[ 𝑻𝒆𝒏 ] - 𝑨𝒎𝒂𝒏𝒂𝒉

619 68 30
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Seusai kelas, Elina menoleh ke arah lelaki itu. Ariz. Dia teringat perbualan dia dengan wanita itu kelmarin.

"Elina boleh tengok-tengokkan Ariz? Dia ni suka buat masalah sikit. Can you do me a favor?"

"Err..sure, auntie. Apa-apa Elina update kat auntie."

Gadis itu termenung. Kenapa lah aku kena pantau lelaki ni? Tapi memang betul lelaki ni bermasalah. Dengan semua orang dia bermasalah. Aku pula risau tengok ibu dia minta tolong kat aku.

Elina berjalan menghampiri Ariz yang sedang mengemas barang-barang untuk dimasukkan dalam beg.

"Awak."

Ariz mengangkat pandangan memandang gadis itu.

"Awak balik ke lepas ni sebab ingat nak buat assignment sama-sama dengan Tina petang ni."

Ariz tidak membalas dan terus zip beg nya, dia bergegas ingin pergi ke suatu tempat. Dia mengangkat beg sandang dari kerusi dan mahu beredar dari situ.

Memandangkan kelas sudah kosong. Gadis itu memberanikan diri melaung pada lelaki itu yang semakin jauh darinya.

"Your mom suruh saya tengok kan awak kalau awak nak pergi mana-mana. Sebab tu saya tanya awak, awak balik ke?"

Langkah Ariz terhenti. Dia memandang gadis itu.

"What? When she said that?" Serius Ariz.

"Semalam."

Elina dapat melihat riak wajah lelaki itu yang sedang menahan marah.

"Erm.. kalau awak tak suka saya akan beritahu sa--"

"Aku tak balik." Ariz memotong percakapan gadis itu.

"Erm, kalau macam tu jom lah saya ajak awak makan kat cafe semua dah tunggu." Elina melangkah keluar terlebih dahulu.

Ariz memandang gadis itu dengan diam membisu. Dia tahu ibu tirinya itu pasti ingin mengekang dia melakukan sesuatu. Jadi dia minta tolong gadis itu. Ergh!

Lelaki itu perlahan melangkah mengikuti gadis itu dari belakang. Elina yang perasan hanya tersenyum.








Syah mencari- cari Leen di cafe kedai makan kolej. Susuk tubuh gadis itu yang sedang bermain telefon pintar dipandang. Dia dengan wajah gembira bertemu Leen. Leen pula tidak sedar Syah sudah berada di hadapannya kerana sibuk bermain media sosial di telefonnya.

Lelaki itu tersenyum merenung lama 'tunangnya'. Dia sungguh bertuah dapat bertunang dengan gadis yang ramai peminat di kolej ini. Ada sahaja pelajar-pelajar lelaki yang dengki dengannya tetapi dia tidak endah.

Leen mengangkat pandangan. Gadis itu terkejut lelaki itu sudah di hadapannya.

"Ish! Biy ni kenapa duduk tercegat macam tu? Suka sangat kejutkan I!"

"Eh hehe. Saja biy nak usik sayang. Sorry okay?" Syah terus duduk dan membuat muka comel terhadap tunangnya. Dia menggenggam tangan tunangnya begitu erat. Tidak kesah apa sekeliling pandang. Sungguh dia cintakan Charlene.

Leen tersenyum. Dia juga terlalu sayang akan Syah. Seorang lagi teman sekelas Syah sampai dan duduk di sebelah Syah dan hanya senyum melihat mereka berdua yang bagai pinang dibelah dua.








𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now