[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑻𝒓𝒖𝒔𝒕

329 29 30
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖.

᪥᪥᪥

Setelah sampai di rumah Datuk Kamal dan Datin Liyana, Mustaqim memandang cermin pandang belakang. Kelihatan Kytor masih terlelap di tempat duduk belakang.

Mustaqim keluar dari pintu pemandu kereta dan membuka pintu belakang kenderaan. Dengan penuh berhati-hati, dia mengejutkan tuannya untuk bangun.

"Tuan."

"Tuan Ryan, kita dah sampai."

Kytor membuka mata perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Digosok- gosok mata beberapa kali. Memang benar, dia di rumah Datuk Kamal dan Datin Liyana.

Dia menyapu wajahnya supaya segar dari bangunnya. Dengan perlahan dia keluar dari kenderaan tersebut. Mustaqim membantu tuannya untuk berdiri.

"Tuan okay?"

Kytor hanya senyap. Dia perlahan berjalan ke pintu utama rumah banglo tersebut.

Langkah terhenti, dia memaling ke tepi tanpa memandang Mustaqim.

"Terima kasih."

Terus dia menyambung melangkah masuk ke rumah banglo itu.

Mustaqim yang berdiri di situ terdiam kaku. Pertama kali dia mendengar tuan muda mengucapkan terima kasih padanya. Apa dia tidak salah mendengar?

Mustaqim terus melangkah masuk ke dalam rumah Datuk Kamal dan Datin Liyana.

Datin Liyana muncul dari dapur.

"Ryan mana?" Soal Datin Liyana sambil menjenguk di belakang Mustaqim melihat dari jauh kenderaan tersebut sudah tiada orang di dalam.

"Dia dah masuk bilik, Datin."

"Ada apa-apa berlaku ke Mustaqim?" Soal Datin Liyana.

Naira melangkah ke arah bonda dan Mustaqim.

"Erm.. rasanya setakat ni tiada yang teruk dari sebelum ini."

Mustaqim memandang Naira.

"Puan, boleh tengokkan keadaan dia? Pastikan dia tidak apa-apa. Saya risau jika dia melakukan sesuatu di luar jangkaan nanti."

Naira mengangguk lalu naik ke tingkat atas.

"Jemputlah minum dulu, Mustaqim. Kamu mesti penat."

"Terima kasih datin."

᪥᪥᪥

Pintu di pulas tetapi terkunci. Apa dia mengunci pintu dari dalam?

Aku mengetuk pintu bilik.

Tok! Tok!

"Awak? Saya ni Naira. Kenapa kunci ni?"

Sepi. Tiada sebarang bunyi.

"Awak?" Aku menahan debaran di hati. Risau dia melakukan sesuatu yang tidak diingini dari dalam.

"Ke- kejap," ucap dia. Mendengar suaranya aku lega.

Dalam beberapa saat, dia membuka pintu. Kelihatan sosok tubuh suamiku di hadapanku. Rambutnya kusut. Mukanya sugul. Matanya juga kemerahan.

Dia melangkah ke katil. Aku hanya mengikuti dari belakang dan dia terus duduk di birai katil tersebut.

Aku duduk di sebelahnya, dengan wajah kerisauan. Tangannya aku raih sambil memandangnya.

"Awak okay ke?"

Dia memandang aku. Lalu senyum tanda tiada apa yang berlaku.

"Okay."

"Habis, itu apa? Awak menangis bukan? Saya dah tahu apa jadi. Bonda dan abah dah bagitau. Awak bergaduh dengan papa kan?"

Dia masih tertunduk dan diam.

"Awak.."

"Papa dah tak sayangkan aku... Dia penipu."

Aku mengeratkan lagi kedua-dua tangannya. Perlahan aku menaikkan dagunya supaya dia memandangku.

"Mungkin papa nak awak berdikari. Lagipun awak ada saya, bonda dan abah. Masih ada lagi yang sayangkan awak."

Wajahnya memaling ke arah lain tidak mahu aku melihatnya sedang bersedih.

"Papa.. dah tinggalkan aku, Naira."

"Tak. Dia tak pernah tinggalkan awak. Papa tak mungkin macam tu awak. Papa bukan macam tu. Percaya lah."

Dia menyeka air mata. Kembali diamkan diri.

"Awak.."

"Aku okay, Naira. Jangan risau."

"Saya tak percaya awak okay. Saya tak nak awak buat perkara tak sepatutnya."

Tiba-tiba dia menarik senyuman lalu ketawa kecil. Dia memandang aku dengan senyuman manis.

"Aku.. aku bukan budak kecil, Naira. Aku masih ada kau. Kau takkan tinggalkan aku seperti papa bukan? Aku percaya itu."

Aku terdiam.

"Naira?"

"Ha? Ya?"

"Kau.. takkan tinggalkan aku bukan?" Ulang dia sekali lagi.

Aku senyum lembut sambil mengusap wajahnya.

"Tak. Naira takkan pernah tinggalkan Kytor. Naira selalu cintakan Kytor. Kenapa Naira nak tinggalkan Kytor pula?" Jawabku jujur.

Dia mengangkat jari kelingkingnya.

"Janji?"

Aku bertaut jari kelingkingku dengan jari kelingkingnya.

"Janji."

Dia senyum, lantas dia memelukku erat. Seerat-eratnya seperti tidak mahu melepaskan aku.

"Aku sayangkan kau. Aku betul-betul sayangkan kau."

Ucapannya buat hati aku berasa tidak enak. Kenapa? Aku berasa tidak sedap hati mendengarnya.

Aku cuba berfikiran positif. Aku membalas pelukan suamiku. Seerat-eratnya aku juga tidak mahu melepaskannya. Aku benar-benar menyayangi dia sekarang ini.

"Saya sayangkan awak juga, Kytor."

᪥᪥᪥

Malam penuh diulit mimpi kebahagiaan. Aku dan dia tidur berpelukan seerat-eratnya. Aku berasa senang dia tidak tertekan kerana kejadian dengan papa siang hari.

Kytor banyak berubah. Sisi lainnya tidak pernah aku lihat. Dia sentiasa ketawa bersamaku dan menyayangiku sepenuhnya.

Besok hari aku menyambung kerja semula. Dia mengatakan ingin menemaniku ketika bekerja. Katanya rindu jika berjauhan. Ah, wajahku kemerahan sekarang ini.

"Tidur sayang." Bisiknya perlahan di telingaku.

Aku memejam mata rapat. Panas. Jantungku berdegup laju selajunya.

"Ma- macam mana n-nak tidur, awak tak pa- pakai baju," ucapku gugup kerana dia hanya mengenakan seluar pendek tanpa pakaian di tubuh.

Dia memelukku semakin erat. Erat hingga wajahku tersembam di dada bidangnya.

Bau aroma tubuhnya membuat aku selesa. Aku suka bau badannya yang maskulin. Ah, terlalu menggoda dan selesa. Tidak pernah aku geli dengan parut - parut lamanya. Kerana ia nampak seksi bagiku. Apa dia suka buat aku semakin panas?

"Tapi kau suka bukan?" Bisiknya separuh menggoda.

Wajahku kemerahan.

Aku tersenyum malu. Ah, suami sendiri apa nak malunya? Bibir bawah digigit nakal, aku dengan perlahan mengeratkan lagi pelukan tersebut. Aku selesa dan sangat selesa. Aku tidur dalam pelukan suamiku.

'Aku... sangat sayangkan dia.'

-
-
-
-
-

Please vote and comment. Thank you! ❤️

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now