[ 𝑭𝒐𝒓𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑪𝒆𝒎𝒃𝒖𝒓𝒖

385 27 25
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

"Aku tak suka kau rapat dengan dia."

"Siapa?"

"Budak tu. Yang selalu masuk pejabat kau."

"Faris? Laa.. dia cuma siapkan kerja dia saja. Kalau tak, siapa lagi nak kena bagi. Memang itu kerja dia."

"AKU TAK SUKA. AKU TETAP TAK SUKA!" Protes dia. Wajah yang dipenuhi kemarahan, mata yang meluas, ekspresi wajah yang tegang. Aku kelu lidah seolah-olah tidak mampu berkata lagi. Kenapa? Kenapa tiba-tiba sahaja moodnya berubah begini?

"Awak.. cemburu ke?"

Dia diam memandang ke arah lain. Wajahnya dingin.

"Kytor... awak tahu kan itu cuma kerja. Saya tetap jaga diri saya. Dia pun sama-"

"Dia ada perasaan kat kau," cantas Kytor.

"A.. apa?"

Kytor memandang aku. Tajam anak matanya menatap ke anak mataku.

"Budak tu. Ada perasaan kat kau. Aku tahu cara dia pandang kau. Kau tak perasan lagi ke Naira?"

Aku tersenyum memandang suamiku.

"Saya tahu awak cemburu tapi.. jangan lah macam tu sekali."

"AKU SERIOUS! APA KAU NAMPAK AKU MAIN-MAIN?" Pekik dia. Aku tersentak.

Tangan aku yang terangkat untuk menyentuh wajahnya tadi terus turun kembali. Aku terdiam. Wajahnya benar-benar serius. Apa benar Kytor katakan atau ianya sekadar cemburunya?

Kytor tidak pandai menghilangkan amarahnya. Aku tahu dari remaja lagi, dia tidak pandai mengawalnya. Aku perlu memberi dia ruang untuk dia redakan kemarahannya.

Aku menggenggam erat kedua tanganku, menahan air mataku yang hampir menitis. Kepalaku tertunduk memandang lantai.

"Saya.. keluar dulu. Awak tenangkan diri awak dulu. Nanti dah tenang, kita bincang semula." Aku berpusing ingin beredar.

Tiba-tiba dia menarik tanganku kasar. Aku terkejut.

"Kau nak pergi mana? Kenapa? Kau suka dia?" Sinis Kytor.

"Apa awak ni? Saya nak awak redakan kemarahan awak dulu. Sakitlah! Lepas Kytor." Cengkaman tangannya terlalu kuat. Aku kesakitan.

"Kytor!" Air mataku mulai menitis kerana dia menyakitiku. Matanya masih menatap tajam ke anak mataku.

"Lepas Kytor! Sakit!" Aku menjerit sekuat hati, kerana cengkamannya semakin kuat. Tetapi dia masih begitu, kaku. Tatapan tajam, memanah anak mataku.

"Kytor.. isk!"

Brak! Bunyi pintu dirempuh oleh seseorang. Mustaqim masuk saat mendengar aku menjerit. Dia terkejut lantas melepaskan cengkaman dia dari aku.

"KAU TAK PERLU MASUK CAMPUR! INI URUSAN AKU DENGAN DIA! KE TEPI!" Amuk Kytor. Tetapi Mustaqim sempat menahan tuannya sebelum berpaling ke Puan Naira.

"Puan! Puan turun sekarang Puan!"

Aku yang masih dalam tangisan terus berlari anak turun ke bawah.

"KAU NAK PERGI MANA?! KAU NAK KELUAR DENGAN JANTAN TU KE HAH?!"

Pang!

Tamparan hebat diberi oleh Mustaqim.

"Tuan dah sedar?" Soal Mustaqim tenang.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now