[ 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑨 𝑩𝒐𝒚 𝒂𝒏𝒅 𝑨𝒏 𝑨𝒏𝒊𝒎𝒂𝒍

647 67 53
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Hari yang menggembirakan Ariz di mana dia bebas dari duduk bilik kurungan itu. Tetapi, kelas masih dia tidak dapat diizin wanita itu untuk pergi. Remaja itu bosan duduk di rumah, madam Luisa tidak memberi dia keluar rumah memandangkan remaja itu masih dikawal bodyguard tersebut. Tiada apa yang boleh dibuat oleh Ariz.

Wanita itu dari pagi sudah keluar. Carl ada. Lelaki itu sentiasa memerhatikan dirinya. Setia betul pada wanita itu. Semua benda dia buat.

Ariz sekejap duduk menonton televisyen, baring di bilik, dan duduk termenung. Itu sahaja dia dapat buat demi kebaikan ibu tirinya. Dia mengeluh kebosanan.

Ariz yang duduk di meja makan dapur terus berdiri dan melihat pintu muka hadapan yang terbuka. Dia ingin keluar menghirup udara segar seperti sebelum ini. Dia ingin keluar dari rumah ini. Alangkah baiknya jika wanita itu memberi keizinan kepada nya untuk keluar berjalan sendirian.

Remaja itu tidak dapat menahan diri lagi. Dia terus melangkah ke pintu hadapan, mahu melihat luar sana apa yang menarik perhatiannya.

"Where are you going Kytor?" Carl yang duduk di sofa sambil membaca surat khabar bertanya ke arah remaja itu yang ingin keluar dari rumah.

Ariz berhenti melangkah dan mendengus geram.

"Come on! Aku nak keluar. Bosan tau tak?" Geram Ariz.

"Boleh je kau nak keluar. Keluar lah.
But, I just want to remind you arahan Madam pagi tadi."

Ariz mengingatkan kembali arahan wanita itu

"If you want to go to the class, I allow you with condition, you do not make evil things, do not go out for a moment for this time, and...

Madam Luisa berhenti berkata sejenak, dan menoleh ke arah remaja itu. Remaja itu hanya memandang dengan raut wajah kosong ke arahnya. Wanita itu kembali pusing ke hadapan. Kemudian, menyambung kembali.

"Tiada haiwan."

"What?!"

"No!"

Ariz tidak bersetuju dengan syarat wanita itu.

"Mommy! Don't do me like this! Please.." rayu remaja itu.

Wanita itu melangkah ingin beredar tanpa membalas rayuan anak tirinya.

Ariz tiada cara lain. Dia melangkah laju dan duduk melutut terus memeluk kaki wanita itu.

"Please mommy, I can't live without animal. Please..." Ya, remaja itu semakin ketagih dan tidak dapat menahan dirinya tanpa bau darah haiwan tersebut.

Tanpa seksaan dan darah haiwan, dia akan jadi gila.

Mata wanita itu turun ke bawah melihat remaja itu yang merayu ke arahnya. Entah mengapa hatinya tersentuh melihat remaja itu yang memandang ke arah nya dengan raut wajah yang sayu.

Dia tahu apa akan jadi jika Ariz tidak dapat haiwan tersebut. Dia tahu kesan pada diri remaja itu. Remaja itu akan menggaruk-garuk tangan hingga berdarah. Dan kembali menggaruk lagi. Pandangan di angkat kembali.

"Fine! Tapi, aku masih tak izinkan you keluar dari rumah dan pergi kelas." Tegas wanita itu. Ariz melepaskan pelukan itu dan memandang wanita itu yang melangkah keluar dari ruangan bilik kurungan itu. Wanita itu langsung tidak menoleh ke arahnya dan dia semakin menghilang dari pandangan remaja itu.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now