[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏𝒂𝒏

487 57 47
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Leen baru pulang dihantar anak-anak buah lelaki itu.

Puan Zaiton bangkit mendapatkan anaknya dari mereka. Riak wajahnya terlalu risau dengan keadaan Leen.

Mereka yang telah melakukan tugas terus beredar meninggalkan kediaman ini.

"Leen.. Leen okay?" Soal Puan Zaiton sambil memapah Leen masuk ke dalam rumah.

Leen yang lemah mengangkat wajah memandang pada ibunya. Dahi berkerut kerana ibu tidak bertanya sebab dia dibawa pulang oleh orang-orang asing ini.

"I.. ibu tahu ke Leen.."

Puan Zaiton mengangguk.

"Ke.. kenapa ibu tak beritahu Leen?"

"Ibu tunggu Leen cakap kat ibu. Kenapa Leen sanggup rahsiakan dari semua orang?"

Mereka dua beranak masuk dan berhadapan semua yang sudah berada di dalam rumah. Datuk Kamal, Datin Liyana, Elina, Puan Sir Aina, Marc dan isterinya dan beberapa pengawal sedang menjaga di luar pintu ini dan juga di tingkat atas.

Dahi Leen berkerut memandang satu persatu wajah yang dia kenali dan dia tidak kenali.

Elina melangkah berhadapan Leen.

"Kenapa kau berahsia pada aku Leen?" Wajah aku serius pada kawan baikku. Segalanya sudah diceritakan bahawa Leen lah yang menyimpan pembunuh sebenar itu.

Aku tidak sangka, selama lelaki itu susah dijumpai rupanya Leen membantu dalam hal itu juga.

Leen menggeleng.

"Enam tahun Leen. Kenapa?" Soalku menahan tangisan, inginkan jawapan kawan baik sendiri.

"T.. Tak.. Tak el.. A.. aku takut.. hisk.. A.. aku takut dengan dia hiskk.. maafkan aku."

Leen jatuh terjelepok dan menangis. Tangan menggeletar menekup wajah bersama hamburan tangisan. Ibu meredakan Leen di sebelah.

Aku nak marah tak boleh. Aku sudah tahu dari mereka bahawa Leen kerap terima mesej ugutan dari bekas tunangnya itu. Dan dia sudah tahu Leen..

beberapa kali dirogol lelaki itu.

Ibu menutup badan Leen dengan kain selimut tebal.

Macam mana Leen boleh sembunyikan hal besar itu dengan wajah yang ceria di hadapannya selama ini?

Aku pada mula memang mahu marah, tetapi lepas abah beritahu dia dirogol lelaki itu, aku jadi terdiam. Leen menyimpan rahsia besar dariku. Itu pun abah dapat tahu dari papa kandung suami aku err.. a.k.a bapa mertuaku yang sebenar.

Sungguh memedihkan hati aku.

Aku duduk bersimpuh di hadapannya yang masih menangis tanpa henti. Rambutnya aku sisir ke belakang telinga.

"Leen.. aku nak tahu, sejak bila dia mula berhubung dengan kau? Maksud aku, lepas dia dianggap mati waktu tu?"

Leen memandang wajah aku dengan kedua mata yang sudah bengkak.

"Li.. lima tahun lepas, ada nombor tak kenal tiba-tiba call aku dan nak jumpa aku. Aku tak tahu itu dia. Bila aku jumpa dan dapat tahu dia bunuh ibu dia sendiri, aku jadi takut. Se.. sebab tu aku tak berani bersuara pada sesiapa. Aku tak nak kau terlibat.. hisk.." Ucap Leen tersedu-sedu.

"Ibu dia? Madam Luisa Rosie ke?" Soal ku.

Leen mengangguk perlahan.

Aku pandang abah. Abah terus menelefon seseorang. Entah siapa, aku tak pasti.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] حيث تعيش القصص. اكتشف الآن