EPILOG

1K 105 45
                                    

Dua tahun kemudian.....

Dan di situ, mereka berdiri. Dibawah hempasan air hujan yang menimpa payung menjadi naungan mereka saat tunduk memandang ke bawah.

Angelo dengan wajah tidak bercukur dipeluk sang isteri yang menangis tidak ke sudah tanpa suara sejak kesekian kalinya.

Elio berpakaian uniform polis berdiri sambil mengepit topi beret di bawah ketiak kanan. Memegang kotak cincin yang lama dia simpan dan tidak pernah dibuang.

Lila berdiam kaku di situ dengan tisu menekup hidungnya yang kemerahan kerana menangis tanpa bunyi. Hanya air mata sahaja yang membasahi pipi pucat tidak beroles make up.

Di samping Lila, berdirinya Mael dengan payung di tangan memayungi mereka berdua di situ. Wajah Mael muram dan tidak bereaksi.

Dareen tidak berpayung. Dia hanya membiarkan dirinya di timpa hujan. Air matanya bercampur dengan titisan jernih yang jatuh bersama air hujan.

Izan bercermin mata hitam berdiri dengan tangan bersilang di dada saat payung di pegang oleh Marco dari belakang.

Mereka berdiri dalam barisan. Izan dan Dareen berdiri di tengah-tengah sekali. Tiada sesiapa di situ selain mereka. Hanya ditemani dengan kawasan berumput hijau memandang benda sama yang ada di depan waktu itu.

Ianya berterusan begitu sejak sejam yang lalu. mereka hanya berdiri di situ saat hujan lebat mencurah-curah. Awan pula mendung, seakan sama-sama merasai apa yang mereka sedang rasakan waktu itu.

Air mata akhirnya jatuh dari pipi Angelo apabila lelaki itu menyembamkan wajahnya ke atas kepala isterinya. menangis tanpa suara mengenangkan apa yang baru saja terjadi. Dia tak tahu hendak bagaimana lagi. Dia dah lama tahu. Dan dia sangkakan dia telah lama bersedia.Tapi tidak!

"Maafkan aku....."ucap Izan semasa jatuh melutut di depan kubur yang masih belum kering sepenuhnya. Memecah keheningan di situ. "Aku minta maaf...."dia minta maaf bukan untuk perkara yang dia lakukan. Tapi minta maaf sebab dia tak cuba faham dan ambil tahu. Apa yang dia fikirkan hanya tentang perasaan dia sahaja selama ini. Kalau la dia ambil tahu tentang Artemis. Pasti dia takkan terlambat menemui Artemis.

Elio mahu membuang cincin lamarannya itu sejauh mungkin, tapi dia tak sanggup. Dia tidak boleh melakukannya. Ianya terlalu bermakna untuk dia walaupun semarah macam mana sekalipun dia rasakan.

Mereka di situ tidak mengatakan apa-apa selain termenung memandang ia.

Tiada sesiapa tahu. Tiada sesiapa sangka. Segalanya berlaku dalam sekelip mata.

Tahu-tahu sahaja mereka dapat panggilan.

Panggilan yang membuatkan semuanya berubah.

Ya. Mereka bukan berdiri di dalam hutan atau taman atau di kawasan rumah.

Mereka sedang berdiri di kubur dimana yang mati menemani mereka di saat sukar itu.

Di situ, tanamnya batu marble yang diukir nama 'ARTEMIS DELANEY'.

Dareen tunduk mendapatkan Izan yang sedang melutut itu sebelum ikut sama meratapi pemergian insan yang mereka cintai.

Ya. Kanser Artemis menyerang semula. Artemis langsung tidak menceritakannya kepada mereka semua. Termasuk Lila sendiri. Mereka hanya tahu apabila pihak hospital menghubungi Angelo. Memaklumkan kepada lelaki itu Artemis telah meninggalkan dunia sendirian di katil pesakit akibat sakit yang dia bertarung sendirian selama dua tahun ini. Menurut doctor kanser Artemis datang semula Namun ubat-ubat yang diambil tidak lagi diterima oleh badan Artemis. Dan perlahan-lahan kanser itu merebak sebelum meragut nyawa Artemis.

Angelo fikir Artemis beri alasan hendak pergi melancong. Rupa-rupanya Artemis masuk hospital kerana sakitnya sudah melarat. Sampai ke akhirnya, dia gagal jadi seorang abang yang bertanggungjawab pada Artemis.

Sekarang Elio faham kenapa Artemis menolak lamarannya.

Izan sedar kenapa Artemis tidak mahu menerima dia semula. Artemis tidak mahu dia patah hati semula.

Dan Dareen mengerti kenapa Artemis tidak boleh bersama dengan Izan semula.

Lila dan Mael tidak sempat hendak bercakap dengan Artemis mengenai hubungan mereka. Tidak sempat berkongsi khabar berita mengenai perkahwinan mereka berdua.

Mereka semua di situ tenggelam dengan perasaan masing-masing. Mengenang semua memori indah mereka bersama Artemis. yang pergi bersama dengan hujan yang mengalir lebar pada waktu itu.

Dengan ini tamatlah buku 42

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan ini tamatlah buku 42.

Taniah kepada mereka yang setia menunggu dan follow perkembangan buku ini dari awal hingga akhir.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Buddies yang banyak menyokong ,komen dan juga kepada mereka yang vote penulisan tak seberapa Tinta ini.

Banyak perkara dah berlaku sepanjang proses penulisan buku kali ni.

There's up and down. So maybe tak perfect dan best seperti biasa buku kali ni.

Apapun, Tinta takkan sampai di sini sekiranya tiada yang menyokong dan sudi membaca buku Tinta selama ini.

Keep reading.

Keep voting.

Tinta gonna keep writing!

See you at the next book!

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now