CHAPTER LIMA PULUH DUA

545 77 33
                                    

        "Berapa umur anak encik?"soal Elio kepada Arman sewaktu lelaki itu tunduk mencatat sesuatu ke atas kertas selepas sesi perbualan mereka tadi.

          "16 tahun.."beritahu Peguam Arman dengan senyuman lebar. "Puteri kesayangan saya kalau kamu nak tahu..."begitu teruja sekali Arman berkata. "Nanti kalau ada masa lapang boleh la kamu berjumpa dengan dia.."

Sampaikan Elio yang dengar ikut tersenyum kerana berasa iri melihat sikap penyayang di pamerkan oleh peguam belanya. Hampir 6 bulan dia bekerjasama dengan Arman, peguam depannya sikit pun tidak tunjukkan sikap pesimis kepada dia. Selalu tersenyum dan beri kata semangat terhadap dirinya.

        "Terima kasih encik.."ucap Elio.

         "Untuk apa?"

         "Untuk semuanya...masa semua orang salahkan saya...tak percayakan saya..encik sahaja yang ada di sisi saya dan percayakan setiap kata-kata saya.."beritahu Elio dengan senyuman sedih di bibir.

             Arman pun ikut mengangguk kepala. "Jangan risau...ianya adalah tugas saya untuk mempertahankan sesiapa yang memerlukan sokongan dan bantuan. Sikit pun saya tidak terbeban dengan membantu kamu..ingat la satu perkara ini...setiap orang lakukan kesilapan. Dan setiap kesilapan itu ada cara untuk menebusnya semula...jadi jangan putus asa untuk lakukan kebaikan walaupun ada banyak kejahatan yang telah dibuat.."

Senang mendengar ucapan itu, Elio pandang Arman dengan perasaan kagum lalu berkata. .

                "Encik...lepas saya keluar nanti, saya akan masuk akademi polis dan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi penegak keadilan...macam encik lakukan"

                "Baguslah kalau macam tu...selamat la kehidupan anak saya nanti bila adanya polis bertanggungjawab seperti kamu suatu hari nanti..."

Elio pandang akan kelibat gadis yang berjalan masuk ke dalam cafeteria dari kereta waktu itu. Sudah beberapa hari dia perhatikan gerak geri insan tersebut dari jauh. Sampaikan tugas-tugasnya di pejabat mulai bertimbun gara-gara kerja tidak berbayarnya ini.

Berpayungkan lengannya, Elio buka kereta lalu meredah hujan renyai-renyai yang turun saat itu. Lalu berlari menyeberang jalan setelah memastikan keadaan selamat.

Sesampai sahaja dia di dinding kaca restoran itu, dia berdiri memandang suasana restoran tersebut. Mencari kelibat orang itu di dalam premis tersebut. Dan di situ la dia nampak Artemis sedang berjalan keluar dari bilik belakang. Sedang mengikat rambut ke belakang.

        "Kak Lila...hari ni menu apa?"

         "Hari ni menu biasa...sup tomato, ayam grilled dan salad.."

         "Wow....nanti Artemis nak tumpang makan sekali dekat rumah Kak Lila boleh?"

          "Hmm...boleh tu boleh...tapi kena bayar duit pintu la..."

           "Ahahaha.ada ke...dah macam samseng pulak.."

           "Okay la tu...kamu kan suka keluar masuk rumah akak macam rumah akak tu hotel.."

            "Eee...berkira!"

Perbualan itu dapat di dengar Elio dari luar lagi. Dia tatap wajah ceria Artemis dengan renungan redupnya sebelum mula melangkah mendekati pintu restoran. Bersama perasaan gugupnya, Elio tolak pintu ke dalam lalu berjalan masuk.

Bunyi loceng yang tergantung di pintu itu buatkan perhatian Lila dan Artemis terus ke arah pintu tersebut. Mereka tersenyum lebar apabila melihat Elio di situ.

             "Eh-eh..encik polis la.."sapa Artemis saat jalan mendekati Elio. Macam mana lelaki ni boleh ada di sini?Hatinya terdetik hairan namun dibiarkan sahaja soalan itu tidak diluah.

Lila menggeleng kepala lalu menyambung tugas mengemopnya. Dia sudah terbiasa dengan Artemis mengenali orang ramai di sini. Yalah dia sedia maklum Artemis bekerja dengan mafia. Jadi tidak hairan la bagaimana Artemis boleh kenal ramai orang terutama sekali lelaki!

           "Awak kerja di sini jugak?"tanya Elio saat perhatikan sekitar restoran itu. Melalui siasatannya restoran ini milik seorang wanita janda tidak bersuami. Dan tiada rekod mencurigakan dengan perniagaan di situ. Yang menjadi persoalan dia adalah kenapa Artemis kerja sebagai pelayan pada masa yang sama untuk Angelo.

          "Iya...ini side income saya.."Artemis garu belakang kepala kerana berasa kekok dengan soalan itu. Dia nak jawab pun rasa malas nak menjawab.

           "Kerja awak bersama Angelo macam mana??"

            Artemis ketawa kecil. Dia silangkan tangan ke dada sambil melentokkan kepalanya sedikit ke kiri. "Adakah ini sesi soal siasat?Saya ingatkan fasa soal siasat ni dah lama selesai sejak pertemuan kita di balai polis hari tu?"

             Hujung bibir Elio terjungkit kerana dia berasa lucu dengan diri sendiri. "Maaf...kebiasaan. Saya bukan nak soal siasat awak dekat sini...."

            "Hahaha....saya gurau aje la. Jangan risau. Memang normal la kalau orang macam encik ni suka soal menyoal...dan nama pun kebiasaan.."beritahu Artemis.

             Senang mendengar tawa itu, Elio mengangguk kepala. "Ooh...okay."

             "Encik Elio nak pesan apa-apa ke?"

Elio pandang Artemis dengan renungan redup lantas tersenyum. "Berikan saya satu kopi panas tanpa gula dan sebungkus sandwich ham..."

             "Take out ke?"

             "Tak. Saya makan di sini."

             "Okay...sila la duduk. Saya sediakan pesanan Encik Elio dengan segera."

Elio mengambil tempat di kerusi berhampiran dengan kawasan meja bulat di situ. Dia pandang Artemis yang sibuk di belakang kaunter saat itu dengan renungan serba salahnya. Macam mana la dia jelaskan kepada Artemis bahawa dia la punca kematian ibu dan ayah Artemis 10 tahun yang lalu?

Beberapa minit kemudian beberapa orang pelanggan masuk ke dalam restoran. mereka buat pesanan lalu duduk di meja sementara Artemis dan Lila sibuk menyiapkan hidangan.

Lalu datang Artemis tidak lama kemudian. Bersama hidangan dalam dulang buat Elio.

        "Maaf lama menunggu. ini pesanan encik." kata Artemis saat meletakkan dulang ke atas meja.

          "Tak mengapa. Saya faham.."balas Elio sambil capai pinggan dari tangan Artemis. Namun tidak semena, satu titik darah jatuh mengenai tangannya. Buatkan dia tersentak lalu dongak memandang ke depan.

           "Oh sheet! Sorry!"ucap Artemis kelam kabut keluarkan tisu dari kotak di atas meja lalu di kesat pada tangan Elio. Sebelah lagi memegang hidung yang sudah berdarah.

Elio cepat-cepat bangun.

            "Awak tak apa-apa?"tanya Elio semasa bantu Artemis menekup hidung dengan tisu.

             "Hahah....saya tak apa-apa..biasa dah. "kata Artemis saat perhatikan riak risau di wajah Elio waktu itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now