CHAPTER EMPAT PULUH LAPAN

583 89 37
                                    

           "Kau tipu.."deram Verena yang kesabarannya mula menipis. Takat didih dia sudah berada di kemuncak!

           "Untuk apa aku tipu kau...tak ada faedahnya. Lagipun..kau sendiri tahu kan aku ni jenis orangnya macam mana. Apa aku cakap selalunya betul. Tak pernah sekali menipu. Tak adalah macam kau orang tu...bukan setakat membohong je hebat...tikam dari belakang la paling expert.."Artemis tambah minyak ke atas api yang sedang membara. "Anyway...tujuan aku ke sini bukan nak jelaskan apa-apa pada kau. Tapi cuma nak beritahu, aku dah bebaskan Angelo dan tarik balik kes lejar yang terbongkar tu. Cuma...okay...ada cuma dia.... Apa yang aku tak handle cuma kes kematian Han Tae Gu..."terus Artemis tersenyum.

          "Kau-"

           "Wait...aku belum habis cakap lagi..." larang Artemis.

Terkatup mulut Verena sesaat kemudian. Dia pandang Artemis dengan kening mencerun.

          "Niat aku cuma nak bagi teguran pada Angelo untuk behave dan berhenti cuba bunuh aku. Yang mana dia mungkin dapat fikir dengan otak bebal dia tu untuk patuh arahan aku...dan kau...aku tak rasa akan faham Bahasa dengan perkataan tu...jadi..aku ambil keputusan untuk biarkan kau mereput dalam penjara tu seumur hidup kau."beritahu Artemis.

Mata kiri Verena ikut mengerenyet gara-gara menahan sabar mendengar kata-kata itu. Sumpah!Dia begitu sakit hati dengan pengakuan Artemis!

         "Nak sangat bunuh aku kan...rasakan akibatnya. Aku dah cakap dengan kau awal hari tu...jangan sampai aku yang buat hidup kau susah...still kau tak faham-faham jugak." kata Artemis dengan lagaknya. "So...moral of story is...behave while you safe."

Kerutan Verena semakin mencerlung di keningnya. Dirinya seakan di tampar-tampar dengan setiap bait kata Artemis. Begitu terpempan yang amat sangat sampaikan tidak boleh hendak fikirkan apa-apa lagi. Dia tidak menyangka bahawa begitu telitinya Artemis merancang. Sadis dan tidak terlawan.

Dulu dia selalu fikir Artemis ini hanya perempuan murahan yang selalu berkepit dengan Angelo kerana mahukan kesenangan lelaki itu. Rupa-rupanya sangkaan dia meleset.

Bukan Artemis yang perlukan Angelo.

Tetapi Angelo yang memerlukan Artemis.

Verena juga baru faham kenapa Angelo selalu berharap pada Artemis. Kenapa Angelo sering panggil Artemis untuk uruskan bisnes lelaki itu. Tidak hairan la kenapa Organisasi Belaruz ini berpengaruh sejak Artemis libatkan diri. Selama 8 tahun dia sertai Belaruz. Dia Nampak perubahan yang berlaku. Selama ini dia fikir Angelo yang pelan dan uruskan segalanya.

Rupa-rupanya

Artemis adalah otak Angelo.

Perempuan yang dia ingin bunuhkan sangat ini adalah orang yang bertanggungjawab dalam semua pelan dan rancangan Angelo selama ini. Artemis adalah mastermind Organisasi Belaruz.

Tidak hairan la kenapa Angelo mahukan Artemis tidak kira apa sekalipun dia fitnah dan cuba lakukan untuk hapuskan Artemis. Angelo tetap kekalkan Artemis di sisi lelaki itu.

           "Kenapa?"soal Artemis setelah dia tengok muka dumbfounded Verena, tangannya naik menopang bawah dagu sebelah tangan dengan elegan. "Kau terkejut ya dengar semua ni?"hujung bibir terjungkit tinggi. Hampir mahu ketawa berguling-guling di situ gara-gara puas hati. "Ni baru sikit...aku boleh buat lebih teruk daripada ni...."bisiknya dengan perlahan ayat terakhir tu.

