CHAPTER DUA PULUH TIGA

564 79 11
                                    

Knock!

Knock!

Dareen sedang membancuh kopi dalam mug di dapur. Dia palingkan kepala ke sisi lantas bertentang mata dengan renungan abang sulungnya. Matanya naik turun meneliti lelaki di depannya kehairanan.

          "Asal?"soalnya bila abangnya hanya pandang dia sambil tersenyum.

           "Kau busy?"

Selesai meletakkan creamer di dalam minumannya, Dareen sandar ke countertop lalu menghirup sedikit kopi bancuhannya itu. Kalau dia jawab busy sekalipun bukannya abangnya ini mahu dengar!

          " Ada something yang aku nak kau buat.."minta Izan.

          "Tolong kau apa lagi...aku jadi spy dalam organisasi Angelo tu pun dah semput wei...siang malam aku kecut perut fikirkan risiko kalau tertangkap..."beritahu Dareen saat membawa mug semula ke mulut dan meniup air hangat itu untuk disejukkan sedikit.

          "Kau ingat tak cerita pasal orang selamatkan aku tu?"

           Keningnya terjungkit sedikit apabila Mendengar soalan itu. Kisah dimana abangnya diselamatkan oleh gadis pelik tu ke? "Kenapa?"

           "Aku nak cari dia...aku dengar dia ada dalam kumpulan Angelo tu. Aku nak kau pastikan dia kenal ke aku masa dia selamatkan aku...atau ianya hanya la perangkap yang Angelo set up untuk aku?"beritahu Izan sambil menyilangkan tangan ke dada, buatkan otot biceps lelaki itu menonjol dari balik lengan baju kemeja yang di sinsing hingga ke sikunya.

         Dengusan kecil lepas dari hidungnya. "Kau nak kepastian sebab apa?Dah jatuh cinta ke?"sengihnya selepas itu. "Kalau dia memang tak kenal kau?Kau nak buat apa?"

        "Kalau dia tak kenal siapa aku yang sebenarnya dan bukan Angelo yang hantar tak apa lah..tapi kalau dia hanyalah detour yang Angelo set up untuk kenakan aku, aku rasa kau sendiri tahu apa kau kena buat..."

         "Siapa nama orang tu??"

         "Nama dia Artemis.."

         Dari dia bersandar terus berdiri tegak dibuatnya.

        "Siapa?"soal Dareen lagi dengan nada tak percaya.

Sakitnya jantung dia waktu itu apabila Izan menutur nama itu.

Matanya memandang lama akan tangan kiri yang tertusuk dengan IV drip. Tergerak hati ingin meramasnya memberi ketenteraman. Tapi tidak, dia malah bawa kedua-dua tangannya naik ke bawah dagu dan menopang siku di atas katil.

Hanya keluhan Panjang sahaja dia mampu lepaskan!

Susah hati betul la!

Malam tadi selepas kejadian tembak menembak terjadi di Perlabuhan Coral Blue, dia dapat panggilan dari Maelsendiri. Adiknya memberitahu untuk mengambil Artemis yang tidak sedarkan diri sewaktu hampir di bunuh oleh Rupert.

Kalau Mael tidak tiba di tempat kejadian cepat, pasti Artemis sudah terbunuh dek peluru Rupert. Serius dia tidak mengerti kenapa Rupert mahu membunuh Artemis. Takkan la Angelo yang arahkan?Kalau ya kenapa?

Dia tidak sangka begitu kejam sekali Angelo terhadap Artemis selepas apa yang Artemis telah lakukan untuk organisasi ini. Selama 8 tahun dia menjadi anak buah Angelo, tiada sikit pun benda yang tunjuk kepada dia Angelo ni ketua yang layak selain lelaki gila kuasa dan tamak.

Selama 8 tahun juga dia kongsikan maklumat kepada Izan. Segala kegiatan dan aktiviti yang bakal Angelo berurusan dengan. Namun ada satu rahsia yang dia tidak pernah berani sampaikan kepada abangnya itu.

Pada 2 tahun lepas sewaktu abangnya sampaikan permintaan untuk cari seseorang dan menyebut nama Artemis, harapannya sudahpun punah pada hari itu juga. Siapa sangka kan!

Dia telah sukakan Artemis pada hari pertama Artemis sertai mereka di dalam organisasi ini. Selama 6 tahun dia simpan perasaan crush dia ini kerana tidak berani memberi harapan untuk bersama Artemis memandangkan Artemis adalah kenalan rapat Angelo dan kenyataan yang Izan adalah punca kematian ibubapa Artemis sendiri. Semakin was-was dia mahu mendekati Artemis lebih lagi.

Tapi itulah....

Tanpa diduga, Izan juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Artemis sejak 2 tahun lepas.

Ya, Izan Aramis adalah abang sulungnya. Keluarga mereka mempunyai tiga adik beradik. Dia adalah anak kedua. Dan Mael Nezha adalah adik ketiga mereka. Namun begitu identity mereka ini telah dirahsiakan oleh Izan sendiri. Abangnya yang sangat tegas tentang privacy buatkan ramai tidak mengetahui yang Orena Vicenzo mempunyai waris lain selain Izan. Sebab itu Dareen dengan mudah mendapat tempat dalam Organisasi Belaruz ini kerana latar belakangnya yang 'bersih'!

           "Dareen?"

Suara serak gemersik itu buatkan Dareen tersentak. Dia pandang ke atas lantas bertentang mata dengan renungan lesu Artemis.

Bangun pun!

Bangun pun!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sorry... my Bias is Dareen.

Hahahah...terfalling in love pulak dekat mamat illusion ni .😂😂

Keperibadian tiga beradik ni Tinta create macam ni...

Izan , serius dan dingin..ego menggunung. (biasalah anak first)

Dareen, gentle, penyanyang dan kuat mengalah (siapa second boleh relate)

Mael, happy go lucky, ramah, tapi degil boleh tahan (anak bongsu faham2 sendiri la..)

Hahaha...amacam okay tak?

42. Black Heel dan AmericanoWhere stories live. Discover now