[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑹𝒆𝒗𝒆𝒏𝒈𝒆

442 54 21
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Di sisi lain,

Tuan Vicente duduk di meja kerja. Pen yang menyelit di jari-jemari diketuk-ketuk. Dia termenung tentang kejadian 6 tahun lepas.

Hari di mana hatinya benar-benar mati.

Hari di mana hatinya benar-benar mati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Flashback

Vicente masuk ke dalam ruangan wad kecemasan. Tidak kelihatan budak lelaki itu di sini. Hanya kelihatan seorang doktor bersama seorang pemuda lelaki di situ.

"Macam mana Marc?" Soal Doktor Kamal.

Marc yang termengah-mengah mengambil nafas terlebih dahulu.

"Be-Betul sangkaan abah."

"Aku dah agak!"

"What's going on here?" Suara garau membuat mereka terkejut lalu menoleh serentak. Kedua mata mereka bertembung kedua mata coklat lelaki asing ini. Wajah yang tegang.

"Who are you?" Soal doktor Kamal. Tidak pernah dia melihat lelaki ini di mana-mana. Nampak gaya dia bukan dari negara ini. Melihat wajah lelaki ini sahaja dia sudah tahu, lelaki ini bukan berasal dari sini. Entah bagaimana lelaki asing berkulit putih ini boleh masuk ke sini.

Marc yang peka figura lelaki tersebut terkelu. Lantas dia membisik sesuatu pada telinga bapanya.

"A--abah--

--dia ni lah selamatkan Kytor."

Doktor Kamal terkejut langsung berpusing pada anaknya.

"Bukan Marc ke yang jumpa Kytor?" Hairan Doktor Kamal.

Marc menggeleng.

"Lelaki ni.. call Marc untuk bawa Kytor ke sini." Jawab Marc.

Doktor Kamal memandang lelaki itu. Dia tidak kenal siapa lelaki ini. Entah dari mana dia muncul dia tidak tahu.

"Thank you for saving this teenager." Ucap doktor Kamal.

"I don't want your thanks, I want to know where he is?" Tegas lelaki itu.

Doktor Kamal tercengang. Nampak seakan lelaki ini mengenali Kytor. Tetapi sejak bila?

"Sorry, I want to ask, who are you really? Do you have a relationship with the patient?"

Vicente melepaskan keluhan. Dia menyilang tangan memandang doktor ini yang berada di hadapannya. Mengapa susah benar dia ingin berjumpa remaja itu?

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now