Tidak semena Verena berdiri dengan laju hingga menyebabkan kerusi dia duduk jatuh tumbang ke belakang.

          "Kau memang perempuan tak guna Artemis!Aku harap kau mati!!!!"teriak Verena dengan berang.

           Artemis pun meledak ketawa. Dia begitu teruja melihat reaksi Verena. "Hahahah.."

Tanpa membuang masa, Verena naik ke atas meja itu mahu menerkam Artemis.

Pada masa itulah pintu belakang Artemis terbuka, Tiga orang pegawai polis yang sejak tadi memerhati dari kaca di luar bilik itu bergegas masuk ke dalam.

          "AKU BENCIKAN KAU PEREMPUAN JALANG TAK GUNA!MATI LAH KAU SITU!!!!"ngaum Verena dengan hysteria.

            Artemis ketawa lagi saat perhatikan Verena bergelut mahu mendapatkan dirinya apabila pegawai-pegawai polis tadi mengekang Verena dan paksa wanita itu turun dari meja tersebut. "Jangan risau. Kematian dah bagi kad jemputan dia orang pada aku.."sengihnya dengan bangga.

          "ARGHHHH!!!!LEPASKAN AKU!!!!AKU TAK BERSALAH!PEREMPUAN S*ALAN TAK GUNA TU YANG RANCANG SEMUA NI!!!!!!!ARGHHHHHHHHH!!!"meronta hebat Verena di balik kekangan pegawai polis di situ. "LEPASKAN AKU!LEPASKAN AKU LA!!!!!!"

Memandangkan Artemis telah selesai di situ, dia bangun. Mata masih memandang ke Verena yang telah terbaring meniarap atas lantai saat cuba di tenangkan oleh pegawai polis di situ. Dalam diam, Artemis gerakkan bibir.

          "Good luck Verena..."ucap Artemis sebelum berpaling pergi dari situ.

Saat kepalanya di tolak ke lantai dengan kuat, Verena hanya mampu memandang black heel Artemis saat Artemis berjalan keluar dari situ. Dia tahu!Tak kira apa yang dia bakal katakan nanti semasa soal siasat dan sidang mahkamah, nasib takkan menyebelahi dirinya. Bukti telah tertuju padanya.

Dia terjerumus ke dalam lubang kubur yang dia gali untuk Artemis!

Dia terjerumus ke dalam lubang kubur yang dia gali untuk Artemis!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

6 chapter!

Yeehaaa!

Tinta ingat nak buat panjang sikit kalau satu chapter tu. Tapi disebabkan Tinta pernah jadi reader, Tinta tak suka kalau satu chapter tu jumlah word lebih dari 2000 patah perkataan.

Sebabnya?

Style membaca Tinta, Tinta akan skip beberapa perenggan macam tu aje kalau terlampau banyak sangat ayat. Tinta lebih suka pada point penting...isi cerita tu dan detail story telling suatu chapter tu.

Tak sure la kalau style membaca Buddies macam mana. Tapi itulah..lain otak lain cara kerjanya...

Jadi, Tinta suka buat cerita tu direct terus tanpa banyak huraian. Sebab itu kalau Buddies perasan, cerita Tinta seakan rushing dan cepat masa baca tu...

Tinta biasanya letak 800-1200 patah perkataan aje dalam satu chapter tu. Kemudian akan cut perenggan selebihnya ke chapter baru.

Siapa dah baca buku 1-43, Buddies boleh faham sangat rentak penulisan Tinta. Dari typo, dari grammar, dari slang dan cara penyampaian Tinta.

Kalau Buddies baca buku dari author lain, Buddies boleh kenal identiti setiap penulis tu. Boleh kenal dan faham feeling dan vibe setiap author.

Jadi siapa yang dah lama dengan Tinta,Maybe ada yang sampaikan kalau ada typo atau grammar berterabur Buddies hanya baca sekilas pandang aje sebab dah faham🤣🤣. Ada ke yang macam tu? Kalau ada, taniah diucapkan. Buddies dah satu kepala dengan Tinta.

Hahah!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now