[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑻𝒆𝒓𝒋𝒂𝒈𝒂

479 51 58
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

"𝐓𝐚𝐤𝐞 𝐜𝐚𝐫𝐞"

Aku bangun dari pembaringan. Pejam celik pejam celik. Ruang bilik terasa asing bagiku. Sebentar, dimanakah aku berada?

Oh!

Aku di bilik tidur suamiku.

Oh Elina.. kau sudah lupa kau sudah berkahwin?

Berkata tentang kahwin..

Aku memaling sebelah.

Kosong.

Dia dah bangun? Aku sorang ke bangun lewat?

Aku cepat-cepat bersihkan diri, mengenakan tudung shawl keknis plain dengan gaya simple sahaja serta bert-shirt lengan panjang dan seluar labuh panjang.

Aku keluar bilik dan turun. Pandangan meliar sekeliling mencari batang tubuh penghuni rumah.

Sunyi.

Semua tak bangun lagi ke?

Hujung telingaku terdengar riuh dari arah hujung, iaitu bahagian dapur. Aku berjalan ke arah sumber suara tersebut.

"Bonda! Hahaha! Tengok lah tu muka dia kesian."

"Apa ni! Kenapa suka sakat ni!"

"Hahaha!"

"Bonda pun! Suka sakat sama!"

Aku melihat mereka bergelak tawa. Bonda, suami aku dan lelaki yang sedikit tua dari suamiku.

Abang Carl? Eh abang Marc.

Datin Liyana tertawa hinggalah dia ternampak Elina di hujung.

"Eh Elina? Dah bangun?"

Aku tersentak lalu tersenyum.

"Meh sarapan."

Aku dengan langkah malu pergi ke tempat kosong. Aku sedar suami aku yang nampak kelibat ku lalu tertunduk. Malu mungkin? Setelah kejadian semalam?

Setelah aku duduk aku memandang dia.

"Awak dah okay?"

"Kenapa Elina?" Soal bonda. Perasan perbezaan cara aku berkata dan tingkah laku anak lelakinya yang terus tertunduk.

"Err semalam Ryan.."

Pantas tangan lelaki itu menggenggam tanganku erat. Dia memandang bondanya.

"Bon.. bonda kami naik dulu eh."

"Eh?"

Aku yang ditariknya hairan.

Tetapi tidak terlalu lama, abang Marc menghalang di depan kami. Kening sebelah terangkat merenung lama kami berdua. Bagaikan penyiasat persendirian pula.

"Something is fishy. What's happen yesterday?"

"Tak.. tak de apa lah. Dah lah sana." Dia menolak bahu abangnya untuk tidak menghalang jalannya.

"Eh.. Elina tak habis cakap lagi. Biarlah dia cakap dulu," kata abang Marc menahan aku di hadapan.

Langkah kaki Ryan terhenti lalu memandang aku. Pandangannya seakan menunggu jawapan aku. Yang aku hairan kenapa dia gelisah?

"Err.. takde apa lah abang Marc. Elina dah lupa pula." Kataku tersengih. Mungkin ada sebab mengapa suamiku bertindak sebegitu.

"Laa.. pasal malam pertama da--"

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now