[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑨𝒅𝒓𝒚'𝒔 𝒃𝒊𝒓𝒕𝒉𝒅𝒂𝒚

262 18 29
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Pagi terasa tenang, dengan angin perlahan-lahan membawa haruman rumput berembun. Nampaknya seperti ada badai persiapan untuk suatu sambutan.

"Yan, ambil kerusi lebih kat stor. Susun kat sana," arah Datin Liyana.

"Okay bonda." Ryan melangkah ke bilik stor.

Datin Liyana sedang menyediakan juadah untuk sambutan petang ini, dengan pembantu rumah membantu membuat biskut dan kek. Zaina sedang membantu membersihkan ruang tamu dan ruang makan, manakala Naira membantunya mengemas sofa dan sebagainya.

Marc yang baru bangun dari tidur menuruni anak tangga apabila menyedari ketiadaan isterinya dari bilik. Bunyi bising dari dapur menarik perhatiannya, mendorongnya menuju ke sana. Dia melihat isterinya dan Naira sedang tekun mengemas ruang tamu dan ruang makan.

Dahi Marc berkerut apabila dia memerhatikan semua orang sibuk. Dapur penuh dengan masakan dan banyak lagi.

'Apa yang dia tak tahu?' Dia berbisik dalam hati.

"What happen here?" Marc bertanya semua, dengan perasaan hairan.

"Eh abang. Tolong jap bantu Ina kemas ni," pinta Zaina.

"Ada sesiapa nak datang ke Ina?" soal Marc sambil menoleh ke arah isterinya.

Kening Zaina berkerut memandang suaminya.

"Abang dah lupa ke?"

"Lupa apa?"

"Hari ini hari lahir Ary," jawab Zaina, nada kecewa jelas terpancar.

"Takkan tarikh lahir anak sendiri dah lupa?" Laung bonda dari dapur pula.

Marc terdiam.

"Apa lah abang ni, macam mana boleh lupa tarikh Ary, hahaha," sampuk Ryan ceria sambil masuk ke dapur selepas selesai menyusun kerusi.

Marc terdiam dan memandang isterinya. Raut wajah isterinya masam.

"Sorry sayang, abang lupa. Abang penat semalam tu yang tak ingat."

"Hm.. takpe. Ina faham." Zaina beredar menyambung kerjanya semula.

Marc mengeluh. Bagaimana dia boleh lupa hari jadi anaknya. Apa yang dia fikirkan?

Marc memandang bonda.

"Bonda, jangan buat kerja banyak sangat. Bonda rehat, biar Marc uruskan."

"Apa kamu ni.. bonda excited tau nak siapkan untuk cucu bonda. Ha, Ryan bila turn Ryan pula?"

"Hah?" Pipi Ryan merah padam. Dia mengerling ke arah isterinya, Naira yang mendengar, mengalihkan pandangannya, rasa malunya jelas.

"Err... Bonda, Naira dah siapkan meja depan ni. Naira pergi kerja dulu ya, client dah tunggu," kata Naira yang sudah berpakaian formal sejak pagi.

"Ha, okay. Jangan lupa datang birthday Ary petang ni," Datin Liyana mengingatkan.

"Baik bonda." Naira menyalami suaminya. Kytor mencium lembut pipi isterinya.

"Awak.. ada orang ni." Naira tersipu-sipu malu sambil menepuk perlahan bahu suaminya. Sengaja suami dia buat begini.

"Hehe.." Ryan tersengih tidak bersalah.

Naira terus menyalami bonda pula. Kemudian, Kytor mengiringi isterinya sehingga ke kereta. Dia melambai ketika kereta isterinya keluar dari perkarangan rumah.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now