[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒔𝒊𝒐𝒏

457 31 71
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Lelaki itu melakukan kerja dengan fokus. Setiap kali kenderaan rosak, dia lah yang membaikinya. Lima puluh peratus masa membaiki kereta, dan lima puluh peratus lagi terlibat dalam aktiviti penggodaman.

Keletihannya tidak dapat dinafikan, namun janji bayaran yang murah hati mendorongnya untuk menyelesaikan tugas tanpa teragak-agak. Dia komited untuk menyelesaikan setiap kerja, tanpa mengira sifatnya.

Rentak kehidupan sangat sibuk sehinggakan tiada masa untuk percintaan. Itu lah perjanjian dia yang telah dia setujui di dalam kontrak tanpa bantahan.

Berkat kemahiran dan kebaktiannya, bosnya menaikkan pangkat dan gajinya menimbulkan rasa cemburu di kalangan ramai pekerja.

Mustaqim yang dari pintu utama, tersenyum dan melangkah ke arah lelaki itu di hujung bangunan rumah agam ini. Dia menggeleng perlahan melihat lelaki itu seperti biasa sibuk dengan kerjanya tanpa berehat.

Sibuk seperti tiada hari esok.

"Han."

Lelaki itu tidak sedar namanya dipanggil. Masih khusyuk dengan kerjanya di bahagian enjin kereta.

"Woi, Han!" Mustaqim memanggil lagi. Tetapi lebih keras.

Han berpaling dan melihat figura yang dia kenali. Dia meletakkan spana dan alatan lain lalu melangkah ke arah Mustaqim yang berdiri di ambang pintu garaj kenderaan.

"Kau rupanya Qim. Ha, kenapa? Kau tidak bekerja ke?" Dia mengesat peluh di dahi, raut wajahnya sudah dicemari oleh minyak enjin kereta yang dia kerjakan tadi.

Dari kelihatannya, Mustaqim sedang memegang dua botol air mineral sejuk.

"Nah." Satu botol mineral dihulurkan pada Aizhan. Aizhan mengambil lalu membuka dan meneguk kehausan. Haus kerana kepanasan pada cuaca hari ini.

"Aku rehat sekejap. Lepasni, aku kerja semula. Kau tidak rehat ke? Setiap kali aku tengok kau ni tak habis-habis dengan kerja ni saja," ucap Mustaqim melihat kulit Han tetap putih walaupun di bawah terik matahari. Mungkin kerana Han memang aslinya dari lahir berkulit cerah. Siapa tidak terpana dengan kekacakan lelaki ini. Dia pun ikut teringin seperti Han tetapi Mustaqim hanya berkulit sawo matang berbanding Han.

"Kau macam tak kenal aku. Dulu sampai sekarang, kita berkawan macam ni lah aku. Aku tak kesah penat ke tidak yang penting aku rasa senang, janji dapat gaji juga."

"Itu aku jealous. Kau pekerja kesayangan bos. Untung kau, Han. Bos selalu puji kau."

Han senyum.

"Kau nak cemburu apa? Aku tak rasa istimewa pun, aku tetap jalankan tugas aku, Qim."

Mustaqim hanya terangguk-angguk perlahan. Dia tahu Aizhan bagaimana. Mereka mula berkenalan saat dia diambil tugas menjaga anak bosnya.

Aizhan peramah dan baik. Tidak pernah sombong kepada sesiapa. Semua mungkin nampak Aizhan seorang yang lemah tetapi tidak. Dia sebenarnya kuat dari dalam. Buktinya, dia hacker professional dan setiap kali dia buat kerja, tiada yang dapat menyedari kehadirannya di setiap sudut. Dan kerana Han juga pernah menyelamatkan anak bosnya ketika kecil. Itu sewaktu bersama Elina yang masih kecil lagi.

Kerana itu, bos menganggap Han pekerja istimewanya.

Mustaqim kagum.

"Bang tak bosan ke setiap hari kerja?" Soal Mustaqim dengan nada mengusik.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now