[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑩𝒖𝒍𝒖𝒔

480 52 74
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

"ABANGG!"

"ABANGG!"

Marc yang sedang bersarapan di bawah terkejut jeritan isterinya dari bilik atas.

"Ha dah kenapa tu Marc?" Hairan bonda yang berada di meja makan. Datuk Kamal turut hairan juga di kerusi itu.

Marc bangun lantas berlari naik ke biliknya.

"Dah kenapa tu bang?" Soal datin Liyana risau.

Tidak sampai beberapa minit, mereka turun.

Wajah menantunya sedang menangis. Datin Liyana sudah risau lalu menghampiri menantunya.

"Ina kenapa ni? Mana Ary?"

"Ada kat atas tengah tidur." Jawab Marc dengan wajah yang kerisauan juga.

"Dah tu ni kenapa menangis ni? Ina kenapa ni?"

Zaina menangis teresak-esak. Kebetulan Elina dan Ryan turun bersama mendengar jeritan kakak iparnya.

"Bon.. bonda.. isk.. bu.. bulus hilang."

"Ha? Siapa bulus?" Soal aku hairan. Yang dia tahu cuma ada Abah, bonda, dia, suami dia, Marc, kak Ina dan Ary je. Siapa pula bulus ni?

"Kucing isteri abang." Jawab Marc. Kucing itu lah satu-satunya kucing kegemaran isterinya. Kucing yang berbulu lebat kelabu dan dari baka yang unik. Hairan, tidak pernah bulus keluar dari rumah ini.

"Eh bulus mana pernah keluar rumah, macam mana boleh terlepas?" Soal bonda kehairanan.

"Alaa elina tak tahu ada kucing. Kalau tahu, boleh main dengan dia." Ujar ku mencebikkan bibir.

"Elina.." serius wajah bonda dan yang lain.

Aku menekup mulut, "Maaf."
Sempat lagi aku berdrama waktu kalut begini? Tapi, memang benar aku sangat sukakan kucing.

Pada masa sama, Marc perasan adiknya tenang dan duduk di meja makan tanpa banyak tanya. Perasaan pelik ditepis jauh dan kembali menenangkan isterinya.

"Takpe lah you. Nanti kita cari ye. Kita makan dulu jom." Marc cuba menenangkan isterinya ini. Dia tahu apa perasaan hilang anak kedua mereka iaitu bulus. Mereka semua sudah menganggap kucing itu sebahagian keluarga mereka.

"Abang.. bulus mana jumpa jalan balik. Dia tak pernah keluar lah."

"Sabar Ina, nanti ada lah tu dia menyorok ke apa. Bulus! Bulus!" Kata bonda seraya memanggil kucing manja tersebut. Tapi, tidak kelihatan kucing itu kemari.

"Dah jom duduk sarapan."

Marc memimpin bahu isterinya duduk. Masih ada tangisan tersedu-sedu isterinya. Dia tahu isterinya sangat menyayangi kucing tersebut. Siapa yang tak sayang bulus? Marc pun jatuh sayang dengan bulus yang manja dan comel.

Elina duduk bersebelahan suaminya. Hairan dia melihat Ryan diam dari tadi.

Dia teringat semalam..

Tak,

Jangan fikir Elina!

Datuk Kamal memandang semua yang sudah berada di meja makan. Dia memandang menantunya, Zaina.

"Ina, last letak bulus kat mana?" Soal datuk Kamal. Bukan dia tak ambil tahu, tapi sepatutnya kucing itu diletak dalam sangkar. Memang Datuk Kamal tegas hal ini. Dia tidak suka kecuaian pada perkara penting walaupun Ryan pernah cuai dia tidak salahkan diri Ryan. Dia tahu Ryan bagaimana.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Där berättelser lever. Upptäck nu