[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒎

325 27 39
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Dia menatap dirinya dalam cermin, terselubung oleh rasa sakit yang menggigit. Hati yang terluka, seolah-olah terjebak dalam serangkaian mimpi yang menghantui. Rasa sakit yang menjalar dalam hati.

Apa benar aku tidak salah mendengar barusan tadi?

Dia sudah berkahwin? Cik Naira sudah berkahwin? Tetapi mengapa? Faris berasa kesal. Kesal kerana bukan dia bersama Cik Naira.

Dia menunduk meraup wajahnya. Apa yang aku fikirkan ini?

Aku.. perlu lupakan dia. Jika benar, Cik Naira bukan jodohnya, dia harus meneruskan kehidupan sendiri. Tapi... bukankah tempoh hari Cik Naira kata tidak membuka hati kepada sesiapa?

Faris malas menyerabutkan fikiran. Dia perlu sambung bekerja. Mungkin hidup dia akan membujang selamanya.

Jika dia tidak terlambat, mungkin Cik Naira sudah menjadi miliknya. Cik Naira satu-satunya pilihan tepat buatnya. Faris terpikat saat Cik Naira sudah bertudung. Hati Faris sudah mula jatuh hati.

Tetapi dia sudah menjadi milik orang lain. Faris perlu melupakan wanita itu.

Faris melepaskan keluhan. Dia mencuci tangan dan mengemaskan tali leher sebelum keluar dari tandas. Sebaik sahaja keluar, dia dikejutkan dengan kewujudan Syuhada yang bersandar di dinding, di hadapan tandas lelaki.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Faris hairan. Ye lah, ini tandas lelaki bukan tandas perempuan. Salah nampak ke Syuhada ini?

Syuhada yang sudah lama berdiri di situ melangkah ke arah Faris.

Dia senyum menyenget.

"Aku dah lama perhati kau Faris. Kau ingat aku tak tahu?"

"Tahu apa? Aku tak faham."

Syuhada menjulingkan bola mata ke atas. Kemudian, memandang Faris kembali.

"Kau ada perasaan kat Puan Naira kan?"

Liur diteguk kelat. Macam mana Syuhada boleh tahu? Sedangkan dia tidak pernah beritahu sesiapa sekalipun. Hanya dia sendiri menyimpan rasa.

"Aku boleh tahu riak wajah kau. Dari haritu lagi aku rasa pelik dengan kau. Macam lah aku tak perasan, kau bersungguh-sungguh siapkan kerja untuk Puan Naira tu. Tapi, apa dapat? Dia dah kahwin lah." Syuhada ketawa mengejek.

Faris ingin melangkah masuk ke pejabat kembali. Malas melayan Syuhada yang suka menyakitkan hati dia sahaja.

"Aku tahu kau bukan orang biasa, Faris. Aku dah lama siasat kau ni siapa." Langkah Faris terhenti. Dia memusing memandang Syuhada. Melihat Syuhada senyum sinis, riak wajah Faris bertukar serius. Entah bagaimana hal ini dia terlepas pandang.

"Kau nak apa?"

Syuhada senyum puas.

᪥᪥᪥

Kytor duduk termenung memandang luar tingkap pejabat. Keluhan kecil dilepaskan. Bosan. Dia benar-benar bosan. Kepalanya menoleh melihat isterinya yang sibuk bekerja.

"Sayang..."

Panggilnya lembut tetapi tidak dijawab kerana isterinya sibuk bekerja.

"Sayang..." Panggilan ditekan lembut lagi membuat isterinya mengangkat muka.

"Ya?"

Kytor senyum, pantas dia mendekati isterinya dan duduk di hadapan meja kerja isterinya.

"Lama lagi?"

Naira memeriksa kertas kerjanya dan file-file yang banyak tertunggak disebabkan dia cuti sakit lama. Dia memandang suaminya dengan senyuman.

"Ya awak. Sorry."

Kytor mencebik.

"Cepat lah habis, aku rindu." Tangan menongkat dagu memandang isterinya.

"Itu lah, awak yang nak ikut saya. Kenapa tak kerja dengan abah je. Takde lah bosan."

Tajam anak mata Kytor menatap isterinya.

"Kalau aku kerja, aku tetap rindu kau. Susah lah nak jumpa kau nanti."

"Eh? Kat rumah kan boleh jumpa." Hairan Naira dengan suaminya ini. Manja semacam.

"No! Aku tak nak. Aku nak juga ikut kau pergi mana sekalipun. Aku tak nak kau jauh dari aku."

Aku menggelengkan kepala. Tidak sangka aku melihat perangai kebudak-budakan suamiku ini.

"Ye lah, ye lah. Nanti kita balik okay?"

Suamiku senyum gembira.

"Nak peluk." Dia mendepakan kedua-dua tangannya terus membulat mataku.

"Awak... sini office lah! Saya dah warning kan?"

Tok! Tok!

Aku terkejut.

Kytor terus menurunkan tangannya dan kami melihat siapa yang masuk ke pejabat aku.

Faris masuk membawa fail-fail kes yang sudah dia siapkan.

"Maaf mengganggu Cik-- err Puan Naira. Saya nak beri dokumen kes-kes yang saya siapkan sebelum ini. Saya nak bagi ke Ekmal, tapi Ekmal suruh saya bagi ke Puan."

Aku mengambil fail-fail yang diberi Faris di hadapan meja kerjaku.

"Ouh, terima kasih Faris."

Raut wajah Kytor ketat melihat pekerja lelaki ini. Semua benda nak menganggu. Cis!

Faris sedar dirinya dipanah tajam oleh lelaki itu.

"Saya minta diri dulu Puan Naira."

"Eh kejap, Faris. Awak dah okay ke?" Soal aku yang hairan dengan kelakuannya sebelum ini.

"Ha? Err.. okay maksud puan?" Soal Faris tidak faham.

Naira memeluk tubuh.

"Maksud saya, tadi awak macam nampak hantu. Itu saya tanya awak okay ke?"

Faris menggaru belakang kepala.

"Sa- saya okay Puan Naira. Saya cuma terkejut juga macam diorang tadi. Apa-apa pun tahniah Puan Naira dan...

Faris memandang lelaki itu yang sedang serius dari tadi.

"Ryan." Jawab Kytor datar.

"dan Encik--"

"Tuan Ryan." Tekan Kytor lagi.

Naira hanya terkebil-kebil merasa situasi genting di officenya.

"Tuan Ryan." Jawab Faris senyum. Dia terus beredar keluar dari pejabat.

Aku hairan melihat suamiku ini. Tak pernah-pernah dia ambil tahu tentang gelaran itu. Bukankah dia tidak suka gelaran itu kerana papa?

Kytor bangun dan duduk di sofa semula. Dia diam membaca buku di situ.

"Awak okay ke?" Hairan aku melihat moodnya tiba-tiba berubah mendadak.

Suamiku hanya diam, tidak menjawab.

Nak tak nak, aku sambung kerjaku kembali. Bincang di rumah sahaja lah hal ini. Aku tidak mahu perkara ini di bincang di office.




𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now