[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒖𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏

461 53 35
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Sepanjang pertunangan Elina dengan lelaki itu, tidak pernah mereka bertemu. Kehidupan Elina sibuk menjadi seorang peguam. Kesibukkannya membuat dia terlupa dia sudah menjadi tunang orang. Sudah seminggu dia bertunang, batang hidung lelaki itu dia tidak nampak lagi. Yang hadir hanyalah saudara maranya, bukan ibubapanya.

Hairan.

Kata mereka, ibubapanya dan tunangnya masih di luar negara. Jadi mengambil masa untuk balik. Boleh pula begitu?

Kalau begitu tunggu diorang balik sahajalah, tetapi mummy dan ibu tetap ingin meneruskan pertunangan tersebut.

Aku tidak pernah ingin tahu siapa tunang aku. Ini pun sebab terpaksa. Yang menghairankan, bagaimana dia tahu ukuran jariku? Tidak pernah mereka berjumpa dia boleh tahu ukuran jariku untuk cincin ini.

Yang lebih menghairankan, mengapa pertunangan ini perlu dirahsiakan dari Leen?

"Ha! Cik Elina termenung apa tu?"

Elina yang menilik cincin di jari terkejut lalu berpusing.

"Eh Faris!"

Faris tidak sengaja mengejutkan wanita tersebut. Pandangan sekilas sedar cincin di jari wanita ini. Sebelum ini tidak nampak pula. Mungkin cincin biasa. Kalau tidak sudah lama wanita ini war-warkan tentang pertunangan atau ikatan di dalam syarikat ini.

Faris berfikir positif.

"Maaf cik Elina. Cik Elina terkejut ke tadi?"

"Takpe Faris.. saya dah biasa."

"Ha? Dah biasa?"

Elina tertawa kecil.

"Ye, bukan awak je buat macam tu.. tu kat luar tu mereka pun buat macam tu juga tau tak."

Faris menekup mulut. Dia ingat dia sorang sahaja yang suka menyakat rupanya ada juga yang lain.

"Cik Elina tak marah ke?"

Elina menggeleng kepala sambil tersenyum.

"Sini, saya anggap semua macam keluarga saya sendiri. Awak pun termasuk tau. Tetapi kalau kerja pasal kes-kes ni, memang saya serius."

"Ouh. Hehe.. baru saya faham." Faris senyum senang hati. Ada can lah dia kali ini. Mana tahu dapat tambat hati wanita cantik ini.

"Oh cik Elina, nak lunch sama?"

"Lunch?"

"Ha'ah."

Elina menilik jam tangan. Dia masih ada banyak masa. Lagipun sudah lama dia tidak bersosial dengan mereka semua. Lama benar dia menghilangkan diri dari mereka.

"Hm.. boleh lah. Maaf lagi sekali pasal hari tu.."

"Eh takpe. Kami faham masalah cik Elina. Semua ada masalah masing-masing."

Elina berasa bersalah pada makan malam bersama semua tempoh hari. Masih lagi terpalit sedikit rasa dosa yang sudah dia janjikan untuk meluangkan masa bersama mereka waktu itu.

Mendengar dari mulut Faris, dia tersenyum lega sedikit.

"Terima kasih Faris. Saya cuma tak sangka kejadian haritu. Alhamdulillah semua okay."

Faris membalas senyuman wanita ini. Dia menahan riak debaran di hati. Sungguh dia ingin sekali melamar wanita ini. Dia juga orang berada memang sudah cukup apa yang dia miliki. Tetapi, dia ambil keputusan untuk bekerja biasa dari bekerja bawah syarikat bapanya.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now