[ 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑻𝒉𝒂𝒕 𝑮𝒊𝒓𝒍

676 67 58
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Remaja itu menutup pili air lalu mengintai hadapan rumah, di sebalik dinding. Dahi remaja itu berkerut melihat kedatangan seseorang yang dia kenal.

Ya, seorang gadis.

Entah mengapa gadis itu datang sekali lagi ke rumahnya pada hari ini.

"Bukankah sudah diberitahu aku tidak hadir hari ini?" Ariz bersoal dalam hati.

Dia masuk semula ke dalam rumah mengambil remote pagar dan menekan untuk membuka pagar tersebut. Langkah kaki menuju ke arah gadis itu.

Elina memandang lelaki itu yang sudah berdiri di hadapannya.

"Kau nak apa?"

Gadis itu terus membuka zip beg sandangnya dan mengeluarkan sesuatu dari beg tersebut. Dia mengeluarkan fail yang terdapat beberapa helaian kertas di dalamnya. Dia menghulurkan pada lelaki itu.

"Nah." Gadis itu tersenyum manis pada Ariz.

Ariz yang tidak mengerti mengambil huluran gadis itu. Dia perasan kenderaan gadis itu naiki di luar rumah. Ariz menunduk kembali dan membuka fail itu dan mengeluarkan helaian-helaian kertas tersebut.

"Itu isi assignment kita akan buat. Saya terpaksa jumpa awak terus, sebab kalau whatsapp saya tahu awak takkan balas," terang gadis itu.

Lelaki itu memeriksa satu persatu kertas tersebut tanpa menghirau apa gadis itu katakan.

Elina sedar pakaian lelaki itu kotor. Kotoran tersebut kelihatan seperti tanah. Hairan dia pakaian lelaki itu dikotori tanah. Dia kerja ke?

"Awak buat apa?"

Ariz mengangkat pandangan memandang gadis itu. Dia tidak mengerti. Riak wajah Ariz dapat difahami gadis itu, jadi gadis itu menerangkan maksudnya.

"Baju dan seluar awak kotor. Awak tengah buat apa?"

Ariz menunduk melihat pakaian nya yang tercemar pada hujung baju dan seluar kerana menggali tanah tadi. Dia mengangkat pandangan memandang gadis itu semula.

"Kenapa?"

Soalan dibalas soalan. Gadis itu sudah agak lelaki itu tidak akan memberitahu apa yang sedang ia lakukan. Dia tidak bertanya lagi hal itu.

"Okay lah, saya balik dulu."

"Ariz, who is that?"

Elina dan Ariz menoleh ke arah gerangan suara itu.

Seorang wanita berjalan ke arah mereka berdua. Elina terpegun melihat kecantikan wanita itu. Kelihatan muda. Ini ke ibu Ariz?

"My classmate, mommy." Senyum remaja lelaki itu.

Elina menoleh ke arah Ariz. Dia dapat menangkap riak wajah lelaki itu pada wanita itu. Ini kali pertama Elina melihat senyuman lelaki itu. Sungguh dia tertarik senyuman itu. Cepat dialih mata nya supaya tidak jatuh lagi pada lelaki itu.

Wanita itu berhenti apabila sudah mendekat. Dia memandang gadis itu dari atas sampai bawah.

"Are you Ariz's friend?"

Elina senyum pada wanita itu. Sebelum dia menjawab, dia menyalami dahulu wanita tersebut. Wanita itu membiarkan gadis itu menyalaminya. Dia suka adab dan kehormatan pada diri gadis itu.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now