[ 𝑻𝒘𝒆𝒍𝒗𝒆 ] - 𝑻𝒆𝒌𝒂𝒏𝒂𝒏

522 61 20
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Sudah beberapa hari Leen tidak makan. Kadang termenung, kadang menangis, dan kadang dia lupa arwah sudah tiada di dunia.

Elina tidak boleh berdiam lagi. Dia bangun dan melangkah ke arah Leen yang sedang termenung di atas katil.

"Leen siap, kita keluar. Kali ni tolong jangan bantah," tegas Elina.

Elina pusing ura-ura beredar, Leen mula bersuara.

"Aku minta maaf..El. A-aku tak boleh lupakan dia." Esakan tangisan lemah dapat didengari oleh Elina.

Elina menoleh perlahan. Dia faham bagaimana perasaan kehilangan orang yang tersayang.

"Leen dah lah tu. Tak tenang arwah tengok kau macam ni."

"Why El? Why dia kena bunuh? Why! Apa salah dia?" Jelas kelihatan kedua-dua mata Leen yang kemerahan dan wajah yang pucat.

Elina tidak tahu mahu menjawab apa. Dia tidak tahu mengapa tunang Leen dibunuh. Tidak mungkin sebab ramai yang dengki akan kemesraan mereka. Akhir-akhir ini, dia semakin pelik dengan keadaan sekeliling kolej ini.

Semua pelajar melihat-lihat dia seperti dia ini pelajar baru. Elina tidak mengerti. Apa yang aku tidak tahu?

Elina menarik tangan Leen untuk bangun. Leen sungguh lemah. Elina senyum.

"Leen, bukan kau sorang yang hilang orang tersayang, ramai lagi. Ini ujian untuk kau Leen. Aku tahu kau kuat."

Elina terus memeluk Leen dengan erat. Gadis itu membiarkan sahaja esakan kawan baik yang semakin kuat.

Keesokan harinya..

Elina pergi ke kelas bersendirian tanpa Leen seperti biasa. Sudah seminggu kawannya masih belum menerima kenyataan tentang kehilangan arwah Syah. Biarlah kawannya itu berehat, Leen masih lemah menghadap semua ini.

"Syah.. kau baik, aku tak sangka pertemuan kita hanya sebentar." Elina berkata dalam hati.

Gadis itu berjalan memasuki kelas. Setelah dia duduk, dia sedar lelaki itu sudah tidak hadir beberapa hari. Entah lah mengapa ia menjadi tekanan buat gadis itu.

"Ariz.."

Dan akhir-akhir ini, Tina sudah tidak hadir ke kelas. Dia pernah mesej Tina beberapa hari lalu tetapi gadis pendiam itu tidak membalas mesejnya.

Pensyarah masuk ke dalam kelas.

"Ok, semua. Kita mulakan pembelajaran."

"Oh! Sebelum tu, Pian kehadiran kelas betul ke sudah 29 orang?"

Pian menjawab, "Ya, madam."

"Ok baik."

Elina terkedu.

Setelah selesai kelas, Elina terus menghampiri Sufian.

"Pian, siapa dua orang yang dah tak masuk kelas?"

Sufian yang sedang mengemas barang mengangkat pandangan.

"Oh, El. Ariz dan Tina tak masuk kelas ni dah. Aku dengar Ariz berhenti entah kenapa. Tina pula pindah kolej."

"Oh.." Dahi gadis itu berkerut.

"Kau ok ke?"

"Hah?"

"Aku tengok kau ni macam tertekan je. Kalau kau tak ok, kau ambil cuti lah. Aku gerak dulu."

"Okay."

Aku tertekan ke selama ni? Tapi kenapa? Ada perkara yang aku risau, tapi aku tidak tahu.

Elina terus mengambil beg dan balik ke asrama.





Don't forget to vote and comment. Thank you ❤️.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now