[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑺𝒂𝒌𝒊𝒕

559 55 13
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Alex mencengkam kuat bawah dagu remaja itu sehingga kepalanya terdongak ke atas. Remaja itu memberontak berusaha melepaskan cengkaman lelaki itu pada bawah dagunya.

"Wouh! You're so wild."

Dia ketawa berserta yang lain. Dia suka melihat remaja itu liar seperti mangsa-mangsa sebelum ini. Semakin dia tidak sabar ingin menyeksanya dan mahu melihat setakat mana remaja itu mampu bertahan. Menjinak haiwan liar adalah satu perkara yang paling dia inginkan.

Alex bertinggung seraya merenung remaja itu dengan memberi senyuman sinis.

"You know what? I know how to tame you."

Ahli-ahlinya ketawa mengejek. Alex keluar diikuti budak-budaknya dari belakang. Sebelum dia menutup pintu, dia berkata pada remaja itu lagi.

"Just think this is your home, you don't have a home anymore."

Pintu ditutup rapat.

Kytor dapat tangkap bunyi kunci dari luar pintu. Dia terus bangun tetapi jatuh kembali disebabkan kedua kakinya tidak diurus. Remaja itu merintih sakit dan pedih di kedua kaki. Peluru masih lagi tertanam dalam kaki kanan remaja itu. Ikatan sudah dibuka lelaki asing itu tadi.

Dia berjalan dengan bertumpu di atas tangan dan lutut ke arah pintu tersebut. Dia mengangkat badan sedikit lalu memulas tombol tersebut.

Berkunci.

"Bagi aku keluar! Hei! Let me out!" Dia memukul pintu dengan kencang.

'Aku patut beritahu Elina.' Dia berkata dalam hati. Dia memukul pintu itu dan menjerit sekali lagi.

Tiada yang menyahut.

Sunyi.

Kytor memandang sekeliling. Dia di sebuah bilik yang luas, tetapi kosong. Tidak mempunyai tingkap. Kelihatan bilik ini seperti berada di lapisan bawah tanah, yang hanya mempunyai satu jalan keluar, tetapi pintunya memerlukan kod akses nombor sama seperti bilik kurungan dulu. Dinding yang putih dan lantai yang kosong. Terdapat kamera CCTV di empat penjuru bilik itu. Mereka akan perhati gerak-gerinya melalui kamera tersebut.

Kytor memeluk kaki sendiri lalu membenam muka ke lutut. Dia terkilan.

"Kau pembunuh! Aku benci kau!"

"Tak. Dia pasti tidak percayakan aku."

Remaja itu merenung nasib hidupnya. Dia tidak tahu berbuat apa-apa. Tiada yang akan mencarinya. Tiada yang tahu dia di mana. Tiada yang akan menolong dia.

Tiada.

Kerana semua membenci sikapnya. Pernahkah dia melakukan baik kepada semua? Tidak. Tidak sama sekali. Jika dia mengatakan kebenaran tentang siapa di sebalik semua ini, tiada yang akan percaya. Kerana wanita itu dianggap baik dan Syah dianggap mati oleh mereka.

'Kalau Hafiz masih ada pasti dia menolongku.'

Kata-kata terungkap di dalam hati dengan wajah yang sedih. Sepatutnya aku yang mati waktu itu, bukan Hafiz.

Sekarang dia sudah tidak memiliki apa-apa dan tidak punya tempat untuk pergi atau memiliki apa pun. Dia hanya menumpang tempat orang, makan tempat orang dan tidur di tempat orang. Segala apa yang dimiliki telah dirampas wanita itu. Jika dia tahu bahawa dia punya harta perwarisan dari arwah ibu kandung, sudah lama dia hidup sendiri tanpa bantuan wanita itu.

Kini, nasi sudah menjadi bubur.

Dia penat.. penat memarahi orang, penat memarahi semua, dan penat memarahi diri sendiri.

Dia ingin lenyap dari dunia ini.

Itu sudah cukup buat dia bahagia.

Air mata berlinang jatuh ke dasar.

Dia baru sedar--

baru sedar kehidupan dia selama ini hanya ditemani--

----------

-----

kesunyian.

᪥᪥᪥

Carl berlari mendapatkan Doktor Kamal.

"Macam mana dah jumpa?" Soal Doktor Kamal.

Doktor Kamal adalah doktor yang pernah merawat remaja itu ketika sakit di rumah Madam Luisa.

Carl menggeleng, "Tak, tak jumpa. But, why semua tidak mahu memberi kerjasama cari Kytor?

Carl sudah meminta dari polis untuk mencari remaja itu secara terus tanpa henti tetapi mereka hanya mencari sebentar dan balik ke balai semula. Apa-apa tentang kehilangan remaja itu dibiar begitu oleh mereka. Mungkin kerana dia pesakit mental, mereka menganggap perkara itu ringan.

Doktor Kamal juga hairan. Sekarang, tiada lagi yang mahu menegakkan keadilan ke atas remaja itu. Dia tahu Kytor tidak bersalah. Remaja itu telah diperangkap. Mungkin Luisa telah membayar mereka untuk tutup kes tersebut.

"Luisa dah plan semua ni." Geram Doktor Kamal.

"Tapi abah, macam mana dia tahu Marc ni.. mengintip dia?" Soal Carl yang memanggil dirinya sebenar Marc dan memanggil doktor Kamal itu bapanya.

Marc anak angkat kepada Doktor Kamal yang sedang mengintip kegiatan madam Luisa. Dia bekerja bukan untuk wanita itu tetapi untuk bapanya. Jadi, dia berlakon untuk membuat wanita itu percaya padanya. Tetapi, sangkaan dia meleset. Wanita itu lebih licik.

"Itu abah tak pasti tapi abah rasa, diorang ada simpan kytor kat mana-mana. Tidak mungkin remaja itu dibunuh terus oleh mereka. Tidak mungkin. Marc tak perasan ke.. apa-apa yang pelik kat sana?"

Marc berusaha mengingati semula. Pasti dia ada terlepas pandang. Pasti.

Hanya satu sahaja dia curiga.

"Marc curiga dia bawa masuk seorang lelaki warga asing. Dia datang masa tu pun Marc dah hairan, sebab dia bawa anak buah dia sekali."

"Bodoh! Itu lah agenda dia." Doktor Kamal memukul meja berdekatan tanda kesilapan diri dia sendiri. Dia tidak mahu menyalahi Marc yang masih muda lagi berbanding dia. Marc masih mentah dan tidak tahu apa-apa.

"Marc tak tahu abah. Marc ingat sebab perniagaan syarikat dia. Sebab Marc curi-curi dengar, dia cakap tentang hutang syarikat. Sekarang macam mana abah?"

"Abah rasa Kytor masih ada kat sini lagi. Tak mungkin mereka bawa Kytor keluar dari negara ini. Kita kena cari jejak Kytor. Sebab abah dengar Kytor lari hospital sakit jiwa lepastu polis cari tak jumpa. Dia menghilang begitu."

"Masa tu lah mereka ambil dia." Kata Marc menyambung kata-kata bapanya.

Doktor Kamal mengangguk. Dia tetap akan berusaha mencari remaja itu. Dia tahu dan kenal latar belakang remaja itu. Sara Amelia, arwah Ibu Kytor pasti sedih jika aku tidak mengotakan janji-janji dahulu.

"Kita cari dia Marc, sebelum apa-apa buruk terjadi."




᪥᪥᪥

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥





Nanti saya akan update next chap! Please vote and comment. Thank you! ❤️

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now