[ 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝑩𝒂𝒓𝒖

1.1K 91 61
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆
𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Gadis itu masih termenung teringat perkara semalam. Dia ingat lagi bagaimana rupa lelaki itu. Tampan. Sangat sempurna. Walaupun lelaki itu tidak senyum sudah cukup dengan rupa yang kacak. Ini kali pertama Elina membayangkan seorang lelaki yang dijumpa semalam, selama ini dia hanya memikirkan kerja dan tugas sahaja.

'Siapa dia? Dia belajar kelas mana?' perasaan ingin tahu membuak dalam diri. Dia senyum malu.

"Okay, semua. Kita ada pelajar baru hari ni," laung pensyarah kelas, Miss Hidayati.

Lamunan Elina terhenti. Kepala di dongak memandang ke arah pensyarah. Pelajar baru? Sudah pertengahan sem, masih ada kemasukan pelajar baru?

Seorang pelajar lelaki masuk ke dalam kelas dan berdiri di sebelah pensyarah. Elina memerhati lama pelajar baru tersebut. Bayangan kejadian kelmarin muncul di minda.

Kedua mata kaku melihat wajah pelajar baru itu. Lelaki itu. That man! Wajah sama persis semalam. Di.. dia pelajar baru? Wait! Tetapi mengapa, lelaki itu ada di library semalam? Hati Elina sudah gelisah. Kejadian semalam masih dia tidak lupa. Jantung berdegup laju kembali.

Baru sahaja tadi dia berangan. Sekarang lelaki itu sudah berada di hadapan mata.

"Kenalkan nama pelajar baru kita, Ariz Lutfy. Dia baru sahaja pindah di sini. Ariz duduk lah mana-mana awak nak duduk," ucap pensyarah tersebut.

Salah seorang pelajar lelaki di bahagian belakang memberi duduk di sebelah kepada Ariz. Memandangkan tempat itu memang kosong. Jadi, Ariz duduk di situ. Semua mata-mata pegun melihat wajah lelaki tersebut kecuali Elina. Mata hitam gadis itu kaku memandang meja belajar.

"Weyh! handsome giler dowh, tak pernah aku nampak muka perfect macam tu," puji Leen.

Elina masih lagi kaku di situ tanpa membalas ucapan Leen. Tangan menggigil dalam genggaman. Leen yang tadi memaling belakang terus menoleh ke arah Elina. Berkerut dahi melihat perilaku kawan baiknya.

"Eh kau ni El, okay ke?" tegur Leen memegang bahu sahabat nya itu.

"Haa? Apa-apa?" Elina menggelabah.

"Eh eh kenapa kau gelabah ni?" Hairan Leen.

"Charlene, Elina, awak berdua ada masalah ke?" tegas Miss Yati.

[ Singkat kan nama Miss Yati je lah😅 ]

Semua mata pelajar memandang mereka berdua. Mereka sedar diperhati, lagi-lagi yang membuat semakin berdebar sepasang mata lelaki itu memandang tepat ke arah mereka. Tidak! Ia betul-betul ke arah dia!

Pandangan cepat di alih lalu Elina bingkas bangun.

"Erm... tiada apa miss. Miss, can I go to the toilet?" jawab Elina dan meminta izin untuk ke tandas. Dia pantas menjawab dahulu dari Leen. Sempat dia mengerling Leen, melihat kawan itu terkebil-kebil dengan tingkah laku nya.

"Hurry up!" jawab miss dengan nada tegas.

"Thank you, miss." Elina terus mengorak langkah keluar dari kelas dan menuju ke tandas.

Masuk sahaja tandas, dia menghela nafas panjang. Pernafasan gadis itu sudah tidak teratur. Mengapa dia rasa panik? Hairan. Dia tidak pernah berasa seperti ini. Tidak pernah. Elina memegang dada, cuba mengawal degupan jantung sendiri.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now