[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒆

315 25 41
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖.

᪥᪥᪥

"Dah siap?

"Dah."

"Jom." Senyuman muncul di wajahnya. Aku membalas dengan senyuman.

Suamiku masih tidak dibenarkan untuk memandu sendiri kerana dia masih mengalami trauma semalam di rumah papa. Jadi, Mustaqim yang akan menghantar kami ke tempat kerja.

Entah apa yang merasuk suamiku ini, dia sentiasa mengambil berat dan manis terhadapku. Dalam kereta pun tetap sahaja memberi kata-kata sweet yang membuat hati aku cair.

Aku tahu Mustaqim juga mendengarnya, tetapi aku tetap malu Mustaqim yang mendengar.

Setelah sampai ke pejabat, kami masuk. Seperti biasa, Mustaqim sentiasa mengikuti kami ke mana sahaja kami pergi. Ini masih di bawah arahan papa. Aku sedar juga suamiku berwajah sedikit muram terhadap Mustaqim, tetapi apa kan daya, papa lebih berkuasa.

Aku masuk dan tersenyum melihat mereka semua fokus bekerja. Ada yang muka terangkat dengan riak terkejut dan ada yang gembira melihatku.

"Cik Naira!" Farah terus memelukku erat. Semua menghampiriku dengan perasaan tertanya-tanya.

"Cik Naira, kenapa dah lama tak masuk office? Cik Naira tak rindu kami ke?" Soal Qira dengan nada sedih.

Aku tersenyum.

"Bukan lah, saya cuti sakit. Boss tak bagitahu ke?"

"Ye lah, lama sangat. Seminggu pula tu," celah Farah pula.

Ya, seminggu termasuk suamiku yang larikan diri waktu itu. Aku mengerling ke arah suamiku, dia hanya memberi wajah tenang. Tak nak mengaku salah lah tu.

"Psst.. cik Naira. Siapa lelaki handsome sebelah cik Naira?" Bisik Qira ingin tahu. Dia sempat menyisipkan rambut ke belakang telinga sambil senyum malu pada suamiku.

"Ouh, semua saya nak kenalkan, lelaki ini suami saya. Saya sudah berkahwin. Maaf saya rahsiakan perkara ini sebab ini atas permintaan keluarga belah suami saya," ucapku rasa sebersalah. Kytor merangkul bahuku memberi sokongan kepadaku. Aku memegang tangannya, mengantarkan senyuman kecil buatnya.

Qira, Farah dan Ekmal menekup mulut. Mungkin mereka tergamam mendengar aku sudah berkahwin tanpa berita.

Clack! Bunyi file-file jatuh. Aku terkejut dengan bunyi itu terus berpusing ke belakang. Semua memandang susuk tubuh lelaki itu yang tercegat di situ dengan wajah terkejut.

"Faris? Awak okay ke?" Soal aku hairan.

Faris masih terkaku diam memandang aku.

"Faris?"

Faris masih dengan wajah benar-benar terkejut di situ. Ekmal terus meluru ke arah Faris.

"Wey Faris!" Ekmal separuh bisik ke telinga Faris. Faris tersentak. Dia terpinga-pinga memandang Ekmal dan yang lain.

"Ha? A- Apa dia?"

"Kau okay tak? Macam terkejut beruk dari kami semua," kata Farah sambil memeluk tubuh.

"O-okay, Aku nak pergi tandas jap." Faris cepat mengutip file-file kembali lalu letak di atas meja Qira. Dia bergegas keluar dari pejabat menuju ke tandas pekerja.

Kytor memerhati tingkah laku pekerja lelaki itu. Hatinya sedikit terusik cara lelaki itu memandang isterinya.

Ekmal, Qira dan Farah memandang Naira kembali.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now