[ 𝑻𝒉𝒊𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑭𝒐𝒃𝒊𝒂

583 59 81
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Aku mengetuk pintu bilik jejaka itu. Bila sahaja aku menolak pintu bilik, aku terpegun.

Cantik,

Ruangan ini luas dengan langit-langit yang tinggi dan jendela besar yang memungkinkan banyak cahaya alami masuk. Dindingnya dicat dengan warna biru muda yang lembut, memberi ruangan nuansa yang menenangkan dan damai. Lantainya terbuat dari kayu keras yang gelap, yang berkontras dengan dinding yang berwarna terang.

Di tengah ruangan terdapat perapian yang indah, terbuat dari marmer putih dengan ukiran yang rumit dan mantel yang dekoratif.

Di satu sisi ruangan, terdapat area duduk yang nyaman dengan kursi berlengan empuk dan sofa yang dilapisi kain mewah, seperti sutra.

Segalanya sangat..

Sangat tenang.

Warna tekstur yang lembut.

Kedua-dua mata hitamku melilau sekeliling mencari suamiku berada. Okay aku dah jumpa. Dia berdiri kat situ je pun. Huhu! Dia berdiri belakangi aku. Gatal kau ye Elina? Mentang-mentang Kytor suami kau. Hahaha!

Perlahan aku melangkah merapati dia.

"Err.. awak?"

Aku ingat pesan abah panggil dia Ryan, bukan panggil Kytor. Abah kata jika dipanggil nama begitu kemungkinan akan membuat Ryan teringat siapa dirinya sebenar.

"Ryan?"

Ryan menoleh memandang aku. Raut wajah yang tadi nampak serius bertukar senyuman indah. Sekejap betul suasana perasaan dia berubah.

"Oh Ira. Maaf tadi," ucap dia sambil merapati ke arahku.

'Tadi tu.. mengapa wajah dia serius?'

"Err takpe."

Aku pandang raut wajah dia yang aku rindu. Sungguh aku tidak sangka aku kahwin dengan orang yang selama ni aku cinta dan aku rindu teramat. Rasa mahu peluk sahaja!

Senyuman dia tanpa masalah membuat aku ingin sekali memeluknya.

Jari telunjuk runcingnya perlahan menyeka wajahku. Mungkin dia perasan perubahan air wajahku. Kelihatan riaknya yang kerisauan.

"Kenapa awak menangis?" Dia cemas hati. Cemas hati melihat aku menangis tiba-tiba.

Aku menggeleng.

"Awak.."

"saya.."

"nak peluk boleh?" Soalku tiba-tiba.

Dia yang hairan mengangguk perlahan.

Aku terus memeluknya. Pelukan ku sangat erat dan kemas. Aku tidak mahu melepaskan dia dari pelukan ini. Aku sedar dia semakin tinggi dari sebelum. Kemungkinan tingginya 183 cm dari aku yang masih tetap sama dari dulu 160 cm huhu..

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now