[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑴𝒖𝒔𝒕𝒂𝒒𝒊𝒎

400 44 64
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Ryan mencari-cari bondanya.

Bondanya sedang menyiram pokok-pokok bunga yang mekar di luar. Ryan tersenyum melihat bonda yang senang merawat tanaman.

'Rajin bonda menjaga bunga.'

"Bonda."

"Eh, kamu ni! Terkejut bonda. Nak bonda pengsan ya?"

"Hehe.. bonda, kata nak pergi jumpa Ary, jom!"

"Oh! Bonda tak boleh hari ini, Yan. Bonda ada urusan dengan kawan-kawan bonda."

"Alah, bonda... dah janji lah."

"Lain kali ya, Yan?"

"Yan pergi sendiri lah. Boleh?"

"Tak boleh, Yan. Abah dah pesan kan?"

"Kenapa? Ryan bukan budak kecil lagi! Kenapa tak bagi Yan keluar?" Ryan membentak karena semua suka mengurungnya di rumah.

"Ryan..."

"Tak apa. Biar saya temani Tuan, Datin."

Datin memalingkan wajah ke gerangan suara itu dan terkejut melihat sosok tersebut.

"Eh? Bila kamu sampai? Tidak tahu pula kamu sudah di sini?"

"Semalam. Datin dan semua tidak ada di rumah, jadi saya sampai saat tidak ada orang."

"Oh, waktu itu Tan Sri Zain masuk ICU. Ha, Yan. Yan boleh pergi dengan bodyguard ini. Okay?" Kata Datin Liyana pada Ryan.

Ryan melihat bodyguard tersebut. Kenapa dia? Dia sudah ikut aku semalam. Tadi pun dia ikut aku.

"Tak nak. Nak orang lain."

"Ryan, jika tidak, bonda tidak akan memberi izin."

"Oh, Datin. Semalam Tuan Ryan terluka di jari."

Ryan terkejut mendengar bodyguard itu memberitahu kejadian semalam.

"Ha? Luka? Di mana lukanya?"

Datin Liyana segera melihat jari Ryan.

"Eh, bonda... tidak apa-apa lah. Luka sedikit je."

"Macam mana boleh terluka seperti ini yan?"

"Ra... Ryan siapkan diri dulu, bye." Ryan langsung berlari masuk ke rumah. Dia langsung menuju ke kamar dan mengunci pintu.

Dia menggigit bibirnya dan berjalan bolak-balik dengan gelisah.

Dia merobek jari-jarinya sendiri hingga darah kecil keluar.

Dia tersenyum.

Dia menjilati darah tersebut sekilas.

"Ryan."

Tok tok!

Ryan yang sedang termenung tersentak. Dia menoleh ke arah pintu kamarnya.

"Ryan, buka pintu ini. Kenapa dikunci?"

Ryan tersadar dan berjalan ke arah pintu tersebut. Dia membuka kunci dengan perlahan.

"Sudah siap belum?" Tanya bonda.

"Be-"

"Lah, tadi apa yang kamu lakukan? Tidak ganti baju pun. Tidak tahu mahu pakai baju apa ke? Haih..." Bonda langsung masuk dan menolak pintu sliding almari anaknya.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now