[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑹𝒆𝒍𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏

215 16 30
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Ketukan perlahan kedengaran di pintu, diikuti tombol pintu dipusing perlahan.

Datin Liyana yang asyik membaca helaian bukunya, mengangkat pandangannya, melihat gerangan di muka pintu biliknya.

Anak lelakinya senyum sambil masuk ke dalam biliknya.

"Ya, Ryan. Kenapa?" Datin Liyana menutup buku bacaannya sambil memandang anaknya yang mengambil tempat di birai katilnya.

"Bonda nak Ryan urut ke?" Dia bertanya dengan riak wajahnya yang risau.

Datin Liyana membalas senyuman itu

"Tak perlu lah Ryan. Sejak kebelakangan ni, kamu asyik nak urut bonda je. Bonda nak buat kerja pun kamu tak bagi. Semua benda kamu nak buat."

Ryan menggaru kepala tidak gatal.

"Sekali-sekala cuba membantu. Bonda patut berehat. Ryan boleh uruskan kerja rumah. Ryan pula yang jaga bonda."

"Kenapa jaga bonda pula? Bonda okay saja. Kamu tu perlu rehat. Kamu tak berhenti buat kerja sejak tiga hari yang lepas. Asyik nak buat itu ini aje."

"Hehe.. sekali sekala rajinkan diri." Kytor tersengih, sinaran nakal di matanya.

Datin Liyana tidak lepas dari tersenyum sambil mencubit mesra hidung anaknya.

"Bonda hargai keprihatinan kamu, Ryan, tapi bonda baik-baik saja. Bonda cuma risau sikit tentang kamu yang pikul semua tugas rumah ni. Bibik nak masak, Yan tak bagi. Bagi lah bibik tu yang memasak, habis semua kerja yan ambik. Ada apa- apa yang bonda tak tahu ke?" Teka Datin Liyana yang hairan perubahan sikap Ryan dalam beberapa hari ni.

"Ta.. tak de. Saja lah yan nak buat kerja rumah. Tak salah kan?"

Sambil mengeluh, Datin Liyana menggelengkan kepalanya, kagum dengan usaha baru anaknya itu.

"Baiklah, kalau Yan yakin, bonda takkan membantah. Cuma jangan berlebihan, ya?" nasihatnya.

Ryan mengangguk tersenyum sambil perlahan-lahan mengambil minyak urut. Dengan berhati-hati menuangkannya ke tapak tangan, dia membawanya ke kaki bondanya dan mula mengurut lembut.

Datin Liyana yang dari tadi asyik membaca bukunya mengalihkan perhatian kepada anaknya lalu tersenyum. Dia merasakan ketegangan di kakinya sejak kebelakangan ini, tetapi urutan anaknya memberi keselesaan kepadanya, walaupun dia bimbang tentang tingkah laku anaknya yang pelik akhir-akhir ini.

"Okay tak, bonda?" soal Ryan sambil menoleh ke arah bondanya yang sedari tadi memerhatikannya.

Datin Liyana senyum.

"Sangat selesa. Terima kasih, yan. Boleh lah bonda tidur lena malam ni."

Kytor senyum senang hati.

"Esok Yan kerja lah dengan abah ye." Mendengar hal itu kepala Ryan menoleh ke arah bondanya.

"Ha? Erm... Yan teman bonda lah. Nanti bonda sunyi takde yang temankan."

"Ish... Kamu ni, bonda dah biasa dah pun. Tu, si Ina boleh temankan bonda. Tak de apa lah, Yan. Yan kerja lah dengan abah. Mana tahu abah bagi tugas baik kat Yan," jelas Datin Liyana lembut.

Ryan memikir sejenak. Dia terus menggeleng kepalanya.

"Tak nak. Yan nak duduk rumah, tolong bonda."

"Dah kenapa tak nak pula? Tu abah tu sorang buat kerja. Tak kesian ke?" Soal Datin Liyan lembut.

"Eh? Bukan ada yang tolong abah ke?"

Datin Liyana tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, geli hati dengan alasan anaknya itu. Ada-ada saja Ryan ni.

"Ikut kamu lah. Tapi ingat, kamu ada tanggungjawab sebagai suami juga. Jangan lupa beri nafkah dan jaga isteri," Datin Liyana mengingatkannya.

Ryan hampir terlupa tentang hal itu. Dia tersenyum kepada bondanya.

"Terima kasih kerana ingatkan yan, bonda. InsyaAllah yan kerja semula dengan abah."

Datin Liyana tersenyum dan kembali ke bukunya manakala Ryan terus mengurut kakinya. Tanpa mereka sedari, seseorang telah mencuri dengar perbualan mereka.

Selepas selesai mengurut, Ryan membasuh tangannya di dalam bilik air bondanya sebelum keluar dari bilik dan menutup pintu di belakangnya.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke biliknya, dia terperanjat apabila mendapati abangnya sedang duduk di kerusi berhampiran bilik bonda, pandangan abangnya termenung pada lantai.

"Eh abang. Abang buat apa kat sini?"

Marc tersentak sedikit dari lamunannya, dia memandang ke arah Ryan sebelum berdiri dan beredar tanpa sebarang kata.

Ryan kekal di tempatnya, diam memerhatikan sosok tubuh abangnya yang sedang melangkah pergi ke bilik, sehingga figura abangnya hilang di sudut.






Marc mencari-cari sesuatu di setiap tempat. Zaina yang baru masuk hairan melihat suaminya.

"Abang cari apa?"

Terkejut, Marc menoleh.

"Ina.. terkejut abang."

Zaina tersenyum lembut.

"Maaf bang. Abang cari apa tu?"
Berhati-hati Zaina berbisik agar tidak membangunkan anak lelaki mereka yang sedang tidur di atas katil.

"Abang cari kunci kereta. Ina ada nampak ke?"

"Abang letak kat mana?"

Marc sedar dia terlupa di mana dia meletakkan kunci keretanya.

"Tak pun, pinjam kereta Ryan tu. Lama dia tak guna," cadang Zaina.

"Takpe-takpe, abang dah jumpa," balas Marc sambil memasukkan kunci ke dalam poket seluarnya

"Abang nak pergi mana? Dah malam ni, abang kata nak rehat sekejap," Zaina mengingatkannya dengan lembut.

"Erm... Abang nak jumpa kawan jap," Marc teragak-agak, merasakan kekecewaan Zaina.

"Abang... tak penat ke? Kita baru je sampai."

"Sekejap je. Dia yang nak jumpa abang. Abang pergi dulu ya." Marc terus keluar dan menuruni tangga.

Sambil dia melangkah ke pintu utama, dia menelefon seseorang.

"Har, kau busy tak?"

"Aku nak kau teman aku makan jap. Lapar ni, takpe aku belanja."

Telefon dimatikan lalu dia terus menuju ke keretanya dan memandu laju meninggalkan rumah itu.

Sementara itu, seorang pemuda yang berdekatan, keluar dari selubung bayang-bayang, memerhati dengan senyap ketika kereta abangnya hilang dari pandangan. Dia memandang ke bawah pada tangannya yang terluka kecil kerana masakan sebelum ini.

Kemudian, dia melangkah ke meja makan, di mana dia melihat sisa lauk. Masih berbaki lagi.

"Sebab kau, bonda sakit."

Dengan nafas yang pasrah, dia menutup pinggan mangkuk dan mula mengemas dapur.

Setelah itu, dia melangkah perlahan menaiki tangga menuju ke bilik.



Upcoming next..

Ch54 - Marc's heart

-
-
-
-
-
-

Please vote and comment. Thank you! ❤️❤️

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now