[ 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - "𝑴𝒂𝒂𝒇, 𝑵𝒂𝒊𝒓𝒂"

586 62 54
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Setelah sekian lama, akhirnya hubungan Kytor dan ibu tirinya telah baik, remaja itu berniat mahu bertemu gadis itu.

Dia baru teringat, kali terakhir mereka bertemu, dia tidak sengaja memarahi gadis itu. Waktu itu dia tertekan dengan dirinya sendiri.

Remaja tersebut memukul kecil kepala sendiri kerana kesalahan diri sendiri.

"Ah!" Dia mengaduh kecil, terlupa kepala masih lagi terluka.

Kytor mencapai telefon pintar dan membuka. Dia merenung lama nombor telefon gadis itu.

"Nak call ke tak? Call ke tak?"

Mata dipejam rapat memikir sama ada harus berjumpa atau tidak.

Kytor merasakan perasaan yang campur aduk. Dia gugup dan risau tentang bertemu dengan gadis itu, terutama setelah dia telah memarahinya banyak kali sebelum ini. Dia sedar bahawa sikapnya yang tidak baik menyebabkan gadis itu terluka, dan dia merasakan seakan-akan dia perlu meminta maaf dan meluahkan perasaannya yang sudah lama dipendam.

Namun, Kytor juga merasakan bimbang tentang bagaimana gadis itu akan membalasnya. Dia tidak pasti sama ada gadis itu akan memaafkan dia atau terus membencinya. Dia berharap dapat menjelaskan perasaannya dengan baik, tetapi dia juga merasakan tidak pasti tentang apa yang sepatutnya dia katakan.

᪥᪥᪥

Setelah abang Han pulang, Elina masih termenung di rumah tamu. Selama ini, dia tidak tahu latar belakang lelaki itu. Kali ini, semuanya telah terungkap.

"Dia..

anak pembunuh."

Kringg! Kringg!

Deringan telefon mengejutkan lamunan gadis itu. Dia mencapai dan melihat siapa yang menelefonnya.

Kening gadis itu berkerut melihat nama yang tertera.

Ariz.

Dia lupa untuk menukar nama tersebut. Lelaki itu tidak layak untuk mengguna nama orang yang telah dia bunuh. Ikon hijau diseret. Telefon dilekap pada telinga.

Senyap.

Tiada bicara.

"Kalau takde apa nak cakap saya letak."

"Na-naira."

Telefon dilekap pada telinga kembali.

"Boleh kita jumpa?"



Jeda.




᪥᪥᪥

Kytor yang mengenakan baju hoodie hitam sedang menunggu di bangku taman. Dia duduk, kemudian berdiri. Dia resah. Dia berjalan ulang-alik memikir kata-kata harus diucapkan. Dia menggaru kepala yang gatal.

Remaja itu menilik jam di tangan. Sudah 30 minit gadis itu tidak munculkan diri.

Dia mengeluh dan duduk.

Dia tahu itu kesalahan dirinya, dia berharap dapat memohon maaf pada gadis itu. Dia tidak mahu gadis itu menjauhkan diri.

Dia tidak mahu.

Dia melihat kembali jam di tangan. Mungkin gadis itu tidak mahu bertemu?

Baru sahaja ingin bangun, gadis itu sampai.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now