[ 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏𝒕𝒆𝒆𝒏 ] - 𝑯𝒂𝒅𝒊𝒂𝒉

530 57 32
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Pulang sahaja dari taman tersebut, Kytor mula bertanya di dalam kenderaan.

"Mommy."

Wanita itu menoleh.

"Mommy tadi pergi mana?"

"Kan mommy ada tengok Kytor main."

Wajah remaja itu bertukar muram.

"Dah kenapa ni? Mommy duduk situ je tengok Kytor main. Takkan mommy main sekali."

Remaja itu senyum pahit.

"Okay lah lain kali mommy main sekali. Mommy nak kytor have fun sendiri. Hm?"

Remaja itu hanya diam merenung luar jendela kenderaan.

"Oh! Mommy baru teringat. Ada hadiah kat rumah nanti."

Remaja itu spontan menoleh.

"Hadiah?"

"Ye, sayang."

Kytor tersenyum.








Sampai sahaja di rumah. Remaja itu terus keluar dari kereta dan berlari masuk ke dalam rumah.

"Kytor, tunggu dulu. Haish budak ni."

Madam Luisa melangkah masuk ke dalam rumah.

"Mana? Mana mommy? Mana hadiah?"

Wanita itu menggeleng melihat tingkah laku remaja itu. Dia kemudian menoleh pada Carl.

"Carl, ambil sampul surat coklat kat dashboard kereta."

Carl terus keluar dan kembali semula membawa surat tersebut. Wanita itu mengambil dan memberi isyarat kepada Carl untuk memberi masa dia bersama Kytor.

Carl turuti dan beredar.

Madam Luisa tersenyum pada remaja itu.

"Kytor duduk sini." Wanita itu menarik kerusi meja makan tersebut lalu remaja itu duduk.

Dia mengeluarkan sehelai kertas yang berisi maklumat.

Remaja itu membaca isinya.

"Mommy.."

Pandangan diangkat memandang wanita itu.

"ni apa?"

Madam Luisa senyum.

"You can read if you want."

Remaja itu merenung lama isi surat tersebut.

"Kytor?" Wanita itu hairan.

"I..i--

can't read."

"What? What did you mean you can't read?"

"I.. I can't."

Dia menggeleng.

"It's okay kytor, it's okay."

᪥᪥᪥

Elina tidak tahu bagaimana dia mahu mengungkap. Dia cepat pergi ke laptop abang Han semula. Dia reset semula supaya abang Han tidak melihat apa yang dia dapat. Kemudian, dia menyembunyikan kertas penting beberapa helai tersebut di celah-celah belakang komputer ruang tamu. Gadis itu hanya membiarkan kertas bermaklumat biasa sahaja di printer itu.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now