CHAPTER TIGA PULUH SATU

554 77 1
                                    

Goncangan yang dirasai pada badan buatkan dia terjaga dari lena secara mengejut. Mulanya memang tak nak bangun. Sebab yalah untuk pertama kalinya dia dapat tidur dengan lena. Sekali tu kena kacau, siapa aje yang suka.

        "Artemis..."suara itu sayup-sayup kedengaran.

Mimpi ke?

Atau dia dah mati?

Perlahan-lahan matanya yang berat itu dipaksa buka sebelum disapa dengan pemandangan yang boleh la dikatakan cukup menyenangkan buat mata memandang.

Dekat syurga ke? Bidadara mana yang sesat pulak ni?

Terpisat-pisat Artemis mengedipkan mata.

           "Lena betul tidur.."

Namun apabila realiti menghentak rasional Artemis, serta merta perasaan senang tadi berubah menjadi geram.

          “Wake up my lady.”panggil suara gemersik itu sekali lagi sambil menggoncang perlahan lengan Artemis.

Masih dalam mamainya, Artemis berkerut kening lantas memandang kanan dan kiri kebingungan.

Sudah berada di mana dia?Apa dah terjadi?

Izan jual dia dekat sendiket penjualan organ ke?

           “Kita dekat mana?”soal Artemis sewaktu melihat lelaki berkemeja putih di sebelahnya sedang sibuk menyarung kot ke badan tu. Bukan main lagi bergaya rupa Izan waktu itu.

            “Home.”jawab Izan saat membutang kot sambil memandang Artemis.

Huh?

Artemis pun mengangkat kepalanya, sekali tu baru dia sedar yang dia duduk melunjur di kerusi kapal terbang dengan selimut menutupi badannya. Kepalanya tunduk memegang selimut dibadan.

          “Sejak bila-“Artemis nak bertanya sekali tu lepas dia dongak pandang sekitarnya pula, baru dia perasan yang kapal terbang dia naiki bukan la sebarangan kapal terbang.

Sebaliknya merupakan private jet kerana tiada penumpang lain selain mereka berdua dan beberapa orang pengawal keselamatan sahaja kelihatan di situ.

            “Awak-“dia hendak pandang Izan semula, tetapi lelaki itu tiba-tiba tunduk mendapatkan dirinya dari seat itu.

            “Kita kena cepat…Angelo dalam perjalanan balik sekarang. Kau mesti tak nak dia tahu kau menghilang kan?”soal Izan sewaktu menanggalkan safety belt yang terpasang di sekeliling pinggang Artemis.

             “Hah?”Artemis pandang muka di depannya itu tak faham. “Jangan nak buat lawak. Dia sendiri nakkan saya mati..inikan lagi peduli?Macam awak cuba lakukan malam di pelabuhan tu..”getusnya sebelum turunkan kaki dari seat tersebut dan cuba berdiri.

Izan pandang Artemis saat mendengar komen itu.

            "It's  part of the plan my lady…part of the plan. Beside..i save your ass from getting kill by that man don’t I?”Izan pegang belakang badan Artemis lalu memimpin gadis itu jalan menyusuri laluan kecil untuk keluar dari plane tersebut.

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now