[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑹𝒖𝒎𝒂𝒉 𝑨𝒈𝒂𝒎

438 35 96
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Tak tenang.

Hati aku masih tak tenang.

Aku pandang Mustaqim yang sedang memandu kenderaan. Tenang sahaja dia memegang stereng balik ke rumah abah dan bonda.

"Mustaqim. Takkan awak tak nak cari dia? Saya risau."

"Jangan risau, Puan. Yang penting puan perlu balik ke rumah. Kaki puan perlu dirawat," jawabnya.

"Saya tahu, tapi Ryan--"

"Ada yang akan mencari dia. Jangan risau."

"Siapa? Bodyguard abah dan bonda?"

Dia diam tidak menjawab.

Aku masih tertanya-tanya. Dan.. akhirnya kami sampai ke rumah abah dan bonda.

Bonda ada dihadapan rumah dengan segera melangkah ke arah ku. Adakah bonda akan memarahi aku? Aku berasa bersalah.

Datin Liyana membuka pintu kenderaan di bahagian penumpang.

"Naira, Naira okay?" Soal bonda risau sambil membantu aku keluar dari kereta.

Aku keluar dan berdiri di hadapan bonda.

"Na-- Naira okay. Bonda, Naira minta maaf sebab salah Naira. Naira yang salah. Naira tak patut suruh Mustaqim jauh dari--"

"Takde apa Naira. Bonda dah tahu. Mustaqim dah ceritakan."

Aku terdiam. Tapi hati aku masih tertanya-tanya.

"Tapi bonda.. Ryan dah lari."

Bonda senyum.

"Kita masuk dulu. Ubat kaki Naira tu."

Aku mahu tak mahu hanya akur. Tidak membantah.

Saat aku masuk sahaja, aku terkejut.

"Leen?"

"El." Dia bangun mendapatkan aku. Perutnya sedikit memboyot kerana ada nyawa kecil di dalam.

"Kau.. buat apa kat sini?"

Leen tersenyum.

"Aku rindu kau lah! Sampai hati tak jenguk aku ni."

Aku senyum sedikit tetapi hati aku masih risau akan Kytor. Jadi, senyum yang terpaksa dibuat-buat sahaja lah.

"Maaf, aku sibuk kerja. Tapi aku selalu call kau.. kan."

"Hm.. ye lah.." sebenarnya Leen tidak kesah pun jika aku ini lawat ke tidak sebab tahu aku ini sibuk bekerja. Janji dia dapat makan selalu kat rumah. Ececeh...

Tetap aku ini tahu perkembangannya sudah cukup buatnya. Bukan tak kenal perangai Leen bagaimana. Dia itu ramai kenalan, bukan aku sahaja.

Bonda hanya tersenyum menggeleng mendengar perbualan aku dan Leen.

"Kau risau dia eh? Jangan risau lah, jom duduk dengan aku."

Aku bertambah hairan mendengar dari Leen. Leen pun sama seperti bonda. Abah sedari tadi berbual di telefon pintar miliknya.

Bonda membantu aku duduk di sofa.

"Duduk dulu, bonda ambil ubat jap."

Aku masih kehairanan.

Mereka tidak risau kah Ryan hilang?

Aku memandang perut Leen. Dia mengusap lembut seakan mula menyayanginya.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now