[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑼𝒍𝒂𝒏𝒈 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏

515 60 31
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Elina merasa kecewa dan terkejut kerana sangkaannya tentang lelaki yang dia suka selama ini salah. Dia juga merasa marah dan kecewa pada diri sendiri kerana lelaki yang dia pikirkan sebagai seseorang yang baik ternyata seorang pembunuh. Dia merasa terluka dan dibohongi oleh lelaki tersebut dan merasa ragu-ragu untuk memberikan kepercayaan kepada seseorang lagi. Elina belajar untuk lebih berhati-hati dalam memilih teman. Dia tidak mahu diri ini membuat kesilapan yang sama.

Hack.

Satu-satunya cara untuk dia tahu siapa sebenar lelaki itu. Maklumat yang perlu dia perolehi. Hanya seorang yang pakar dalam hal ini.

Abang Han.

Elina tersenyum. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan sepupunya. Apa khabar dia sekarang?

Mesti makin handsome semenjak dia balik dari luar negara. Gadis itu terus mencapai telefon pintar dan mencari nombor telefon sepupunya.

Dia tersenyum.

᪥᪥᪥

Kytor duduk bersandar di kepala katil. Dia termenung. Pergelangan tangan diralit-ralit. Dia menyelak selimut tersebut ingin bangun.

"Eh siapa suruh bangun?"

Kytor menoleh.

"Duduk," arah Madam Luisa sambil membawa makanan dan minuman.

Kytor duduk.

Madam Luisa meletak makanan tersebut di atas meja. Dia menghampiri remaja itu dan memeriksa balutan kepala remaja itu.

"Sakit lagi ke?"

Kytor menggeleng perlahan.

Wanita itu menoleh pada pergelangan tangan remaja itu yang dibalut band aid putih. Dia mengusap lembut.

"Anak mommy sakit lagi ke sini?"

Kytor menunduk.

"Mommy tak marah."

Wanita itu mengusap lembut pipi remaja itu.

"Kytor jangan buat macam tu lagi. Tak sayang mommy ke? Hm?"

"Mommy benci Kytor.." Remaja itu bergumam perlahan.

Madam Luisa dapat menangkap kata-kata remaja itu.

"Mommy cuma.. sakit hati dengan kytor. Kenapa kytor? Kytor patut bunuh mommy bukan dia!

Sekarang mommy cuma ada Kytor sorang je. Mommy tak nak Kytor pula tinggalkan mommy."

Wanita itu memegang rahang remaja itu. Dia menaikkan wajah remaja itu.

"Kytor..."

Remaja itu memandang wanita itu.

"Jangan buat hal bodoh. Stop blaming yourself."

Kytor menunduk kembali.

Wanita itu bangun dan mengambil makanan. Dia kembali dan duduk berhampiran remaja itu.

"Mommy suapkan." Wanita itu senyum lalu menyua ke mulut remaja itu.

Kytor mengambil suapan tersebut. Hati dia senang wanita itu melayani dia dengan baik walaupun dia sudah membuat buruk pada wanita itu.

"Lepas ni siap, kita keluar."

Kytor terpinga-pinga.

"Keluar ke mana?"

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now