CHAPTER TUJUH PULUH EMPAT

504 73 0
                                    

Bilik berpintu dua terbuka ke dalam sewaktu Izan berjalan masuk ke situ bersama Artemis dalam dukungan. Sesampai di depan katil perlahan-lahan Izan letakkan Artemis ke atas katil empuk itu.

Tidak memberontak atau melawan, Artemis hanya membiarkan sahaja Izan perlakukan dia sebegitu kerana tiada daya hendak bergaduh memandangkan lelaki itu telah culik dirinya keluar dari hospital begitu sahaja tanpa sebarang persediaan perubatan yang betul. Mujur ada Iv drip dipasang bersama kalau tidak mahunya dia pengsan tidak sedarkan diri sampai keesokan harinya.

          "Kau nak bersihkan diri atau terus tidur?"tanya Izan semasa menanggalkan kasut dari kaki Artemis lalu di bawa kedua-dua kaki itu naik ke atas katil.

Masih dengan reaksi curiga dan tidak puas hatinya Artemis jeling akan Izan tanpa berkata apa-apa. Bibir pucatnya terketap erat.

Taktala Izan duduk di tepi kaki Artemis atas katil, dia yang bertentang muka dengan gadis itu berkerut kening sendiri apabila Artemis tidak mengatakan apa-apa malahan menatap dirinya seperti ada yang tidak kena dengan mukanya waktu itu.

             "Kenapa pandang aku macam tu?"Izan tersenyum meleret kerana fikir yang Artemis pandang wajahnya kerana gadis itu tertarik terhadap diri dia.

            "Beritahu saya....Luciana tu bukan sekadar kawan baik awak aje kan?"kepala Artemis terlentok sedikit saat bertanya. Matanya bergerak kanan dan kiri cuba dapatkan kepastian dari tatapan Izan itu.

            Melurut turun senyuman dari bibir Izan. Kening lelaki itu ikut sama perlahan-lahan berkerut. "Jelous?"

            Terus Artemis ketawa kecil. "Bukan itu jawapan yang saya nak dengar Izan..beritahu saya apa hubungan awak bersama Luciana?"

              Izan pandang ke tangan Artemis sebelum naik ke muka itu. Matanya bergerak kanan dan kiri semasa memerhati."Luciana tu kawan baik aku. Kita orang dah bersama sejak kecil lagi. Ayah dia kawan baik keluarga aku. Jadi kami memang rapat seperti tu."jelas Izan dengan jujur.

              "Tapi apa yang saya lihat ianya bukan sekadar kawan...dan saya rasa otak bijak awak ni pun boleh sedar hal tu.."sambil berkata, Artemis tunjal tepi dahi Izan dengan perlahan menggunakan jari telunjuknya. "She fall for you...and you know that."katanya dengan sinis. "Tujuan awak bawa saya ke sini adalah untuk beritahu Luciana secara sembunyi yang dia perlu berhenti dari sukakan awak...kan?"

            Mata Izan berkedip perlahan saat Artemis menunjal kepalanya. Seperti yang dijangka olehnya, Artemis seorang yang bijak. Tidak sangka niatnya itu mudah di baca dengan Artemis. "Yes. Tapi orang yang aku suka adalah kau, Bukan dia..."

Artemis tersenyum suka bila dengar Izan yang tidak berhenti lafazkan perasaan secara terang-terangan kepadanya selama ini. Namun begitu dia sedar....

            "Perempuan yang berpenyakit seperti saya ni takkan berikan awak kebahagian Izan selain sengsara. Tak terlambat untuk awak lupakan saya dan teruskan hidup tanpa libatkan diri lagi dengan saya."

            "Ap-"

             "Sakit saya ni tiada ubatnya Izan."pintas Artemis serta merta. Dia tahu apa yang Izan rasakan. Dia pun pernah rasakan sama seperti yang Izan rasakan. Tapi Izan kena sedar satu perkara ni. "Sekalipun saya jalani kemoterapi atau pembedahan. Ianya hanya akan beri saya waktu sementara sahaja bukan selamanya."

