[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑺𝒖𝒊𝒄𝒊𝒅𝒆

540 56 18
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

⚠️ WARNING : Kandungan yang mengandungi abuse, self-harm dan suicide.


Kytor menatap lama dirinya di hadapan cermin. Tatapan mata perlahan menurun sehingga ke lengan yang berparut. Dia merenung lama parut itu.

Dia tersenyum. Senyuman yang tiada siapa faham maksudnya. Senyuman yang tiada siapa dapat melihat. Dia kembali mengangkat pandangan melihat wajahnya.

Wajah dia berubah sedih. Dia tidak tahu macam mana untuk berdamai dengan keadaan hidup dia ini. Dia berasa sepi dan tiada yang memahami diri dia.

Dia terasa sunyi dengan dunia ini.

Dia boleh mendengar suara-suara itu di kepala. Bisikan-bisikan yang membuat dia lemah.

Voice: "You are useless."

Voice: "Your life is worthless."

Another voice: "Nobody loves you, nobody will ever love you because of what you did."

Perasaan tidak berguna hadir menyelubungi diri dia.

"Am I really killed him?

I should stop myself."

Kytor meraup wajahnya lalu tersungkur duduk sambil menangis. Dia menangis sehingga dia memukul kepala sendiri.

Dia benci diri sendiri.

[Crying] "I'm sorry mom.. I'm really sorry.

I am a useless person."

Voice: "Your life is nothing but misery and suffering, you should end it now."

Dia termenung.

"I should end myself?"

"I just have to do it right?" Dia melihat arteri di pergelangan tangan kirinya.

"They want me to.."

Kytor mencari-cari benda tajam. Dia mendongak dan memandang cermin tersebut.

Kytor bangun dan berdiri. Dia menggenggam buku lima lalu menumbuk kuat cermin tersebut. Dia menumbuk lagi dan lagi hingga cermin itu retak.

Kekura tangan yang berdarah tidak di endah. Dia menumbuk hingga cermin itu pecah berkecai.

Kepingan kaca di ambil perlahan dari lantai. Bucu tajam kaca itu dituju pada arteri pergelangan kirinya. Dia menekan.

Tekanan di jeda perlahan diseret ke kanan membelah arteri yang membekalkan darah ke organ badan. Darah bertetesan dari arteri yang terbelah.

Darah terus keluar dengan banyak hingga membuat dia tidak dapat bernafas. Kytor jatuh rebah di atas lantai.

᪥᪥᪥

"Auntie, takpe ke tinggal dengan dia. Biar Elina report polis."

"Takpe Elina. Auntie tak nak dia di report. Auntie masih sayang kan dia. Tolong jangan report ye, Elina."

"Tapi auntie.."

"Please.. auntie tiada sesiapa dah. Auntie tahu dia dah bunuh anak auntie tapi auntie tak sanggup dia.. di report."

"Auntie yang salah. Dia sakit Elina. Dia dah lama sakit. Auntie jaga dia dari kecil. Auntie simpan rahsia dia. Elina tahu kan mereka akan beri hukuman pada auntie juga? Auntie masih sayangkan dia, Elina."

Elina membisu. Dia melihat raut wajah wanita separuh abad itu. Sungguh dia buntu. Kasihan bercampur sakit hati. Dia tidak tahu. Jika di report kira dia melanggar apa wanita itu rayukan. Jika tidak, dia yang dikira bersubahat bersama, tetapi..

Ah! Aku buntu.

"Ok Elina faham."

Wanita itu memimpin gadis itu hingga pintu rumah.

"Auntie jaga diri baik-baik ye. Apa-apa call."

"Terima kasih Elina. Auntie hargai sangat-sangat."

Gadis itu senyum dan mengundur diri. Dia keluar dari perkarangan rumah itu dengan menaiki kereta yang dibawa pemandu sendiri.

Madam Luisa tersenyum melambai gadis itu dan menutup pintu hadapan. Hati mulai risau jika Elina melaporkan hal itu pada polis. Dia risau remaja itu akan ditangkap. Dia masih sayang kan Kytor walaupun Kytor telah membunuh anaknya.

Tiba-tiba..

Carl muncul.

"Ma-madam.. Kytor.."

"Why? What's wrong?"

"Kytor wants to kill himself."

"What?!"

Wanita itu bergegas naik ke bilik kurungan remaja itu. Dia membuka pintu dan masuk ke dalam tandas. Darah mengalir banyak di lantai, madam Luisa terus mendapatkan Kytor

"Kytor! Wake up!"

"Wake up Kytor!"

"Please don't do this to mommy."

Bibir remaja itu bergerak perlahan.

Wanita itu mendekatkan telinga ke bibir remaja itu, mendengar perkataan yang disebut.

"I-I killed him.. I k-killed him.."

"No.. you tak sengaja, i tahu. Don't do this to me Kytor. Mommy still love you."

"Kytor... please.."

Remaja itu menutup matanya.










Seorang doktor keluar dari bilik dan memberitahu bahawa remaja itu sudah stabil. Dia hampir sahaja ingin memutuskan arteri tersebut. Jika boleh, ia perlu dirawat di hospital.

Doktor itu sudah tahu keadaan sebenar remaja itu. Sememangnya dia doktor peribadi remaja itu. Apa-apa yang terjadi pada remaja itu, dia lah sentiasa merawat.

Setelah mendengar saranan doktor tersebut, wanita itu mengerti. Carl menghantar doktor itu hingga keluar rumah.

Madam Luisa merenung remaja itu.

Am I should forgive you?











Remaja itu tersedar.

"Kytor... "

Kytor perlahan menoleh pada panggilan suara. Wanita itu mengusap lembut rambut remaja itu.

Wanita itu menoleh pada Carl.

"Can you give me some space?"

"Are you sure madam?"

Wanita itu memandang Carl. Carl terus menunduk dan keluar dari bilik. Dia menutup pintu tersebut.

Setelah beberapa minit, madam Luisa membuka pintu dan keluar dari bilik tersebut. Carl menoleh melihat remaja itu.

Remaja itu hanya termenung di katil. Baru ingin menutup pintu, wanita itu bersuara.

"Biar buka." Wanita itu terus beredar.

Carl patuh dan terus membuntuti wanita itu.

"Is it okay madam? We let him-"

"It's okay. Biarkan dia."

Carl hanya diam. Tidak banyak bertanya.





𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now