[ 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑻𝒂𝒓𝒈𝒆𝒕

1K 84 72
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Ariz yang sedang berjalan terserempak dengan tiga orang pelajar lelaki yang sedang berbual di bawah teduhan pokok besar. Salah seorang pelajar itu menarik perhatian nya. Dia tersenyum senget.

"Next target," bisik Ariz perlahan.

Baru sahaja dia ingin memusing ke belakang pergi dari situ. Tiba-tiba...

Buk!

Ariz tidak sempat mengimbangi badan dan terjatuh di atas tanah yang sedikit basah.

"Ahh! Oh! My phone!" Leen yang terjatuh terus mencapai telefon pintarnya yang terkena lumpur sedikit, dia membelek-belek nasib tidak rosak. Lelaki dihadapan dipandang geram lalu dia berdiri dan membersihkan diri. Kemudian, memeluk tubuh.

"Hey! you ni memang tak pandang de-," ayat Leen tidak sempat habis setelah melihat wajah yang terduduk itu.

"Ariz?"

Ariz terus berdiri dan melihat seluar jeans sudah kotor. Dia berasa sangat marah. Sungguh dia begitu marah. Ariz tidak suka pakaian dia tercemar. Wajah yang serius memandang tajam ke anak mata gadis gedik itu.

Leen yang melihat pakaian Ariz tidak sedar akan pandangan tersebut.

"Are you okay? Sorry... eh jap! you yang tak nampak sebenarnya, say sorry to me now!" Marah Leen dengan cara gedik nya sambil menyilangkan tangan. Actually, itu cara dia untuk menarik perhatian lelaki itu, sengaja mencari salah lelaki itu.

Ariz tidak melayani gadis itu lalu beredar dari situ sambil menahan amarah. Mahu saja dia menyiat-nyiat wajah dan mulut perempuan itu.

"Banyak cakap," gumam Ariz perlahan. Leen tidak dengar apa Ariz katakan kerana keberadaan mereka semakin jauh.

Melopong mulut Leen melihat lelaki itu yang hanya berjalan begitu sahaja tanpa menghiraukan nya. This is first time for me. Sebelum ini, semua lelaki tidak pernah membuat dia sebegitu.

"Hey, hello? Am I invisible here?" Laung Leen dari arah belakang, tetapi lelaki itu pergi meninggalkan dia seperti angin.

᪥᪥᪥

"Aduh! rushing dah aku!" Elina resah.

Dia berlari sepantas yang boleh hingga sampai ke kelas seterusnya. Rasa menyesal pula pulang ke rumah, tidak sedar dia tertidur lama. Tengok apa sudah jadi. Lambat.

Sebelum dia melangkah masuk ke kelas, sempat mata melihat seorang lelaki dia kenal sedang berjalan ke arah bertentangan. Kelihatan dia seperti membuat sesuatu di lengannya. Elina tidak mengendah, pandangan tersebut hanya sekilas lalu dia masuk ke kelas komputer tersebut.

Dia terus duduk di tempat kosong itu. Semua pelajar sedang menunggu kedatangan lecturer. Nasib lecturer belum masuk lagi, selamat bagi Elina. Jika, lecturer sudah masuk pasti dia sudah di halau.

Sementara menunggu, gadis itu membelek-belek notifikasi yang terpapar di skrin telefon lalu membuka satu persatu notifikasi yang masuk. Tidak sedar, ada seseorang duduk bersebelahan nya.

"Okay, class! Sorry I'm late," ujar pensyarah yang sedang masuk itu, terus menyusun buku-buku manual dibawa dan memberi kepada semua pelajar.

Mereka semua membahagi-bahagi buku itu hingga ke belakang, sesampai buku itu ke Elina, terus dia mengambil lalu memberi kepada sebelah, yang baru dia sedar ada seseorang duduk.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now