[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑺𝒄𝒂𝒓

401 44 48
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Aku hanya diam kaku di situ.

"Buka lah," kata abah.

"Abah.. ada orang lah." Ryan berbisik perlahan di tepi telinga Datuk Kamal. Dia malu.

"Dia kan isteri kamu. Buat apa nak malu. Dah cepat."

"Tapi abah.."

"Takde tapi-tapi. Cepat, sebelum abah marah."

Ryan teragak-agak untuk membukanya. Dia malu di hadapan seorang wanita yang dia tidak kenali.

"Alahai lambatnya.. Elina meh sini bukakan baju suami kamu ni."

Aku terkedu.

"Tercegat apa lagi? Cepat."

Aku terus meletakkan beg tasku di sofa lalu melangkah perlahan ke arahnya yang masih tertunduk. Malu mungkin.

Aku duduk dan berdiri bertumpu lutut.

"Awak, angkat tangan awak." Aku membisik perlahan.

Dia mengangkat tangannya perlahan.
Perlahan aku menaikkan bajunya yang berlengan panjang.

Tidak panas kah dia? Dari selepas nikah lagi dia memakai baju lengan panjang seperti ini. Aku tahu dia berotot tetapi takkan malu sampai macam tu?

Yes, aku mengaku aku perasan masa aku tidur tangan dia memang keras. Okay dah jangan cerita lagi.

Saat aku menaikkan bajunya hingga ke dada, tanganku terus terhenti.

Kedua mataku menatap lama kulit tubuh jejaka ini.

Hatiku perlahan-lahan.. dilanda sebak.

'Ba.. badan dia..

-----

--penuh.. parut.'

"Elina." Aku tersentak dari lamunan lalu memandang abah dengan mata penuh berkaca air mata.

Aku menyeka cepat lalu berdiri dan menaikkan bajunya ke atas sehingga ke kepala.

Dan tertanggal juga bajunya sampai habis.

Sungguh..

Ini pertama kali aku melihat tubuhnya.

Di bahagian six packnya banyak parut jahitan termasuk dadanya tidak terkecuali lengan sasanya.

Sebab inikah dia sentiasa memakai baju lengan panjang di waktu dalam mahupun luar rumah?

Aku mengangkat pandangan memandang wajahnya yang dari tadi menunduk tidak memandang wajahku.

Inikah kesan dia kena dulu? E.. enam tahun lepas?

"Elina.. Elina okay?" Soal abah. Mungkin abah tidak sangka reaksiku begini.

"Hah? O.. okay." Jawabku gagap.

"Elina tak pernah lihat lagi ke?" Soal abah hairan.

Ryan pula hanya kaku di situ tidak tahu apa-apa mendengar perbualan abah dengan aku.

Aku menggeleng tunduk.

Abah memakai stetoskop lalu menekap pada jantung Ryan.

"Badan tegak Yan."

Ryan yang masih tertunduk malu menegakkan badannya.

Aku hanya mampu melihat abah memeriksa suamiku.

"Tarik nafas."

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now