[ 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑩𝒆𝒓𝒃𝒖𝒂𝒕 𝑩𝒂𝒊𝒌

647 66 30
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Madam Luisa sudah balik dari kerja. Pintu kereta BMW hitam dibuka seorang bodyguard tersebut. Wanita itu melangkah keluar dari kenderaan dengan di sambut bodyguard-bodyguard lain di hadapan rumah banglonya.

Beg tas di bawa keluar oleh bodyguard yang membuka pintu itu tadi. Kemudian, pintu kenderaan ditutup kembali. Wanita itu yang berpakaian dress berwarna merah separas betis masuk ke dalam rumah.

 Wanita itu yang berpakaian dress berwarna merah separas betis masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Carl tunduk sedikit menyambut wanita itu. Wanita itu berhenti dan menoleh pada Carl.

"How him?"

Carl mengangkat pandangan. Dia menjawab.

"Kytor wants to see you."

Wanita itu diam sebentar. Dia memanggil pengawal tambahan. Kelmarin sudah ditambah bodyguard baharu untuk sebarang kemungkinan. Wanita itu melangkah naik ke bilik kurungan itu bersama bodyguard-bodyguard di hadapannya.

Carl mengikuti dari belakang kemudian berjalan bersebelahan wanita itu. Dia memberi iPad kepada wanita itu sambil berjalan. Wanita itu melihat rakaman CCTV di bilik kurungan itu melalui iPad tersebut. Remaja itu masih tidur di atas katil. Sesudah sampai di hadapan bilik itu, bodyguard itu sedang membuka kunci elektronik tersebut. Sambil-sambil itu, wanita itu melihat rakaman tersebut. Risau jika remaja itu menghendap sekali lagi.

Setelah dibuka, mereka masuk. Carl menghampiri remaja itu yang sedang tidur.

"Kytor wake up!" Kejut Carl.

"Kytor!" Carl mengejutkan remaja itu sekali lagi. Ariz membuka mata perlahan dan menggosok-gosok matanya.

Dia bangun bertongkat siku kiri dan memandang Carl di sebelah kirinya bersama kerutan di dahi.

"What?"

"Ada apa nak jumpa Kytor?" Wanita itu bersuara.

Ariz menoleh hadapan, dia melihat bodyguard itu yang sudah ditambah dua orang pula. Remaja itu tersenyum sinis dan terus bangun dan duduk. Wajah remaja itu kembali serius.

"I want to go class."

"For what? Kau bukan mahu belajar pun."

"Then, takkan aku nak duduk sini sampai bila-bila?" Geram Ariz.

"Kau dah lupa apa kau buat haritu?"

Remaja itu pura-pura mengingati hal itu di mana dia menyerang mereka sebelum ini. Dia terus menggeleng tanda tidak ingat apa-apa.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now