[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑰𝒏𝒈𝒂𝒕𝒂𝒏

489 53 59
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Ryan masuk ke pejabat abahnya dengan senyuman tidak lekang di bibir. Hantar pun dah kira bahagia tau.

"Eh? Kenapa tiba-tiba pakai suit hitam ni? Ryan ada nak gi mana-mana ke?" Hairan Datuk Kamal melihat anak lelakinya memakai suit hitam. Buang tabiat ke apa? Jadi pembantu sahaja pun, mana ada sampai bersut-sut bagai.

"Err.. hehe. Saje pakai." Ryan membuka sut tersebut lalu menyimpan kembali ke dalam beg galas hitam dibawa tadi. Dia pakai sengaja ingin menggoda isterinya sendiri. Oh Ryan kau pun sama seperti isteri kau ya?

"Ha, ni report yang kena kemaskini semula. Yan periksa tau, sebab hospital makin ramai yang masuk wad. Jangan lupa bagitau abah semula lepas dah siap semua ni tau." Ucap Datuk Kamal.

Ryan melangkah ke arah meja abahnya dan mengambil laporan tersebut. Dia melihat dan wajahnya berubah masam.

"Alaa abah.. Yan ingat dapat tugas berat sikit." Ryan memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

"Abah tak boleh bagi yan tugas berat nanti Yan sakit. Tak ingat ke apa jadi haritu," kata datuk Kamal. Dia ingat lagi 2 tahun lepas Ryan pernah mengalami sakit kepala teruk kerana keletihan dengan tugas yang berat serta tekanan mentalnya juga.

"Alaa.. abah. Ryan okay lah. Bagi lah yang up sikit. Boleh lah. Ryan bosan lah tugas sama macam haritu. Pleasee..?" Pinta Ryan sambil menekap kedua-keduanya tangannya tanda merayu.

Datuk Kamal memandang lama diri anak lelaki keduanya. Ada sedikit hairan dia melihat tingkah laku anak lelakinya. Tidak pernah Ryan ingin meminta lebih kerana dia akan akur apa yang sudah disuruh.

Dan bukan apa, dia juga tidak mahu Daniels memarahinya pula setelah kejadian itu. Dia tahu Daniels sangat mengambil berat akan kesihatan mental dan fizikal anak kandung lelakinya ini.

Buktinya,

Sehingga sekarang Datuk Kamal akan mengirim pesanan mesej kepada Daniels untuk memberitahu keadaan diri Ryan walaupun Ryan sihat.

Ryan masih tidak ingat bahawa dia hanya lah anak angkat kepada mereka, dan anak kandung kepada seorang mafia. Jadi dia sangka mereka lah ibubapa kandungnya. Apa akan jadi jika dia tahu perkara sebenar?

"Lagipun, Ryan kan dah study kat oversea kedoktoran ni. Takkan tak boleh up sikit abah?" Sambungnya lagi melihat abahnya diam begitu lama.

"Hm.." itu sahaja jawapan Datuk Kamal.

Setelah lama senyap antara Ryan dan Datuk Kamal, Ryan memecahkan kesunyian,

"Abah."

"Hm?"

"Err.. boleh Ryan tanya sesuatu?"

"Tanya apa?" Soal datuk Kamal seraya tangannya sibuk menyiapkan laporan pesakit-pesakitnya yang akan bertemunya sebentar lagi.

"Dulu Ryan..

..pernah,

panggil seseorang..






















---papa ke?"

Tangan yang sibuk menulis terjeda. Datuk Kamal terkedu lantas kepala menaik memandang anak lelakinya. Ryan ingat sesuatu ke?

Datuk Kamal bangun, dan berjalan menghampirinya. Bukan ke Ryan kata sudah makan ubat? Bagaimana dia boleh ingat hal itu? Dia risau akan terjadi seperti sebelum ini. Sakit kepala yang teruk.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now