𝑷𝒓𝒐𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆

2.5K 117 31
                                    

START : 28 / 6 / 2022
REPUBLISHED : 23 / 9 / 2022
END :

Mati!

Itu lah perkataan yang sentiasa dia ingati. Nafasnya kencang. Dadanya berombak-ombak menahan kesakitan. Kedudukan lelaki itu, tangan diikat silang pada baju.

Ia.. baju pesakit mental.

Mereka memukul dengan kayu panjang, dan kayu berpaku-paku tajam. Membantai, menendang dan memijak-mijak badannya, membuat dia semakin lemah. Ada kala mereka sengaja menggunakan api dan pisau tumpul untuk menyeksa lelaki itu lebih teruk.

Wajah lelaki itu tidak ketinggalan dibantai mereka, menjadikan wajah lelaki itu cedera parah dan lebam-lebam. Tangisan lelaki itu tidak di endah malah menjadi satu ejekan.

Dia sudah tidak larat lagi memarahi dan menjerit pada mereka kerana lelaki itu sudah mula berputus asa. Dia ingin mereka menamatkan sahaja riwayatnya. Dia sudah penat. Setiap kali diseksa ditemani air mata yang mengalir.

"Just kill me..." suara lemah meminta untuk dia dibunuh tanpa diseksa sebegini.

Setiap kali dipinta sebegitu, akan disambut ketawa ejekan. Tidak menghirau apa yang dia inginkan. Melihat pemuda itu terseksa memberi kepuasan kepada mereka.

Hidup lelaki itu sudah gila. Mental dan fizikalnya semakin lemah.
Dirawat kembali dan diseksa berturut-turut. Itu lah penyeksaan hidup-hidup ke atas dirinya. Sampai masa nanti, mereka akan membiar lelaki itu mati dengan perlahan.

Jiwa yang lemah bersiap menghadapi kematian. Apa guna hidup jika diseksa tanpa ada bantuan? Mati adalah cara yang lebih baik bagi lelaki itu. Tiada lagi semangat untuk dia meneruskan hidup.

Dia tersenyum perit bersama ayat yang meruntun jiwa...

'Sometimes my death is the best option.'





᪥᪥᪥
𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆
𝒚𝒐𝒖

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now