[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑴𝒂𝒓𝒄'𝒔 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕

276 20 42
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖.

᪥᪥᪥

Imbas kembali tiga hari yang lepas..

Marc terganggu dengan kebisingan adiknya di dalam bilik. Apabila dia melihat bonda hendak membawa makanan ke tingkat atas, Marc menghalang.

"Bonda tak apa. Biar Marc bawa makanan itu. Bonda patut berehat," katanya dengan riak wajah prihatin, tidak sanggup melihat ibunya yang bekerja keras, kelihatan letih.

"Takpe Marc. Bonda nak tengok keadaan dia. Bonda risau ni, semalam dia dah okay. Kali ni, makin teruk pula. Kesian si Mustaqim jaga dia. Sehari suntuk si Ryan tu mengamuk dalam bilik," kata bondanya dengan nada risau.

Marc melepaskan keluhan.

"Takpe, biar Marc yang uruskan. Bonda rehat lah. Bonda tak makan dari pagi lagi sebab risau sangat dengan Ryan. Bonda kena jaga kesihatan bonda juga. Abah dah nasihat kat bonda kan, jaga kesihatan bonda."

Datin Liyana tersenyum, memahami bahawa Marc terlalu mengambil berat tentang kesihatannya yang semakin merosot. Dia telah bertarung dengan penyakit jantung selama lebih tiga tahun, fakta yang hanya diketahui oleh mereka.

Tidak semua yang Ryan ingat mungkin sejajar dengan realiti, apa yang dia ingat mungkin kelihatan lengkap baginya. Bagaimanapun, selepas berunding dengan doktor, Ryan hanya teringat detik-detik ketika bersama arwah Madam Luisa dan kelakuan Luisa terhadap Ryan sewaktu dulu.

Ryan masih tidak dapat mengingati masa-masa dia mengalami penyeksaan, jadi, tidak menjejas teruk mental Kytor. Sebaliknya, dia mengalami emosi yang tidak dapat dijelaskan, mungkin perasaan dulu yang dia ada, cuma memori yang dia benar-benar tidak ingat.

Mereka memilih untuk mengenepikan ingatan Ryan yang menyakitkan dan memberi tumpuan kepada memori positif.

Walaupun menghadapi cabaran kesihatannya sendiri, Datin Liyana tetap sangat prihatin terhadap Ryan. Dia bimbang kebangkitan semula kenangan traumatik Kytor yang boleh mencetuskan sakit kepala dan tekanan yang melampau.

Walaupun sakit, Datin Liyana bertekad untuk menjaga anaknya, kerana kasih sayangnya sangat dalam terhadap Ryan.

Marc memahami bahawa kasih sayang bondanya terhadap Ryan semakin kuat dari masa ke masa. Kasih sayang yang pernah diberi bondanya dahulu kini berkurangan setelah hadirnya Kytor dalam keluarganya.

Dia tidak pernah melihat bondanya begitu gembira sebelum ini. Marc hanya senyum.

"Bonda rehat ya, Marc uruskan." Kata Marc dengan lembut.

"Ye lah. Bonda masuk bilik dulu ya," balas Datin Liyana.

Marc memerhati bondanya masuk ke dalam bilik sebelum membawa dulang yang sarat dengan makanan dan minuman ke tingkat atas.

Dia menuju ke bilik Ryan. Nampaknya Mustaqim baru sahaja keluar, menutup pintu di belakangnya.

"Encik Marc," sambut Mustaqim sambil tersenyum.

"Mustaqim, kenapa?" tanya Marc, menyedari riak wajah Mustaqim yang risau.

"Erm.. tiada apa-apa. Encik Marc nak beri dia makan ke?"

Marc perasan kesan gigitan pada tangan Mustaqim. Sudah cedera kini cedera lagi. Riak wajah Marc bertukar serius.

"Dia gigit kau ke?"

"Erm.. macam tu lah encik Marc. Dia nak saya lepaskan dia, kemudian tanya puan Naira di mana. Waktu saya nak betulkan baju dia, dia hampir membuka ikatan dan gigit tangan saya," jelas Mustaqim memberitahu hal itu.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now