[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑷𝒆𝒓𝒏𝒊𝒌𝒂𝒉𝒂𝒏

642 56 73
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

"Aku terima.. Elina..."

Pemuda di sebelah menepuk lembut bahu bakal pengantin lelaki itu lalu menggeleng. Nak senyum memang dia tengah tahan senyum sekarang ni dari dalam mask. Alahai.. nanti merajuk pulak adik dia seorang ini. Dia ni boleh tahu kalau nampak kita tersenyum. Alahai.. alahai..

Wali nikah itu tersenyum. Faham bila setiap lelaki ingin melafaz pasti akan gementar. Habis berterabur ayat jadinya. Wali nikah bukan lah bapa Naira Elina tetapi..

Abang Han.

Tiba-tiba hari ini abang Han muncul di hadapannya, hari dia dinikahkan. Elina apa lagi, terkejut dan menangis. Sampaikan dia peluk abang Han itu. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Banyak yang ingin Elina bertanya.

Abang Han sepupunya sebelah mummynya. Anak saudara mummy. Dia cuma ada abang Han. Bapa Elina seorang anak tunggal. Mummy ada dua adik-beradik. Jadi, abang Han wali sah Elina.

Walaupun Elina membenci bapanya, hati masih tertanya-tanya mengapa bukan bapanya menjadi wali. Tanya mummy, mummy tak jawab pula. Haih..

Elina memandang mereka. Abang Han tertawa kecil dan menggeleng melayan bakal suaminya. Elina tersenyum melihat senyuman sepupunya yang dah lama dia tidak nampak.

Jejaka itu menggarukan kepala. Dia lupa ayat lelaki itu katakan tadi.

"Bagi masa kejap ye," kata Marc, pemuda yang duduk bersebelahan adiknya itu. Siapa lagi adiknya kalau bukan Ryan. Walaupun Marc memakai mask, masih nampak dari luaran kekacakan di situ. Ada sahaja wanita yang berbisik ingin mengetahui siapakah gerangan sebelah bakal pengantin itu.

Elina nampak pemuda itu cuba menenangkan jejaka itu. Dia duduk di atas pelamin jauh sedikit membelakangi lelaki itu yang bakal bergelar suaminya. Dia tidak sempat melihat wajah jejaka itu lagi. Elina perasan juga tangan dia sedang menggeletar.

Mungkin dia terlalu gementar untuk melafazkan akad nikah.

"Kita cuba lagi sekali ya." Kata abang Han.

Marc di sebelah membisik sesuatu di tepi telinga Ryan. Lama juga mereka begitu.

Ryan mengangguk lalu menarik nafas dalam dan menghembus perlahan.

Elina melihat mereka berdua sangat akrab. Adakah mereka berkawan? atau sepupu sendiri? Entah dia tidak pasti.

"Aku terima nikahnya Nur Naira Elina Binti Mohd Zain dengan masa kahwin RM500 tunai."

"Sah?"

"Sah!" Mereka yang saksi serentak menjawab.

"Alhamdulillah."

Imam nikah yang turut saksi di situ membaca doa. Setelah doa selesai, jejaka tersebut melangkah dekat pada pasangannya lalu duduk di sebelahnya untuk menyarungkan cincin.

"Naira." Bisik Puan Sri Aina yang sedar anak gadisnya termenung dari tadi. Dari tadi Puan Sri Aina lihat anak gadisnya ini muram sahaja.

Elina yang tersedar menoleh ke sebelah kiri, memandang mummynya.

Puan Sri Aina mengisyarat lembut bola mata di hadapannya bermaksud di sebelah kanan gadis itu. Elina menoleh ke sebelah. Terkejut! Lelaki itu sudah pun duduk di sebelahnya. Entah sejak bila lelaki ini sudah ada di sebelah? Dia tidak sedar.

Dia mengusap perlahan dada. Mata terpaku lama pada wajah lelaki itu yang sedang memberi senyuman manis padanya. Lelaki itu menunggu untuk menyarungkan cincin.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now