Tidak berkedip mata Izan waktu itu. Dia terlalu dalam menatap mata Artemis semasa gadis itu bercakap.

Perlahan-lahan Artemis mengangkat tangannya naik memegang tepi muka kiri Izan. Yang mana buatkan Izan terkedu sendiri. Lalu wajah lelaki itu di bawa dekat kepadanya sebelum menyandarkan dahi pada dahi Izan dalam keadaan memejam mata.

              "Jangan seksa diri awak Izan dengan mencintai saya. Saya beritahu semua ni kerana saya tak nak awak kecewa."bisik Artemis dengan perlahan. Dia penat sebenarnya hendak berharap dan cuba mencintai seseorang. Lagi-lagi dengan keadaan dia begini, memang tidak la dia nak mulakan semula dari awal.

             "Artemis..."panggil Izan memejamkan mata apabila dahi hangat Artemis berlaga dengannya. Untuk sesaat dia tidak mengatakan apa-apa. Namun selepas seketika, dia buka mata lalu pegang kedua-dua belah kepala Artemis. Dia bawa menjauh sedikit darinya agar dia dapat memandang wajah itu.

            "Ya.."Artemis pandang Izan dengan kening berkerut susah hatinya. Setiap inci wajah lelaki itu di tatapnya. Kalau dia tidak sakit,sudah lama hati yang gian inginkan cinta seorang lelaki ini terima cinta Izan walaupun lelaki ini punca kematian ibubapanya sendiri tanpa berfikir dua kali.

           "Kalau macam tu habiskan sisa hidup kau bersama aku...aku janji aku akan gembirakan kau sehingga hujung nafas kau...Artemis..."ucap Izan di depan muka Artemis. Keningnya berkerut-kerut meminta harapan.

Bisik gemersik lelaki itu begitu lembut hinggakan Artemis yang dengar di serang butterfly effect!Sampaikan tidak berkedip dia menatap Izan. Apa dia nak buat dengan Izan ni? Makin di tolak makin merapat. Semakin jauh dia jarakkan diri, semakin dekat Izan padanya.

           "Tak apa kalau kau tak boleh cintakan aku balik...tapi izinkan aku berada dekat dengan kau...untuk tebus semua salah aku terhadap ibubapa kau..."

           Bersama keluhan mengalahnya, Artemis pegang lengan Izan lalu tolak lelaki itu jauh darinya. "Awak pernah jatuh cinta?"

Izan mengangguk.

           "Pernah rasa sakit di tinggalkan dengan orang tu?"

Izan menggeleng kepala.

          "Kenapa pulak?"Artemis bingung.

          "Sebab orang tu masih bersama dengan aku saat ni.."Izan tersenyum.

Beberapa saat berlalu tanpa suara di antara mereka apabila Artemis pandang wajah Izan. Cuba hendak fahamkan apa yang dikatakan lelaki itu. Dan apabila Artemis faham, dia terus membuka mata dengan luas kerana begitu terpempan.

           "Tak mungkin la.."

           Izan mengangguk selepas itu. "Ya...kau first love aku..sebab tu aku tekad nak bersama dengan kau. Sebab kau orang pertama yang buat aku rasa macam ni"

Artemis begitu terpegun mendengar kenyataan itu sampaikan wajah berasa bahang semacam.

        "Sekarang kau rehat. Esok aku sediakan pasukan perubatan untuk bantu kau."ujar Izan sambil betulkan bantal di belakang Artemis lalu tarik cadar untuk selimutkan badan itu.

Artemis curiga. Entah kenapa jauh dalam sudut hatinya mengatakan dia berasa was-was.

Take note, lelaki didepannya adalah ketua mafia. Lelaki licik yang tidak boleh dipercayai dengan mudah. Bukan lelaki normal yang hidup biasa dekat luar sana.

Boleh ke dia percaya akan kata-kata Izan ni?

Boleh ke dia percaya akan kata-kata Izan ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now