[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 ] - "𝑺𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑲𝒂𝒎𝒖"

383 29 6
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

"Mustaqim!! Aku cakap bukak!!" Dari tadi dia menjerit tanpa henti. Sudah 3 hari, tuannya masih begitu.

'Tidak penatkah tuannya menjerit-jerit kemarahan?'

Mustaqim buntu. Dia buat-buat tidak mendengar dengan jeritan tuannya. Belum masanya untuk dibuka. Lagipun Puan Naira masih belum balik buat masa ini. Mungkin dia ingin mencari ketenangan. Apa-apa pun, tuan muda perlu tenangkan dirinya. Jika tidak, terjadilah bencana dan kemungkinan Puan Naira akan cedera.

Mustaqim tahu, tuan Ryan dalam kemarahan akan mencederakan orang lain tanpa sedar. Jadi, dia terpaksa mengikat tuannya untuk menahan tuannya dari berbuat demikian.

Kebisingan tadi lama kelamaan menjadi senyap. Mustaqim menoleh pada pintu bilik tuannya. Dia dengan perlahan memulas tombol pintu dan menolak perlahan pintu. Menjenguk tuannya di dalam bilik.

Kytor kelihatan sudah tertidur. Seperti biasa, tuannya akan menjerit dan mengamuk, kemudian tidur keletihan. Mustaqim menutup pintu kembali. Apa dia patut memberitahu hal ini pada boss? Kerana boss memberitahu jika hal ini menjadi semakin buruk, baru dia melaporkannya.

Ini belum buruk lagi bukan?

Setiap masa dia berjaga di depan pintu bilik tuannya. Manalah tahu tuannya, inginkan sesuatu. Mustaqim perlu menjenguk.

Datin Liyana naik sambil membawa dulang berisi makanan.

"Eh dia tak bangun lagi?" Soal Datin Liyana.

Mustaqim yang sedikit terlelap terus memandang gerangan suara

"Oh Datin. Err.. ya, dia masih tidur." Mustaqim menilik jam. Sudah 5 jam tuannya tidur, dia sudah memeriksa setiap satu jam. Lama juga tuan muda tidur.

"Takpe biar bonda tengok dia."

"Tapi Datin.."

Datin senyum.

"Mustaqim... bonda dah lama kenal si Ryan tu. Bonda ini bonda dia tau."

Mustaqim senyum nipis.

"Baiklah Datin." Mustaqim membuka pintu untuk Datin Liyana. Datin Liyana masuk, sebelum itu dia menoleh pada Mustaqim.

"Mustaqim pergilah makan dulu."

"Tapi datin nanti.."

"Marc ada kat bawah, nanti dia naik, jangan risau." Datin Liyana tahu Mustaqim terlalu risau keselamatannya juga.

Mustaqim senyum, "Baik Datin."

Mustaqim terus mengundurkan diri. Dia turun ke bawah untuk makan.

Datin Liyana menoleh pada anak keduanya. Kelihatan Kytor masih tidur dalam pemakaian baju tersebut. Rasa tidak sampai hati, tetapi apa kan daya. Kytor perlu tenangkan diri dahulu.

Perlahan dulang diletakkan pada meja kecil sebelah pasu bunga di pepenjuru bilik. Datin perlahan duduk di birai katil, lembut dia mengusap rambut anaknya.

Dia sayang akan Kytor. Walaupun Kytor begini, Datin Liyana tetap sayang akan anaknya. Tidak pernah dia membenci mahupun takut pada anaknya sendiri. Naluri ibu sangat tepat merasakan kesakitan anaknya.

"Ryan.." lembut Datin Liyana mengejutkannya.

"Ryan.. bangun sayang."

Perlahan-lahan mata Kytor membuka. Matanya sembab sedikit kerana tangisan.

"Bonda.."

"Ya, ni bonda."

Kytor bangun dibantu bondanya.

"Kita makan ya."

"Bonda.."

"Ya sayang?"

"Buka.." Kytor menunjukkan tangan dan kakinya yang masih diikat dalam baju itu.

Datin Liyana tersenyum. Dia mengusap lembut wajah Kytor.

"Tak boleh, yan. Bonda tak boleh buat begitu. Nanti papa ayan marah macam mana?"

Bibir Kytor sudah mula tercebik-cebik ingin menangis.

"Jangan menangis, ayan. Kalau ayan baik, nanti ikatan tu buka lah. Kita makan okay?" Datin Liyana menyeka air mata anaknya.

Kytor mengangguk.

"Nai.. ra.. ada?"

Datin Liyana senyum.

"Dia ada kat rumah mummy dia. Nanti dia pulang lah tu. Jangan risau okay."

Kytor mengangguk perlahan. Nasi disua pada mulutnya, dia makan.

"Sedap?"

Kytor mengangguk perlahan.

"Nanti malam makan ubat tau. Dengar cakap bonda okay?"

Kytor mengangguk perlahan. Datin Liyana dapat melihat wajah muram anaknya. Langsung tidak bermaya.

"Ayan.."

Kytor mengangkat muka memandang bondanya.

"Naira akan balik. Percayakan bonda. Jangan sedih-sedih. Lain kali, ayan jangan buat Naira macam tu. Tak baik tau."

Kytor tertunduk. Menahan tangisan. Datin Liyana menyeka air mata anaknya yang sudah jatuh.

"Dah-dah, no crying. Tak handsome anak bonda. Makan ni." Datin Liyana menyua lagi ke mulut anaknya. Kytor menurut dan makan. Lama kelamaan makanan tersebut habis. Pinggan tersebut diletakkan di atas dulang itu. Datin Liyana memberi ubat pada Kytor. Kytor makan dan minum air.

"Ayan tidur, rehat tau. Bonda nak turun dulu."

Kytor baring, datin Liyana mengucup lembut kepala anaknya. Setelah Kytor terlelap, datin Liyana keluar dari bilik. Dan menutup pintu.

Kaget Datin Liyana saat pusing ke depan.

"Marc! Terkejut bonda."

Marc tersengih.

"Macam mana dia?"

Bonda menarik perlahan lengan Marc.

"Kita turun dulu." Marc akur. Setelah turun, datin Liyana meletakkan dulang tersebut di atas meja.

"Dia okay sikit. Rasa bersalah bonda, tengok dia."

"Tak boleh buat apa bonda. Kalau tak, jadi macam dulu pula. So, Naira macam mana?"

"Naira.. dia.. masih tak nak balik. Mungkin dia perlukan masa."

"Yan.. dia dah tahu?"

"Tak. Bonda cuma cakap dia akan balik."

"Naira tak nak jumpa bonda ke?"

"Dia ada kata dia nak jumpa tapi dia tak nak jumpa kat rumah. Jadi, kami berborak di telefon sahaja. Lama-lama.. Naira akan biasa dengan Ryan macam mana. Dia masih terkejut lagi tu."

Marc mengiya bonda katakan.

"Nanti malam Marc bagi ubat kat Ryan tau," ucap bonda sambil membawa dulang tadi ke sinki.

"Okay bonda."

-
-
-
-

Please vote and comment. Beri saya cemangat cikit ❤️ Thank you! 🌹

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now