawah bibirnya digigit geram. Dia tak tahu nak fikir apa dah waktu itu sebab tak bersedia langsung hendak berada dekat dengan Izan.

Macam mana kalau Dareen marah sebab dia ada dengan Izan?

Macam mana kalau Luciana tahu tentang hal ni?

Apa dia nak jawab pada Elio kalau lelaki itu tahu yang Izan telah kembali ke sini?

Haish!

Semua ni salah Angelo sebab tak beritahu dia awal-awal.

Disebabkan Artemis enggan bergerak, Angelo yang gerak dapatkan Artemis. Dia pegang lengan kurus itu lalu di dorong badan tu ke depan dengan paksa.

"Have fun. Make sure hantar balik in one piece. Something berlaku pada sepupu kesayangan aku ni...duit melayang..nyawa kau pun ikut melayang."pesan dia bernada gurau tapi sebenarnya dia maksudkan dengan serius akan amarannya itu.

Cepat-cepat Artemis menggeleng kepala. Dia pegang lengan Angelo sebab tak nak ikut.

No!

No!

Please!!

Bukan sekarang!

Tak nak!

Keningnya berkerut-kerut, bibirnya tercebik-cebik. Jadi gelabah dekat situ sebab tak boleh nak kawal hormone dia!

"Angelo.."rengek Artemis dengan perlahan.

Jari yang mencubit kotnya itu dilepaskan Angelo. Lelaki itu dorong Artemis merapat ke Izan. "Dah...dia dah bayar mahal dekat aku. jangan buat perangai. Dengar cakap Izan elok-elok."

Terlepas jugak Artemis dari Angelo bila lengannya di cengkam dari kanan oleh Izan waktu itu. Dengan paksa Izan tarik dia supaya jalan untuk keluar dari situ.

Artemis curi-curi menjeling ke tepi. Makin di pandang makin memulas perut dia. Hendak terkucil pun ada. "Aku benci kau Angelo!"bisik hatinya waktu itu.

Saat itu mereka sudahpun keluar dari pejabat Angelo.

"Apa yang buatkan awak takut sangat ni Cik Artemis?Relaks. Saya tak makan orang..."beritahu Izan dengan nada dinginnya.

Ya!Memang tak makan orang!Tapi makan hati orang!Artemis buat muka berserah dia apabila pintu lif terbuka dan dia berjalan masuk ke dalam kotak besi itu bersama mereka.

"Awak nak bawa saya ke mana ni?" Artemis gagahkan diri untuk bertanya sedangkan jantung dalam tulang rusuk dia waktu sudah berdegup kencang.

Izan palingkan kepala. Dia pandang Artemis untuk seketika tanpa mengatakan apa-apa.

Sementara Artemis yang dipandang mahu mencair. Ikutkan hati memang dia sudah peluk Izan erat-erat. Tapi ditahankan aje perasaan gian dia yang sedang membuak-buak waktu itu.

"Kenapa?"tanya Artemis bila Izan diam tidak bersuara.

"Pernah ke kita berjumpa sebelum ni?Kenapa saya rasa macam pernah kenal awak?"tanya Izan yang sengaja hendak menduga Artemis.

Nak jawab salah tak jawab salah. Apa dia nak buat. "Hahah..."Artemis ketawa kekok. "Mungkin.."jawabnya sebelum menelan air liur yang terasa begitu kesat di tekak. Tidak disengajakan Artemis bertentang mata dengan Marco dan Bob. Dua orang itu beri senyuman nipis kepadanya.

Izan mengangguk. "Mungkin."balas dia yang tidak memanjangkan topik tersebut.

DING!

Pintu lif terbuka, lantas mereka pun masuk ke dalam dengan serentak.

😆Lima chapter dulu hari ni ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

😆Lima chapter dulu hari ni ya..

Terima kasih sebab sudi tunggu dan baca!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now